Skip to main content

Hidayah itu Rahsia Allah...istiqomah lah!

Kembali menyapa blog yang telah ditinggalkan lima hari lalu...cepat betul masa berlalu..pejam celik pejam celik tak sedar dah lima hari rupanya last menulis.

Malam ni sekadar singgah sekejap saja "just to say hi".

Entry kali ni saya nak berkongsi kisah seorang sahabat yang dalam tak sengaja menjadi pendorong dan motivasi secara senyap kepada saya. Itu yang orang kata, sahabat baik itu adalah sahabat sejati dunia dan akhirat.

Saya cukup berterima kasih dan bersyukur kerana hidayah Allah itu Allah datangkan kepada saya melalui dia...sehingga kini saya tidak pernah menceritakan kepada dia tentang perkara ini, namun saya pasti saya akan beritahu dia suatu hari nanti dan melafazkan ucapan tkasih kepada dia nanti.

Alkisahnya begini...tujuh lapan tahun yang lalu saya diketemukan kembali dengan salah seorang sahabat baik setelah hubungan terputus agak lama..ya semenjak meninggalkan form six..masa tu memang sangat baik dengan dia..segala perkara kami kongsi bersama.

Bila tamat persekolahan kami membawa haluan masing2 sehinggalah bertemu semula dengan keadaan masing2 yang telah berbeza, bukan single seperti dulu lagi, tapi masing2 telah berkeluarga.

Dia kini telah berkahwin dengan jejaka senegeri..dan masih lagi berdua..masih belum ada rezeki mendapat cahaya mata.

Hokey, kita pendekkan cerita, ada sesuatu sebenarnya yang ingin saya kongsikan tentang sahabat saya ini. Allah temukan kembali dia dengan saya bukan saja2 begitu saja...ada perkara yang Allah nak "berikan" pada saya...alhamdulillah.

Sahabat saya ni sejak sekian lama tapi saya tak pasti sejak bila sebab sudah lama terputus hubungan...amalannya secara istiqomah adalah membaca surah Yaasin pada setiap selepas solat maghrib sambil terus menunggu masuknya waktu isyak....tanpa gagal inilah amalannya secara tetap...masuknya waktu isyak dia akan tunggu dalam keadaan diri masih kekal dalam kain sembahyang.

Macamana saya tahu ini adalah amalannya secara tetap. Masa kami mula2 bertemu selepas hubungan terputus...dia akan sentiasa wasap saya bertanya kaba dan berborak pada setiap mlm..dan pada setiap kali itu juga lah slps berborak beberapa minit dia akan minta izin untuk stop dulu kerana nak baca Yaasin...slps selesai baca Yaasin dia sambung text saya dan bila masuk waktu isyak dia akan minta izin sekali unk stop borak untuk menunaikan fardu isyak...

Setiap malam begitu lah sahabat saya ini...sehinggalah saya sendiri tanpa sedar terikut sekali untuk selepas maghrib terus tunggu sekali waktu isyak dan mengamalkan membaca Quran di antaranya.

Selepas itu saya realized bahawa sesungguhnya hidayah Allah datang dalam pelbagai cara...Allah akan memberikan hidayah kepada hambanya yang dipilih...yang penting kepada kita adalah sentiasa istiqomah berdoa kepada Allah agar Allah sentiasa mendatangkan kita petunjuk dan hidayah.

Sebagai manusia kita ini tidak sempurna. Sudah pasti tidak terhitung dosa2 kita kepada Allah. Sentiasa berlapang dada dan berusaha lah untuk memperbaiki segala kelemahan diri. Niat segalanya kerana Allah, insyaAllah akan datang rahmat dan kasih sayang Allah buat kita.

Berdoalah agar kita menjadi hamba Allah yang terpilih untuk Allah "sentiasa hadirkan teguran" dalam pelbagai bentuk bagi tujuan mengingat kita bahawa dunia ini bersifat sementara dan tiba masa nanti kita semua akan ke sana.

Salam hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...