Skip to main content

Bagaimana Menjaga Hati Agar Terus Kuat...

Kekuatan hati terletak kepada kekuatan iman, ketahanan mental (resilience) dan kekuatan diri kita mengawal emosi.

Hati mudah koyak dengan pelbagai ujian yang mendatang jika kita tidak betul-betul mempertahankannya.

Bagaimana nak pertahankan hati agar terus kuat dan tidak mudah goyah dan koyak.

1. Jaga Iman dan takwa kita. 
Pertingkatkan dan tambahbaik hubungan kita dengan Allah adalah cara kita menjaga iman dan meningkatkan takwa kita. Bagaimana nak tingkatkan iman dan takwa?
- bersihkan hati
- buat perkara yang baik
- hindari dosa yang menghalang rahmat 
  Allah kepada kita.
- bertaubat atas dosa lalu
- jangan khianati dan melakukan kejahatan
  kepada orang lain
- solat dan zikir juga membaca Quran
- bersedekah
- banyak muhasabah diri
- banyak menghadiri majlis ilmu di jalan
  Allah dan praktikkan ilmu yang diperoleh

2. Kekuatan mental
- tukar persepsi kita terhadap masalah.
- tukar cara berfikir
- percaya dengan potensi diri
- yakin dengan diri
- jangan buang masa fikir benda2 kecil 
  yang remeh temeh.
- mempunyai daya juang yang tinggi
- berjaya atasi kegagalan dan bangkit
  semula

3. Kekuatan diri mengawal emosi
- belajar berdamai dengan semua situasi
- Redha
- kawal amarah dengan istigfar dan zikir
- jangan cepat down dan give up
- terima kelemahan diri dan tambahbaik
- Raikan kekuatan orang lain
- anggap ujian sebagai motivasi diri
- anggap ujian sebagai teguran Allah untuk
  menjentik hati kita supaya kembali semula
  kepada kebenaran.
- positif selalu
- tidak mudah sentap dan melatah
- belajar mengalah. 
- jaga hubungan dengan semua orang
- jaga komunikasi 
- elak konflik

Justeru, sama-sama kita menjaga iman dan takwa kita kepada Allah dan cuba mempraktikkan perkara2 seperti dinyatakan untuk kita kuat dalam menjaga hati kita agar terus kuat dan tidak mudah 'retak' dan 'koyak'. Setiap masa minta kepada Allah kerana setiap apa yang berlaku adalah dengan keizinan-Nya jua. Sentiasa ingat kita tidak punya apa.

Wassalam...

RZH
18 Ogos 2021

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...