Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Asam Pedas Ikan Nyonyok Ala Kelate
















Menu asam pedas ni saya tak pasti yang sebenar-benarnya berasal dari mana, yang pasti sepanjang pengetahuan saya masakan asam pedas ni terkenal di Negeri Melaka. Namun di Kelantan, ia tetap juga menjadi menu masakan kepada mereka yang menggemari masakan ini. Masakan ini mudah dan sangat senang disediakan, Mr, Husband dan anak-anak saya suka dengan masakan ini, ikannya nanti yang sedap dan gebu ditambah dengan rasa kuahnya yang masam-masam manis dan sedikit pedas...itu yang menambat selera sebenarnya. Mengapa saya panggil asam pedas saya ini "asam pedas ala Kelate", sebabnya adalah saya suka taruk gula lebih dalamnya, jadi lengkap dan seimbang rasanya dengan masam dan manis itu. Resepi ni sebenarnya Mr. Husband dapat daripada mak kepada kawannya yang berasal dari Melaka. memang resepi orang-orang tua Melaka..original punya resepi.
 
Bahan-bahannya:
 
1. Ikan Nyonyok atau ikan putih atau ikan apa saja yang menjadi pilihan anda.
2. cili kering dalam 20 biji
3. Bawang Holland satu biji
4. Bawang Merah 10 ulas saiz biasa
5. Bawang putih 3 ulas
6. Daun Kesum tiga empat ranting
7. tomato atau bendi (jika suka)
8. Bunga kantan satu batang
9.  Halba dua sudu kecil
10. Belacan (jika suka)
11. Halia saiz ibu jari
12. Asam jawa segenggam. Ramaskan dengan air dan ambil airnya sahaja.
13. Garam dan gula secukup rasa
 
Cara-cara:
 
1. Cuci bersih ikan dan toskan (jangan lupa cuci ikan sambil selawat dalam hati, amalkan ya). Potong ikut saiz yang disukai.
 
2. Potong cili kering dan rendam dengan air panas supaya cepat lembut dan udah untuk diblender nanti.
 
3. Kupas bawang merah dan bawang putih. Bawng putih ditumbuk asing.
 
4. Kupas bawang Holland dan dimayang.
 
5. Blend cili kering dan bawng merah juga secubit belacan. Blend sehingga lumat.
 
6. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan dulu bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang Holland yang dimayang tadi beserta halba, juga daun kesum. tumis hingga garing.
 
7. Kemudian masukkan cili kering yang diblend bersama bawang dan belacan tadi. Tumis sehingga garing dan naik bau serta pecah minyaknya. Ambil masa lama juga proses menumis ini. Perlu diingat bahawa rempah yang tidak garing nanti menyebabkan asam pedas kita tak Wangi dan tak sedap.
 
8. Selepas sudah garing, masukkan aair untuk kuahnya. agak-agak la air yang akan dimasukkan perlulah mengikut kuah yang sepadan dengan ikannya. Jangan terlebih air, nanti kuah asam pedas kita cair...bila cair nanti dah tak sedap.
 
9. Bila dah mendidih, masukkan ikan, biarkan menggelegak dalam beberapa minit, dalam 7 minit dah boleh masukkan air asam jawa tadi, cili api dipotong dua dalam beberapa biji, juga tomato atau bendi...biarkan mereneh dalam beberapa minit. Masukkan gula dan garam, juga perasa (jika suka). Saya biasanya masukkan dalam lima sudu besar gula dan satu sudu besar garam. Kemudiannya bolehlah diangkat dan dihidangkan. Ikan sudah masak secukupnya dalam tempoh 7-10 minit. jangan lama sangat, nanti ikan jadi keras.
 
Taraaa....dan siap dan boleh dinikmati seisi keluarga.
 
 
Selamat mencuba!
 
 
RZH
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...