Skip to main content

Allah Telah Tulis...Terus Ikhlas dan Bersabar

Setiap apa yang berlaku itu telah Allah tulis.

Tidak ada sesuatupun yang berlaku dalam hidup kita hanya berlaku saja2 begitu saja. Ia pasti ada hikmah dan rahsia Allah. Allah maha mengetahui segalanya. Segalanya berlaku dengan keizinanNya.

Justeru, buka hati dan minda kita untuk menerima segalanya dengan penuh rasa kesyukuran kerana kita yang Allah pilih untuk melalui ujian ini. Berlapang dada dan redha. Bisik pada hati yang kita redha. Kita terima dengan penuh keikhlasan.

InsyaAllah andai di situ kita dapat pegang, Allah akan memberi kita rasa ketenangan dan kekuatan. Bersabar dan terus bersabar...tenangkan hati rehatkan minda dan kembali kepada Allah. Pasti nanti ia mampu merubah keadaan.

Selepas kita ikhlas menerima dan redha, selebihnya itu kita serah kepada Allah. Allah maha mengetahui dan maha berkuasa. Allah tahu bagaimana nak susun. Tugas kita adalah membaiki mana2 lopong kelemahan diri kita...baiki, tambahbaik...jika sebelum ini kita lemah, doa kepada Allah agar kita kuat...jika sebelum ni kita mudah rasa terluka dan rasa kecewa, doa semoga Allah gantikan dengan kebahagiaan dan mengeluarkan kita dari belenggu itu. Jika sebelum ini kita tidak dapat menerima kenyataan itu, buka hati untuk menerima. 

Siapa kita untuk mempersoalkan itu dan ini..terima apa jua yang telah Allah susun. Usah persoalkan apa2 lagi...usah meminta apa2 jawapan lagi..biarkan saja kerana sekali kita mengejar sebuah jawapan dan mempersoal itu dan ini, selagi itu hati kita sakit. Tidak perlu tahu apa yang tidak perlu kita tahu.

Cuma yang pasti, orang yang membuat hati kita rasa terluka dan menahan sakit pedih dek perbuatan tidak baiknya, akan ada pembalasan daripada Allah nanti yang kita tidak tahu bentuknya macamana...masa itu pasti tiba.  Yakin Allah maha melihat dan maha mendengar permohonan hamba-Nya. Serah pada Allah kerana balasan dari Allah itu adalah yang terbaik.

Teruskan life seperti biasa dan pertingkatkan usaha untuk merubah diri menjadi lebih kuat. Hindari sengketa walau perlu menelan derita dan kepedihan. 

InsyaAllah.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...