Skip to main content

Posts

Resepi SedapZaini : Asam Pedas Original Kampung

Kembali bersama resepi semula kita. Hari ini saya ada mood untuk menulis tentang resepi asam pedas original kampung sebab semalam masak asam pedas ikan jenahak dan ikan kerapu king. Memang sedap ikan ni dimasak asam pedas, ikannya putih gebu dan sangat lembut...macam isi ketam pulak rasanya..hehehe. Resepi ini Mr. Husband dapat daripada emak kepada kawannya dari Melaka, yang memang asli dalam penyediaan asam pedas ini. Justeru, dengan pengetahuan serba sedikit tentang penyediaan asam pedas juga ditambah dengan pengetahun baharu tentang resepi original kampung ini, maka saya sepadukan keduanya menjadi satu resepi asam pedih yang sangat sedap...tip top rasa dia. Siapa yang berkelapangan dan ingin mencuba resepi ni nanti dipersilakan ya. Bahan-bahan: 1. empat potong ikan Jenahak atau ikan Kerapu King (pilihan terbaik untuk asam pedas). 2. 20 tangkai cili kering - dipotong dan direndam air panas bagi tujuan melembutkan. 3. Bawang merah kecil 15 ulas....

Roti Goreng Gebu Gebas

Pagi ni saya ingin berkongsi resepi roti goreng yang lembut dan sangat gebu gebas. Saya memang suka makan roti atau donut yang lembut. Masa zaman kecik di kampung kat Kelate bonda mek saya selalu buat roti ni, tapi bonda mek buat inti kelapa campur hijau pandan...memang sangat sedap...saya memang suka inti kelapa ni, aduhai malas la pulak nak kena masak inti kelapanya dulu....jadinya kita buat inti yang boleh beli terus di kedai bakeri aje la yer... Kadang2 roti yang kita beli di kedai tak berapa nak menepati cita rasa kita kan...makanya kena la buat sendiri bila ada kesempatan masa. Malangnya di kawasan tempat saya tinggal ni tak ada orang yang jual roti goreng buatan sendiri macam gini....ermmmm....tak mengapa lah....btw, Buat roti atau donut ni..ia menggunakan adunan yang sama. Bercakap tentang donut ni, dulu saya suka sangat makan donut di cafe sebelah PTM. Cafe ni kat tempat kerja saya. Sanggup nak pergi cafe tu hanya semata-mata nak makan donut nya...tapi kin...

Water Rafting di Gopeng... Suatu Pengalaman Baharu

  Mood untuk menulis ada..makanya sepanjang berada dalam bas, saya menulis. Hari ini, 14 Oktober 2016, tibalah masanya untuk program outdoor di Gopeng, program pembangunan latihan buat staf. Sebenarnya sudah lama program ini dirancang, namun kesibukan dan kekangan masa menjadikan ianya tertangguh sehinggalah ke penghujung tahun. Namun tak mengapa, asalkan ia dapat direalitikan juga dalam tahun ini, maka masih okey la.  Kami bertolak pada pukul 3.30 petang dari pejabat, masih dalam waktu bertolak seperti yang dirancang. Pukul 5.30 petang kami singgah di Hentian Tanjung Malim. Kemudian pada pukul 6.00 petang, bas meneruskan perjalanan ke Gopeng. Kami perlu sampai sebelum malam di Gopeng, kerana nanti dari tol Gopeng, kami perlu menukar kenderaan..naik van dan lori mengangkut yang disediakan oleh pihak Chalet penginapan. Tepat 6.40 petang kami memasuki sempadan Tapah. Masa dah macam suntuk...dan saya dapat merasakan kelajuan bas pun sudah meningkat....uuuu bila bas...