Skip to main content

Pagi 10 Muharam Yang Indah...

Hujan di luar sana. Kedinginan pagi menusuk sampai ke tulang. Awal pagi 10 Muharam yang sangat indah.

Damai dan tenang hati. Sejuk dan dingin. Mendengarkan bunyi rintik2 hujan di luar rumah menambahkan lagi rasa damai...Angin sejuk di luar sana juga lembut menerpa masuk bila pintu rumah dikuak kan sedikit. Bunyi suara katak juga kedengaran jauh2 bersahut-sahutan dengan iramanya yang tersendiri. Fenomena alam.

Sudah sekian lama rasa sebegini tidak hadir. Kini muncul...dalam hati berbisik. "Allah, besar sungguh kebesaran-Mu...meresap nikmat yang tiada bandingan ini ke dalam diri."

Menikmati di pandangan mata dan di halwa telinga seluruh suasana alam dan kebesaran Allah di awal dinihari, dengan bunyi hujan, hembusan angin yang sejuk dan bunyi suara makhluk2 Allah yang lain di luar rumah adalah terapi hati yang tiada bandingan.

Suasana alam yang menyambut pagi 10 Muharam yang sangat indah. 10 Muharam ini adalah hari yang di sunatkan kepada kita untuk berpuasa sunat. Puasa sunat 10 Muharam ini disebut sebagai Puasa Asyura. Menurut riwayat Tarmidzi, Rasulullah SAW mengatakan bahawa puasa sunat pada 10 Muharam ini dpt menghapuskan dosa setahun. Sama2 kita merebut peluang yang Allah berikan.

Allah hadirkan hujan sejak lewat malam tadi sehingga ke dinihari. Semoga jua Allah mendengar semua doa kita agar Allah mengangkat kembali wabak ini dari muka bumi Allah ini. Waktu hujan adalah salah satu waktu yang afdal untuk kita berdoa...berdoalah dengan seikhlas dan setulusnya, insyaAllah doa kita semua dimakbulkan. Terus berdoa untuk kebaikan dan redha Allah. Semoga Allah makbulkan permintaan kita semua...amiin YRA. Istiqomah.

Juga berdoa agar Allah memberikan kita kesihatan yang baik, dan menyembuhkan segala sakit kita. Asbab kesihatan yang baik akan membolehkan kita melakukan ibadah kepada Allah dengan baik dan menjalankan tamggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Jangan skip doa dalam hidup kita. Doa adalah senjata untuk segala-galanya. Setiap masa kita boleh berdoa. Justeru, lakukan selalu. Minta dengan Allah apa jua yang kita mahu...insyaAllah, Allah Maha Mendengar. Jika baik buat kita, maka Allah memberi. Jika tidak baik buat kita Allah tangguhkan dulu atau Allah gantikan dengan benda lain. 

RZH
10 Muharam





Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...