Skip to main content

Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat yang saya share di sini adalah gaya hidup mengikut pengalaman saya...

Sihat ni ada dua kategori. Sihat fizikal dan sihat mental dan rohani. Semua orang mendambakan kesihatan yang baik untuk fizikal, mental dan rohani. Perbuatan dan pemikiran kita akan menentukan sama ada kita nak bahagia atau derita. Sudah pasti la disokong dengan doa kita dan keizinan Allah. 

Bagi mencapai gabungan kedua-dua sihat fizikal dan sihat mental, maka kita perlulah:

1. Set minda untuk happy selalu.

2. Apa jua perkara, permudahkan dan jangan rumitkan.

3. Fikir apa yang dalam kawalan. Lepaskan apa yang di luar kawalan.

4. Permudahkan urusan orang. Jangan rumitkan. Sentiasa membantu.

5. Buat orang rasa gembira rasa bahagia. 

6. Bersikap pemurah. Jangan berkira

7. Ambil vitamin/makanan kesihatan secukupnya untuk diri. Buat senaman atleast dua tiga kali seminggu.

8. Banyak minum air masak. Kurangkan gula.

9. Banyak mendengar perkongsian ilmu. Banyak membaca.

10. Zikir selalu walau dalam hati

11. Praktikkan "dahulukan orang, kita kendian."

12. Perlu ikhlas dan jujur 

13. Positif dan redha

14. Jaga penampilan diri

15. Hindari sikap busuk hati, dengki dan dendam. Konsep "Biar orang buat kita jangan kita buat orang."

16. Bila buat salah minta maaf.

Sekadar perkongsian ringkas. Sama2 kita amalkan dalam kehidupan. Doa selalu pada Allah untuk Allah sentiasa pelihara perilaku dan kata2 kita...doa yang baik2 saja yang datang...insyaAllah hati, jiwa, dan minda kita kuat. Allah akan beri kita tenang, damai dan rasa bahagia.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...