Skip to main content

Resepi SedapZaini : Asam Pedas Original Kampung




















Kembali bersama resepi semula kita. Hari ini saya ada mood untuk menulis tentang resepi asam pedas original kampung sebab semalam masak asam pedas ikan jenahak dan ikan kerapu king. Memang sedap ikan ni dimasak asam pedas, ikannya putih gebu dan sangat lembut...macam isi ketam pulak rasanya..hehehe.

Resepi ini Mr. Husband dapat daripada emak kepada kawannya dari Melaka, yang memang asli dalam penyediaan asam pedas ini. Justeru, dengan pengetahuan serba sedikit tentang penyediaan asam pedas juga ditambah dengan pengetahun baharu tentang resepi original kampung ini, maka saya sepadukan keduanya menjadi satu resepi asam pedih yang sangat sedap...tip top rasa dia. Siapa yang berkelapangan dan ingin mencuba resepi ni nanti dipersilakan ya.

Bahan-bahan:

1. empat potong ikan Jenahak atau ikan Kerapu King (pilihan terbaik untuk asam pedas).
2. 20 tangkai cili kering - dipotong dan direndam air panas bagi tujuan melembutkan.
3. Bawang merah kecil 15 ulas.
4. Bawang Putih 4 ulas
5. Bawang Holland 1 labu
6. Halia 1 inci
7. Halba dua sudu kecil (Bahan utama menyedapkan - inilah rahsia kesedapannya)
8. Sedikit Belacan
9. Serai 3 batang
10. Daun kesum 4 tangkai
11. Tomato (jika suka, saya tak bubuh)
12. Garam, gula dan perasa (jika suka)
13. Asam jawa 3 sudu besar (ambil airnya)
14. satu kuntum Bunga kantan (jika suka, saya tak bubuh)
15. Lada hitam (ditumbuk pecah-pecah saja)

Cara-cara membuatnya:

1. Ikan perlu dibersihkan dulu. Oleh kerana saya beli yang dah potong siap-siap maka ikan hanya perlu dibersihkan saja dan tak perlu susah-susah nak siang...saya suka la yang bab ni..hehehe. Cuci ikan ni jangan lupa, macam biasa untuk hilangkan bau darah atau bau hanyir ikan, cucian terakhir nanti gaulkan dengan gandum atau asam jawa dan lepas tu cuci bersih dan tapis.

2.  Bawang Holland satu labu itu dimayang atau potong-potong kasar pun boleh. Ketepikan seketika.

3. Cili kering, bawang merah dan halia, juga belacan dikisar sekali - guna blender ya. Tak rajin kita nak tumbuk guna lesung...hihi

4. Bawang putih ditumbuk guna lesung ya. Tak halus sangat pun tak apa. Bawang putih ni perlu berasingan bagi tujuan ditumis berasingan untuk bangkitkan baunya. Kalau di blend sekali dengan cili kering dan bawang merah tadi, hilang bangkit sedapnya nanti.

5. Kita teruskan dengan proses menumis. Masukkan minyak masak dalam satu senduk biasa kegunaan harian ke dalam periuk. Bila minyak panas, tumiskan bawang putih sekejap sahaja, nampak kekuningan, masukkan bawang holland tadi. Boleh masuk sekali biji halba, serai, daun kesum dan bunga lawang (potong dua ya). Asam pedas akan jadi lebih sedap apabila bahan-bahan ini dimasukkan dan ditumis sekali kat sini. Apabila telah garing sedikit, boleh masukkan bahan yang telah diblender tadi. Tumis garing dan bangkit baunya. Biarkan bawang dan cili kering tu betul-betul masak yer...lama juga rasanya, mungkin dalam 15 minit, api perlahan sedikit kot hangit pulak nanti kan...

6. Kemudian masukkan air mengikut sebanyak mana kuah yang kita perlukan. Agak-agak la ya..jangan banyak sangat nanti cair pulak kuah kita. Mesti disesuaikan dengan bahan-bahan yang kita blend tadi. Kalau empat keping ikan tu, saya hanya guna dalam 6 atau 7 gelas air.

7. Biarkan mendidih sekejap..jangan lama sangat, ikan nanti jadi keras dan tidak gebu macam isi ketam tu. Kemudian masukkan garam gula dan perasa (jika suka), dan yang penting masukkan air asam jawanya. Jangan masukkan asam keping dalam asam pedas, nanti rasanya jadi tak sedap. Kita kena guna asam jawa. Ambil dalam setengah genggam, ramas dengan sedikit air dan ambil airnya itu untuk dicampurkan dengan kuah...rasa lah nanti tahap masam manisnya...kalau belum rasa masam, boleh tambah lagi air asam jawa ya. Kemudian masukkan lada hitam yang telah ditumbuk pecah-pecah ya.

8. Semasa tengah mereneh ni, saya suka masukkan tomato (dipotong empat), dan beberapa tangkai cili api. Cili api ni bagi tujuan membangkitkan lagi aroma dan menambahkan rasa sedap asam pedas ini. Cili api ni boleh sama ada nak dipotong dua atau masukkan terus begitu...Jangan lupa basuh dulu cili api tu..hehe

Taraaaa...maka siap la...dan boleh dihidang kan untuk seisi keluarga.
Selamat mencuba


Salam Hormat
RZH 

   



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...