Skip to main content

Plan Berjalan-jalan...Trip to Singapore

Haishhhh...pulok doh! Haha

Geng sahabat syurga bersembang ttg trip untuk travel ke selatan pula, ke JB dan masuk Spore. Owhhh, mcm biasa saya ni follow aje bab travel yang geng dah atur. Nak plan sendiri tak sempat..so biar geng plan, kita follow ajer. Yang penting, block tarikh tu siap2...kalau tak block nanti orang isi terlopong ko sbb diari ko bukan milik ko...haha kemahhh.

Saya pun onzzzz. Intai diari, tiada event utama masa tu, makanya saya block awal supaya nanti tidak diisi dengan meeting.

Sekian lama tak ke Spore..bandaraya global metropolitan. Kali terakhir pergi rasanya lebih 10 tahun lalu. Adusss..lama benar doh tu. Pasti banyak yang telah berubah. Perkembangan dunia yang semakin moden ni pasti merubah segalanya. Sedangkan ombak merubah pantai, masa merubah manusia, apa lagi teknologi yang makin moden...lagilah pesat perubahannya.

Pada saya, secara peribadi tiada apa yang menarik sangat di Spore ni..Spore ni sebuah negara kecil saja, lebih kurang 720km persegi dengan penduduk seramai 5 juta orang. Spore ni sangat pesat dengan pembangunan, bisnes dan kekayaan...antara pelabuhan tersibuk di dunia. Pada saya jika ke sini, hanya sekadar berjalan2 tengok tempat orang dan menikmati keindahan dan kecantikan alam ciptaan Allah. Itu saja.

Jika berckp tentang bab makan, pada saya tiada apa yang istimewa di sini...sudah pasti satu masalah lah untuk saya jika berada di sini. Hehe...saya ni agak susah sikit nak mkn di Spore sbb saya ni mmg jenis tak makan kedai mamak atau kedai indian muslim. Ada satu tempat makanan melayu, , iaitu di Kampung Gelam. Saya lunch masakan melayu di tempat ni masa pergi dul. Jika kat area Little India..mmg kedai makan Indian la yang ada...uwaaaa.

Trip ke Spore nanti saya plan nak g juga ke Jalan Ampas, zaman kegemilangan Filem melayu dan zaman kemasyuran P. Ramlee. Ingin sekali melihat sendiri di depan mata dan menikmati pemandangan Studio Jalan Ampas dulu. Walaupun sudah usang dan tidak lagi seperti dulu...tetap juga terasa nak tgok depan2 mata. Terbayang watak2 seniman dan seniwati perfileman melayu dulu2 yang dirakamkan di studio Jalan Ampas ni...memori mereka penuh di sini..saya sekadar ingin berada di tempat ini dan membayangkan seniman dan seniwati kita dulu2 "berada di situ" suatu ketika dulu...berpuluh tahun yang lampau...Allahuakbar. Al-Fatihah buat semua pelakon perfileman melayu ini.

Beberapa tempat yang wajib untuk saya pergi adalah di Bugis Street dan Masjid Sultan. Bugis Street ni umpamanya macam Jalan TAR di KL la..banyak brg berbentuk cenderahati ada di sini. Opkos akan bergambar di mercu tanda Spore, Merlion.

Trip kami ke sini nanti tiga hari dua malam saja insyaAllah jika tiada aral ysng mendatang. Kita cuma merancang, namun Allah yang menentukan segalanya.

RZH







Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...