Skip to main content

Sayur Air 'Tene Cara Kelate

'Tene ni adalah petola. Ore kelate menyebut sayur ni sebagai 'Tene. Cara menyebutnya perlu ada sabdu dulu di depannya..double T kalau drpd segi ejaannya.."ttene"

Sekian lama juga tak masak menu ni. Hari ini teringat menu2 lama orang2 tua. Makanya saya memilih untuk buat sayur air tene ni. Kebetulan ada dua batang tene yang tidak dimasak sejak dua tiga hari lepas. Mr. Husband beli untuk dicelur dan dicicah dengan budu masa saya masak singgang ike ayo hari tu, tapi tidak saya masak tene tu memikirkan sudah memadai singgang tu saja.

Buat sayur air tene ni sangat semesek ore kelate kata. Sangat simple dan mudah. Tapi rasanya sangat sedap...mungkin menu ni sangat kena dgn taste saya agaknya.

Bahan2 nya pun mudah...hanya tene (saya guna satu sahaja), seulas bawang putih, dan empat lima ulas bawang merah, dan dua biji telur, juga satu sudu teh lada hitam yang ditumbuk pecah2 saja. Kuahnya dlm empat lima cawan air saja..agak2 saja biar sedang elok dengan tene nya ya.

Cara2:

1. Siangkan dulu tene tu. Buang juring2 tajam tu dulu. Basuh dan belah dua dan potong setiap satu dlm jarak satu inci.

2. Tumbuk pecah2 saja bawang putih dan bawang merah. Boleh campur sekali.

3. Tumis hingga kekuningan bawang dan masukkan air untuk kuahnya. Guna sedikit minyak saja untuk menumis. Bila menggelegak masukkan tene dan pecahkan telur terus ke dlm air yg menggelegak tu. Masa masukkan telur, jgn kacau dulu kuahnya, biarkan telurnya mengeras sedikit dan baru dikacau. Jika dikacau awal, hancur pula telurnya nanti. 

4. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk pecah2 saja. Tidak perlu lumat. Masukkan garam gula dan sedikit serbuk perasa jika suka. Boleh masukkan hirisan cili api jika suka pedas sikit.

5. Biarkan menggelegak dlm sekejap saja dan boleh dipadamkan apinya. Jgn masak lama takut nanti tene tu lembik sgt, jadi tak sedap.

Makanya siap dan sayur air tene telah boleh dihidangkan. Lauk lain yang sesuai untuk dipadankan dengan sayur air ni adalah ayam goreng dan ikan goreng..telur dadar pun on juga.

Selamat mencuba!

Salam Hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...