Skip to main content

Ketua dan Kepimpinan

Rasulullah SAW bersabda: 
Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya.

Daripada sabda Rasulullah SAW ini, jelas kepada kita bahawa pemimpin ini bukan setakat "suka-suka" menjadi pemimpin, tetapi perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kepemimpinannya.

Seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar kerana apa jua perkara di dalam "jajahan takluknya" maka perlulah dia mengambil tanggungjawab untuk memastikan semuanya digerakkan mengikut lunas yang ditetapkan dan mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan.

Justeru itu, seseorang individu yang dipilih sebagai pemimpin perlulah memperlengkapkan dirinya dengan sikap dan keperibadian yang baik, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi mengemudikan bahtera yang sarat muatannya dengan pelbagai perkara.

Kotter (1990 merumuskan bahawa untuk menjadi pemimpin berkualiti dalam sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu memiliki kemahiran mengurus dan memimpin bagi menjamin kejayaan dan keberkesanan organisasi yang dipimpin.

Bercerita pula tentang kepimpinan, kepimpinan adalah kemampuan seorang pemimpin itu untuk mempengaruhi, memotivasi, dan memberikan arahan kepada mereka yang dipimpin dalam mencapai matlamat organisasi. Kemampuan pemimpin untuk memimpin, membimbing dan menjadi inspirasi kepada pengikutnya

Mengikut John C. Maxwell, 2007: Terdapat tujuh perkara penting yang perlu dilihat kepada seseorang pemimpin, iaitu:

1. Character- Who there are
2. Relationship - Who they know
3. Knowledge - What they know
4. Intuition - What they feel
5. Experience - What they have been
6. Past Success - What they have done
7. Ability - What they can do

Justeru, seseorang pemimpin yang benar-benar ingin menjadi pemimpin yang berkualiti, berilmu pengetahuan,  dihormati, dan disegani perlulah melengkapkan diri dengan "seven Key Areas" sebagaimana yang disimpulkan oleh Maxwell dalam buku penulisannya ini.

Seorang pemimpin juga perlulah menjadi contoh yang baik kepada pengikutnya. Kepimpinan perlulah melalui teladan di mana seorang pemimpin perlulah membuktikan bahawa dirinya berkemampuan tinggi dan mempunyai kecekapan dan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Pemimpin juga perlulah mempunyai sikap, nilai dan keperibadian yang baik kerana apa jua yang dilakukan akan sentiasa dilihat oleh pengikutnya. Pengaruh dan rapport dibina melalui komunikasi yang baik dan personaliti diri yang unggul. 

Sekadar perkongsian jua keperluan yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan untuk menjadi pemimpin sebenar dalam erti kata mencapai standard pemimpin berkaliber dan standard pemimpin yang dinyatakan dalam kepimpinan Islam.


Salam Hormat,
RZH





Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...