Skip to main content

Di mana kita sekarang...

Kehidupan ini bersilih ganti...drpd kita bayi, kanak2, remaja, dewasa dan usia tua.

Di manakah kita sekarang...jika telah di usia tua atau memasuki usia tua, maka banyak perkara yang kita perlu ubah daripada segi gaya hidup kita. Mana mungkin boleh sama dengan zaman kita remaja berpuluh tahun dulu. Daripada segi tanggungjawab pun sudah berubah, keadaan fizikal diri juga sudah berubah dan kemampuan dan tenaga diri juga slowly makin berkurangan. Keadaan kesihatan juga berubah...pelbagai penyakit yang singgah.

Justeru, sama-sama kita saling mengingati diri tentang peredaran masa dan peningkatan usia kita supaya kita sedar yang umur kita semakin menghampiri "garisan penamat". Jangan sampai kita terleka dan pergi bila dijemput Allah nanti dalam keadaan kita tidak bersedia kerana merasakan kita masih muda dan menganggap mati itu masih jauh..Allahuakbar.

Perkara asas untuk kita berubah adalah yang pertamanya, betulkan hati dan pemikiran kita. Hati dan pemikiran jangan lagi melebihkan perkara dunia drpd tuntutan akhirat.

Perkara kedua yang perlu kita lihat adalah sikap dan perlakuan kita. Biarlah kita menjadi orang yang baik dan matang. Sikap dan perlakuan yang tidak baik itu tinggalkan terus. 

Perkara ketiga adalah tentang penampilan atau pemakaian juga tutur kata kita. Pemakaian tu biar sesuai dengan usia kita dan menutup aurat. Tutur kata pula biarlah elok dan sejuk telinga mendengarnya. Budi pekerti pula biarlah baik, sopan dan beradab.

Maka selepas kita betulkan ketiga2 perkara di atas, perkara yang paling penting dan perlu kita beri perhatian adalah tentang persiapan kita untuk menuju ke sana. Ini memang perkara wajib dan perlu istiqomah. Perkemaskan dan pertingkatkan amalan kita. Bertaubat atas dosa yang lalu dan mengamalkan rutin kehidupan yang dalam redha Allah. Hindari segala pemikiran dan perbuatan yang tidak baik.

InsyaAllah, dengan memperkemaskan dan membetulkan segalanya ini, kita telah bersedia dengan kehidupan di gerbang memasuki usia tua ini. Kehidupan akan tenang dan bahagia. Dalam usia yang sebegini, apa lagi yang kita harapkan melainkan ketenangan dan kebahagiaan juga keberkatan Allah sementara kita menunggu untuk kembali kepada Pencipta.

Sama-sama kita..InsyaAllah.


RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...