Skip to main content

Menukar Masalah Menjadi Peluang...

Nikmat Allah hadir dalam pelbagai bentuk. Justeru, sebagai hamba Allah latih diri untuk sentiasa bersyukur...

Belajar untuk tidak merungut, berkeluh-kesah, complaint, dan mengungkit kerana sifat sebegini secara tidak langsung akan menjadikan kita hamba yang tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan.

Bersyukur lah dengan apa jua yang Allah berikan kepada kita kerana itu lah bahagian kita yang telah tertulis. Jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan tambahkan lagi. Jika kita tidak bersyukur, kehidupan kita ibarat pokok kering dan tidak berbuah...merugikan.

Jika kita jenis orang yang suka merungut dan kaki complaint, mungkin tips ini boleh cuba diamalkan:

1. Sentiasa pandang kepada orang lebih susah daripada kita dan bukan pandang orang lebih baik daripada kita supaya kita tahu betapa bernilainya apa yang kita ada itu untuk disyukuri.

2. Letakkan diri kita di tempat orang lain. Jika kita tak mahu perkara2 menyakitkan orang buat pada kita, maka pastikan kita juga tak buat pada orang.

3. Belajar untuk redha, berlapang dada dan bersyukur selalu. Dengan redha, berlapang dada, dan bersyukur kita akan lebih tenang dan bahagia.

4. Belajar melihat perkara drpd sudut positifnya. Tukar masalah menjadi peluang.

5. Anggap apa jua yang berlaku adalah susunan Allah yang terbaik buat kita. Pasti ada hikmah dan rahsianya..Jadi sematkan dalam hati dan pemikiran kita yang tidak mendahului kebesaran dan kekuasaan Allah. Lebih tahu. Justeru, tak usah kalut dan gundah gulana. Lalui saja mengikut bagaimana ianya akan berlaku...lentukkan perjalanan kita umpama batang yang elastik yang boleh dilentukkan mengikut situasi.

6. Tukar sikap kita daripada suka mengeluh kepada suka berdoa. Gantikan berkeluh kesah kepada doa. Panjat selalu doa kpd Allah. Datang rasa ingin mengeluh terus beristigfar dan tukarkan kpd doa. InsyaAllah.

Justeru itu, andai kita seorang yang suka mencari salah orang, merungut, mengungkit dan sebagainya lagi seumpama, maka berubahlah. Ubahlah sikap dan penerimaan kita kepada sesuatu supaya kita berjaya menukarkan masalah menjadi peluang...insyaAllah hidup kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Yakin dan percaya!

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...