Skip to main content

Menangani Ujian Dalam Kehidupan...

Menjadi manusia ni banyak ujian yang perlu kita tempuh. Kita tahan ataupun tidak saja.

Ujian Allah datang bersilih ganti. Namapun hidup...takkan mungkin hanya bahagia saja yang kita lalui. Pelengkap kepada sebuah kitaran kehidupan adalah suka duka bahagia derita. Empat kitaran ini wajib bagi setiap seorang itu lalui. Jadi, sentiasa bersedia dan jangan panik. Just hadapi...dan yakin setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Takkan selamanya bahagia dan takkan selamanya derita. Kita tiada choice. Kena hadap juga. Jadi hadap dengan bijaksana! Jangan sesekali binasakan diri.

Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi dan menanganinya. Itu yang membezakan ukuran sesebuah bahagia dan derita itu bagi setiap orang. 

Sesuatu ujian itu perlu dihadapi dan dilalui dan bukan diratapi atau disesali. Ujian itu sebenarnya akan lebih mematangkan kita terhadap kehidupan. Jika kita menyesali dan meratapi...kita berada dalam kerugian. Mengapa kita memilih untuk rugikan diri sedangkan kita berhak untuk memilih yang terbaik buat diri kita.

Ujian akan menjadikan kita semakin kuat dan tabah. Ujian itu akan mengajar kita ilmu kehidupan yang kita tak pernah terfikir. Bila kita experienced segalanya maka kita lebih bijak dalam menangani apa jua bentuk ujian yang datang. Kita juga menjadi seorang yang sangat kebal dalam menghadapi ujian dan masalah. Kita tahu semua selok beloknya...jadi akan mudah untuk handle masalah.

Bila ditimpa satu2 ujian, perkara asas yang perlu kita letak di minda adalah:

1. Latih diri untuk bersyukur atas ujian yang datang kerana kita yang Allah pilih untuk berikan ujian itu. Tentunya bukan saja2. Pasti ada hikmah Allah. 

2. Sabar dan redha dengan ujian itu. Yakin bahawa akan ada ganjaran yang baik yang sedang Allah simpan untuk kita. Ganjaran itu akan Allah datangkan kepada kita bila tiba masanya nanti. 

3. Letakkan di hati bahawa ujian itu penghapus dosa. Allah sayangkan kita kerana itu Allah berikan ujian kepada kita untuk mengingatkan kita supaya tidak alpa dan tidak ralit dengan hal keduniaan dan supaya kita sedar bahawa apa jua yang berlaku di dunia ini adalah hanya dengan izin-Nya. Justeru itu, hati kita akan sentiasa mengingati Allah.

4. Perlu sentiasa positif dengan setiap ujian yang datang. Tukar rasa kesedihan kepada kegembiraan dan lentukkan diri dan pemikiran kita dengan gelombang yang sedang melanda...insyaAllah kita boleh harungi dengan baik gelombang besar itu sehingga gelombang itu hilang dan keadaan kembali tenang.

Sifat ujian itu pasti sementara. Yakin di situ. Kejapkan hati kita kepada Allah dan berdoa agar kita terus dipelihara dan dilindungi. Minta pada Allah untuk kita terus diberikan hati dan jiwa yang kuat. InsyaAllah bila hati dan jiwa kita kita kuat, kita mampu hadapi semua ujian dengan hati yang lapang dan tenang.

Jangan lupa amalkan ayat 128 dan 129 Surah At-Taubah untuk menguatkan hati dan jiwa, iaitu ayat 

"Lakadja akum rasulum min anfusikum azizun alaihima anittum harisun alaikum bilmukmini nar ufurrahim. Fain tawallau faqul hasbiyallah hula ilahailla huwa alaihitawakkal tuwahuwarrabul arsyilazim.

Hafal dan amalkan ayat ini secara istiqomah. Baca tujuh kali pada setiap kali solat. Sangat besar fadilat ayat ini. Antaranya adalah, ayat ini ayat penguat hati dan penguat jiwa. Selebihnya ada banyak kebaikan lagi yang Allah janjikan. Siapa yang mengamalkan ayat ini secara istiqomah hingga menjadi darah dagingnya...maka mereka akan tahu betapa hebatnya ayat ini. Amalkan dan jangan bertangguh lagi.

InsyaAllah.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...