Skip to main content

Posts

Resepi Sedapzaini: Chocolate Walnut Brownies

Sejak seminggu yang lalu, teringat Brownies Kartika Sari di Bandung. Memang sedap dan terbaik Browniesnya. Sesiapa yang berkunjung ke Bandung wajib singgah di Kedai Kartika Sari untuk membeli pelbagai jenis Brownies, roti, dan kuih-muih, boleh dibawa pulang sebagai ole-ole. Okey, saya stop dulu bercakap tentang Kartika Sari kerana tujuan entri ini adalah untuk berkongsi bagaimana cara membuat Brownies seperti di atas. Membuat Brownies ni memang sangat mudah sebenarnya...sambil2 buat kerja lain pun boleh buat Brownies ni. Prosesnya tak seperti kita membuat kek yang perlu 'berseni dan berlembut' bagai...buat Brownies ni, orang tua kata macam kita masak 'campak-campak' saja. Resepi ni saya ikut salah satu resepi yang dikongsi di FB, tapi dah lupa nama FB nya...tkasih kepada penyumbang asal resepi ini. Semasa ke Bakeri di Seri Putra tadi, saya sempat berborak dengan tuan empunya kedai tentang Brownies, sempat juga dia kongsikan tips membuat B...

Resepi Sedapzaini: Nasi Lemak Ikan Tongkol Kelantan

Nasi lemak ikan tongkol ni memang terkenal di Kelantan..kalau tak salah saya di Terengganu pun ada. Pendek kata, menu ni terkenal di sebelah Pantai Timur. Namun sejak beberapa tahun yang lalu,, ianya telahpun mula ada dijual di Ibu Kota. Beberapa tahun yang lalu, saya pernah beli di Taman Melawati, satu warung kecil di tepi jalan yang menjual nasi lemak ikan tongkol ini...orang Kelantan yang berniaga...memang sedap...terbaik! Selepas tu, selama di Bangi saya tak pernah lagi jumpa peniaga yang menjual nasi lemak ikan tongkol, sehinggalah dalam setahun dua ini ada satu kedai makan tu dah mula menjualnya...saya punya la 'excited' bila dikhabarkan oleh Encik Husband yang ada kedai makan di Bandar Baru Bangi dah ada jual nasi lemak ikan tongkol ini. Maka saya pun tidak melepaskan peluang ini. Satu malam minggu kami pun pergi la ke sana...semangat dan keinginan berkobar-kobar untuk menikmati menu ini...namun berakhir dengan hampa dan kecewa bila melihat etika masakannya d...

Kerakusan dan Ketamakan Yang Tidak Bermakna...

Kehidupan ini terlalu sukar untuk diramalkan. Ramalan kita tidak semestinya sama dengan Ketentuan Dia Yang Maha Berkuasa. Putaran masa dalam kehidupan ini terlalu cepat berlalu...tanpa sedar dan tanpa disuruh masa itu tetap bergerak..berputar dan beredar mengikut haknya yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta....Siapa kita untuk menyekat masa daripada terus beredar...siapa kita untuk memberikan arahan agar masa itu jangan berputar...Andai itu dapat kita lakukan, maka nescaya kita adalah orang yang 'berkuasa'...namun andai itu tidak mampu untuk kita lakukan, maka sedarlah bahawa kita hanya insan kerdil, yang hanya mampu mengikut peraturan alam yang telah diciptakan oleh Allah. Justeru, untuk apakah sikap yang sombong dan angkuh itu...tiada guna walau sedikitpun. Sesekali, tanyalah pada diri...apakah penghujung kepada penghidupan ini...adakah kita selamanya akan bernafas di bumi Allah ini....apakah kita akan terus hidup selamanya tanpa penghujung...apakah kita tidak ditelan...

Resepi Sedapzaini: Asam Pedas Ikan Nyonyok Ala Kelate

Menu asam pedas ni saya tak pasti yang sebenar-benarnya berasal dari mana, yang pasti sepanjang pengetahuan saya masakan asam pedas ni terkenal di Negeri Melaka. Namun di Kelantan, ia tetap juga menjadi menu masakan kepada mereka yang menggemari masakan ini. Masakan ini mudah dan sangat senang disediakan, Mr, Husband dan anak-anak saya suka dengan masakan ini, ikannya nanti yang sedap dan gebu ditambah dengan rasa kuahnya yang masam-masam manis dan sedikit pedas...itu yang menambat selera sebenarnya. Mengapa saya panggil asam pedas saya ini "asam pedas ala Kelate", sebabnya adalah saya suka taruk gula lebih dalamnya, jadi lengkap dan seimbang rasanya dengan masam dan manis itu. Resepi ni sebenarnya Mr. Husband dapat daripada mak kepada kawannya yang berasal dari Melaka. memang resepi orang-orang tua Melaka..original punya resepi.   Bahan-bahannya:   1. Ikan Nyonyok atau ikan putih atau ikan apa saja yang menjadi pilihan anda. 2. cili kering dalam 2...

