Skip to main content

Diari Kehidupan 360 Hari Seterusnya...


Hari ini adalah hari di mana "semua penulisan akhir" dalam diari kehidupan sepanjang 360 hari di tahun 2019 perlu dirumuskan...rumusan ini perlulah kita buat dengan teliti dan menyeluruh dengan menyatakan sekali segala kejayaan dan kecemerlangan yang diraih, juga penting menyatakan sekali apakah agaknya pembetulan dan penambahbaikan yang perlu dibuat untuk 360 hari berikutnya di tahun 2020.

Rumusan perlulah dengan hati dan jiwa yang jujur dan penuh rasa "keinsafan"...tunduk dan tawaduk kepada Allah...kerana dengan hati dan jiwa yang tunduk kepada Allah jua yang dapat menyenaraikan secara hakikat sebenar tentang amalan, perbuatan, dan tutur kata kita dan bukan sebuah kepalsuan hanya untuk menyedap rasa.

Mengapa perlu jujur? Kerana dengan kejujuranlah kita akan "berkata benar" dan "merumuskan yang benar sahaja"...dan dengan penuh keinsafan berdoa dan mendambakan perubahan dan peningkatan diri ke arah yang lebih baik daripada Allah.

Sudah pasti banyak kejayaan dan kegembiraan juga kebahagiaan yang Allah berikan kepada kita sepanjang 360 hari ke belakang untuk kita terus bersyukur...dengan bersyukur insyaAllah, Allah tambahkan dan perhebatkan lagi. Kejayaan ini bukan untuk kita mendabik dada memandang bintang di langit dan terlupa untuk melihat rumput di bumi.

Dan jangan lupa juga segala episod rasa perit, derita dan kecewa yang kita lalui...rasa perit dan kecewa ini akan lebih mematangkan dan menambahkan pengalaman kita untuk 360 hari yang seterusnya. Rasa perit dan kecewa ini akan meningkatkan keimanan kita dan kebergantungan kita pada Dia yang Maha Mengetahui...kita akan lebih dekat pada-Nya. Dengan dekat kepada-Nya hidup akan lebih tenang.

Dengan berakhirnya 360 hari ke belakang...makanya umur kita jua berganjak satu tangga lagi. Tangga ini sebenarnya tangga pendakian yang menandakan semakin dekatnya kita ke "puncak"..."puncak" itu sebenarnya adalah pengakhirannya kepada sebuah kehidupan...surface nya memang la tangga itu menandakan semakin berganjak satu tangga maka semakin lama dan "senior" la kita dengan kehidupan dunia... jangan kita lupa untuk melihat juga bahawa baki anak tangga yang tinggal yang semakin dekat untuk ke "puncak" itu menandakan semakin pendek masa kita bersama dunia.

Justeru, dalam "diari kehidupan 360 hari lagi" ini sentiasalah mengingati dan meletakkan "portion persediaan" itu di samping kita menyenaraikan segala perancangan, penambahbaikan, dan pembetulan yang ingin dilaksanakan...yang penting adalah penambahbaikan secara seimbang rohani dan jasmani...kejayaan dan kecemerlangan lalu jadikan sebagai pendorong dan semangat untuk terus kekal cemerlang. Kekecewaan lalu jadikan sebagai asas untuk kita terus menjaga hubungan dengan Allah...dan kesilapan masa lalu itu jadikan sebagai pengajaran dan benteng untuk membetulkan diri dan tidak mengulanginya lagi.

Semoga kita terus diberikan Allah umur yang panjang untuk terus meningkatkan dan memperkemaskan amal ibadah kita kpd-Nya, diberi kesihatan yang baik dan hidup dengan penuh keharmonian dan ketenangan, juga dikelilingi oleh mereka yang membahagiakan dan dijauhkan daripada mereka yang menyakitkan untuk 360 hari berikutnya "sa'i kehidupan" yang perlu diteruskan ini supaya terus dalam barokah Allah. Bahagia di dunia dan di akhirat!

Salam hormat.

Sekadar penulisan santai2
RZH
31 Disember 2019

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...