Skip to main content

Semuanya Terjawab...Mission completed!

Saja share or locked di sini buat kenangan sebab lepas ni episod cerita dengan client ni tamat.  Semua persoalan dah terjawab...mission completed. Tak perlu bertanya apa lagi.

Kadang2 mencari jawapan pada apa yang kita nak tahu tu blh kita peroleh daripada byk sumber. Info juga boleh datang sendiri kepada kita tanpa perlu kita mencari...itu semua kuasa Allah.

Semuanya Allah punya, tiada satupun yang manusia punya..ingat yang tu.

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisis semula intipati cerita2 isteri adalah:

1. Nikah di Siam. Yang ini mmg win sbb saya boleh dgr drpd mulut si isteri sendiri. Nikah tahun 2015 kata sang isteri. Aduhaii..

2. Isteri ni bukan tunangnya yang dulu. Ini orang lain yang baru dikenali lebih kurang 10 tahun lepas...parah sungguh. Isteri ini juga tahu ttg kisah tunangnya dulu. Siap dia pula boleh ceritakan pula ttg cerita tunang suaminya itu..aduhai.

3. Kata isteri, si suami balik rumah kdg2 almost setiap hari..paling kurang dua kali seminggu. Katanya ada balik masa lunch, waktu petang, dan ada juga waktu pagi...kebiasaannya balik waktu lunch...kiranya lunch kat rumah dia selalu.yang ni saya mcm musykil sikit..

4. Video call atau call setiap hari, gholik masa suami video call or wasap call dlm pukul 8.30 pagi setiap hari. Masa malam tak tanya la pula. Tak tanya pula sama ada dia yg call atau suami yang call..

5. Bukan main lagi isteri bercerita semua ttg anak2 suaminya...result UPSR anak yang ni tiada A...result anak yang ni begitu begini..anak yang ni masuk kolej situ. Semua tahu...hmmmm nikah ni pun isteri pertamapun tak tahu, sibuk pula nak bercerita ttg anak2 dgn isteri pertama.

6. Dia tolong top up kan duit unk suami beli kereta baharu. Katanya dia yg suruh beli kereta baru sbb kereta lama tu dah lama sgt pakai...tahun 2004 lagi dibeli. Aduhhh kisahnya..

7. Meniaga kuihnya boleh dapat dalam empat lima ratus sehari...kisahnya...

8. Bila ditanya dia pakai kereta apa..Dia kata dia ada tiga buah kereta...salah satu kereta yg besar tu beli cash katanya. Jenis kereta apa juga diberitahu bila ditanya.

9. Tgh dlm planning nak buka kedai dobi di tempat kerja suaminya..biar betul nak dok sekali dalam satu tempat..cari pasal namanya ni..jika jenis bercerita mcm ni, krg kantoi pulak nanti rahsia nikah ni...baik sang suami fikirkan balik.

10. Kata isteri suaminya ni "Nnakut apah". Kalau nak keluar mkn berdua, akan pergi area jauh2 cket takut terserempak dgn org yg dikenali.

11. Dia panggil "abang" dan bukan "abe" kat suaminya. Ok..ada pernah tersasul. 

12. Bila ditanya tentang anak, dan tentang daftar nikah di sini, katanya "kita nak pun dah dia tak nak, nak buat ghano..bbuih dah mulut ckp".

13. Jika ada outstation ke mana2 yang berdekatan, kata isteri suami akan bawa dia. Pergi asing2 dan balik asing2.

Sang isteri ni buat bisnes jual2 mcm2. Alkisahnya ada geng2 yg kenal dia masa sama2 di Univ dulu tapi org ni masih berkawan dgn dia hingga skrg..depa bercerita, dia ni pinjam duit sana sini untuk modal bisnes tapi dia tak bayar...jadi pakat dok cari.. beberapa bulan ni dia ni tukar nom phone. Mungkin agaknya lari drpd orang dok kejar hutang...Hmmm..boleh tahan jugak.

Secara terus terang yang nak diketahui hanya nom 1 dan nom 2 saja..yg lain tu sekadar Allah beri info tambahan saja. Banyak lagi info lain yang diketahui, tapi saya tak tulis semua. Cukup 13 saja, yang lain saya simpan untuk pengetahuan saya saja. 

No further comment daripada saya..kes ini saya tutup sebab mission dah selesai...mission accomplished!

Saya mendoakan yang terbaik jua...

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...