Resepi Sedapzaini: Nasi Goreng Simple

Nasi goreng ni saya panggil 'Nasi Goreng Simple' sebab ianya mudah dibuat dan bahan2nya pun sangat mudah..mesti dah ready kat dalam peti sejuk kita. Kadang-kadang berlaku, kita tak plan untuk buat nasi goring sebagai menu breakfast, tapi tiba2 rasa teringat lak nak makan nasi goring, makanya bolehlah selongkar peti sejuk hanya untuk cari cili api dan ikan bilis sahaja. Okey...kita terus tengok bahan2nya dan cara membuat nasi goring simple ini.   Bahan-bahan:   1. Nasi dingin (dipanggil nasi dingin sebab dah semalaman dimasak) dalam 5 pot nasi ya 2. Cili api dalam 10 biji 3. Secubit belacan (boleh skip kalau tak suka) 4. Ikan bilis dalam segenggam setengah. 5. Bawang putih 5 ulas 6. Bawang merah 8 ulas 7. gula dan garam, juga sedikit perasa kalau suka 8. kiub ayam (kalau suka)     Cara-cara:   1. Nasi dingin dalam periuk direlai-relai dan digembur2kan (diramas-ramas supaya tidak berketul). Masa proses ini masukkan ...

Resepi Sedapzaini: Pengat Ubi Kayu

Pengat ubi kayu ni kalau di kampung saya di Kelate, lebih dipanggil sebagai bubur ubi kayu. Bubur ubi ni sedap dimakan sama ada semasa panas atau disejukkan dalam perti sejuk. kedua-dua pilihan ni sedap. Tapi bila dah masak, memang akan terus dihidangkan panas panas. Semasa di kampung dulu, saya selalu buat bubur ubi kayu ni..memang salah satu favorite saya bila masak dessert. Bahan-bahan: 1. Ubi kayu dalam beberapa potong (mungkin dalam tujuh potong saiz dua inci bagi setiap satu potong, cukup untuk dimakan satu keluarga). 2. Santan dalam RM6, lagi pekat lagi sedap. 3. 3 kerek Gula Melaka (Nise) dan dalam lima enam sudu gula, bergantung kepada tahap kemanisan yaang diingini. 4. Dua helai daun pandan 5. Secubit garam Cara-cara: 1. Kupaskan ubi kayu. Potong kecil ikut saiz yang diingini. Saya suka potong empat sahaja seketul ubi yang saiznya dalam satu inci seketul tu. ada juga yang suka potong kecik-kecik macam dadu semuat masuk mulut, tapi saya tak s...

Resepi Sedapzaini: Makaroni Cheese Creamy ala Kelate

Makaroni Cheese goreng ni sekali sekala memang best dimakan untuk lunch atau dinner...nak nak kalau letak lagi banyak cheese sbg topping kat atas nya..memang lagi sedap...dgn makaroni yg masih panas panas, cheese akan terus cair meleleh bila ditaburkan di atas nya...tang tu yang sedapnya... Bahan-bahan: 1. Satu peket makaroni 2. 4 keping burger daging atau ayam, ikut suka. 3. 4 batang sosej 4. Sebiji bawang holland, potong dadu 5. 4 ulas bawang putih, ditumbuk pecah2. 6. 6 biji cili api dipotong kecil2 7. 6 sudu besar sos tradisional Prego 8. Sedikit butter dan minyak zaitun unk menumis 9. Mozarella Cheese dan Parmesan Cara-cara: 1. Rebus makaroni. Masukkan sedikit minyak zaitun dalam periuk rebusan, supaya makaroni tak melekat bila masak nanti. Biasanya dlm 20 minit. 2. Bila dah lembut makaroni, angkat dan tos, ketepikan sekejap. 3. Dalam kuali panaskan butter dan minyak zaitun, tumiskan bawang putih, dah garing cket masukkan pula bawang holland y...