Skip to main content

Sesekali On Juga Tengok Citer2 Best Ni...

Aduhai parah ni..marathon weekend dua hari nonton episod 1 hingga 28...biar betul...haha...buat hal la RZH ni.

Itu la...jenis tak suka nonton TV sebenarnya...orang dah berzaman tgok cerita tu..dia baru nak nengok...aduhaii...itupun sebab nak elak fikiran memikirkan benda yang menyakitkan hati..bila tgok cerita ni mmg hilang stress rupanya...gitttchewww... fikiran cool dan terbuai sekali dgn plot cerita ni..penghayatan watak superb. Jalan cerita juga hebat!

Ini sebab cerita Mat Kilau la ni menjadikan Adi Putra top di tik tok...drpd tik tok tu la saya tahu cerita "Cinta Si Wedding Planner". Bila netizen dok pakat share babak2 menarik yang mencairkan hati, saya tertanya2...cerita apa ni..mulalah buat siasatan di youtube...taip keyword Adi Putra dan Mira Filzah. Keluarlah drama bersiri Cinta Si Wedding Planner ni...saya terus on button menonton secara marathon.hehe

Cerita sgt best! Saya bagi 20/10. 

Pada saya plot dan garapan cerita sangat sedap. Orang yang sedang down atau berduka cita memang elok tgok cerita ni..confirm hilang stress..confirm jadi tenang dan damai.

Satu tips untuk larikan minda daripada berfikir benda yang menyesakkan fikiran...nonton lah cerita2 best ni mmg akan mendamaikan. Fikiran tak perlu buang masa dok fikir perkara yang useless..

Cerita "Cinta si wedding planner" ni memang A+++.

Patutlah cerita ni viral dua tiga tahun lepas...den mmg jenis tak tgok tv...tetapi sesekali bila layan tu..28 episod boleh habis dua hari saja...hehe. lakonan Adi Putra dan Mira Filzah mmg superb...walaupun kedua2nya bukan pelakon fav saya, tapi bila tgok cerita ni..saya suka pulak keduanya...terbaik mereka bawa watak masing2 dlm cerita ni. Adi putra bawa wataknya...memang melting habis. Bertuah sungguh siapa dpt org character mcm ni. 

Banyak pengajaran yang boleh diambil drpd cerita ni...belajar sesuatu dan memahami sesuatu...realiti kehidupan mmg begitu. 

Bagi yang belum tonton, jika ada masa lapang, tonton lah..mmg best!

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...