Skip to main content

Warna-warni kehidupan..Bertabah la!.

Menyambut kedatangan 2022 dengan suatu rasa yang tidak dpt diterjemahkan. Macam2 rasa yang singgah sehingga menarik pergi energi yang ada. Allahu.

Fikiran agak bercelaru dengan pelbagai rasa sebenarnya...sukar untuk digambarkan perasaan yang ada..yang pasti...sedih, kecewa, gembira datang bertukar ganti. Kerana itulah energi dicuri...

Kembali kepada soal rasa...sedih kerana tragedi banjir yang memusnahkan emosi dan harta benda mereka yang terkesan....sangat besar kesannya..tiada kata2 yang dapat diucapkan. 

Menyaksikan keadaan mereka yang terjejas...hilang segalanya..total lost. MasyaAllah...tidak terucap rasa...tiada kata2 yg dpt diluahkan..hanya tersekat di kerongkong. Rumah musnah, peralatan dlm rumah musnah, lumpur memenuhi ruang sehingga sampai ke paras lutut lumpur dan selut di dalam rumah. Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul. Habis musnah perabut dan peralatan rumah yang ada.

Sedih juga bertimpa dengan berita2 terkini dan penuh sensasi yang mengisi ruang penamat 2021. Sensasi yang terhasil daripada hati manusia yang telah hilang rasa waras dan malu. Buta dengan sebuah kepalsuan. Tenggelam dalam dambaan hasrat dan impian yang dibina atas sebuah kehancuran dan kemusnahan. Lumat dikerjakan dek rasa rakus dan tamak menolak ke tepi soal berkat dan rahmat. Allahu..."ada apa hal kan"...begitu lah sombongnya manusia..

Walau apa jua yang berlaku, guruh berdentum kilat menyabung masa tetapnya juga bergerak ke depan. Walau apa jua rasa yang hadir, hidup tetap perlu diteruskan. Rutin tetap perlu dilaksanakan. Demi sebuah amanah dan tanggungjawab semuanya perlu berjalan sebagaimana ianya perlu berjalan. Maka seluruh rasa diserahkan pada Yang Satu kerana tiada daya dan upaya melain kepada-Nya jua tempat bergantung.

Ibarat kata "Pisau sudah di tangan, maka belah dan potong lah mengikut yang disukai...silakan...cuma jangan sampai terhiris tangan sendiri dek rasa rakus yang tidak bernoktah.

Jangan lupa...apa jua perbuatan kita, Allah tetap menulis baik ataupun buruk. Allah tetap mengizin baik ataupun buruk...cumanya sudah pasti pengakhiran tetap berbeza bagi keduanya...yang baik maka baiklah titik akhirnya manakala yang jahat pula tetap akan terima balasannya, cuma hanya masa saja yang menentukan.

Sabar dan redha. InsyaAllah segalanya baik2 jua.

Wallahuaklam.








Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...