Skip to main content

Doa Buat Seorang Sahabat...

Mendapat perkhabaran seorang sahabat baik warded atas masalah kesihatan yang agak serius.

Allahu terkejut, rasa trauma, bimbang bercampur baur. Macam2 rasa hadir di benak. Fikiran mula fikir pelbagai kemungkinan. Trauma kehilangan staf yang dijemput Allah hampir 3 minggu yang lalu masih belum hilang, kini datang berita ini pula.

Kehidupan ni begini la...Allah telah susun semuanya...khabar itu ini datang silih berganti mengambil tempat. Itu lah kehidupan. Kita tahu dan kita faham bahawa itulah lumrah dalam hidup, cuma kita sebagai hamba Allah punyai emosi yang akan mudah terusik bila berlaku sesuatu yang tidak diduga atau di luar jangkaan. Kadang-kadang terbawa2 dan prolong lama.

Buat kita semua yang mempunyai sahabat...hargailah dan raikan lah sahabat kita. Sentiasalah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat sahabat2 kita walau di mana mereka berada, dekat atau jauh tu just a matter of distance saja, yang penting adalah doa kita kepada sahabat yang sentiasa dipanjatkan kehadrat Allah. InsyaAllah akan sampai jua kepada sahabat yang kita niatkan. InsyaAllah.

Sebuah persahabatan yang terjalin itu sangat besar nilainya. Takkan terganti dengan apa jua nilai yang lain. Justeru, sentiasa mendoakan yang baik2 buat sahabat kita. Berilah makna kepada silaturahim yang terjalin sekian lama. 

Nilai sebuah persahabatan itu akan menjadi lebih tinggi bila mana sahabat itu adalah tempat kita mendapatkan pandangan, kekuatan, saling meluah rasa dan saling memberikan motivasi dan inspirasi, juga saling menegur untuk kebaikan.

Khusus buat sahabat saya yang namanya saya sebut dalam hati, yang kini sedang diuji dengan kesihatan, saya doakan semoga sahabat saya ini diberikan Allah kesembuhan segera, diringankan segala kesakitan, diberikan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran. Terus kuat dan jangan banyak fikir tentang kekecewaan yang lepas. Biarkan ianya pergi...lepaskan daripada hidup. InsyaAllah semua akan okey. Amiin Ya Rabbal alamin.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...