Skip to main content

Adab sopan kita semakin hilang...

Sekadar penulisan daripada cerita pendek yang berlaku di depan saya. Kisah ni dah dua minggu sebenarnya berlalu, cuma saya tidak sempat untuk menulis. Saya sekadar menulis daripada sudut pemikiran dan pemerhatian saya saja...mungkin ianya tidak betul begitu dan sudah pasti sudut pandangan saya tidak semestinya sama dari sudut pandangan orang lain. Pun begitu, mungkin sama-sama kita boleh mengambil pengajaran dan iktibar atas apa yang berlaku supaya kita tidak melakukan perilaku sebegitu.

Saya dari perjalanan pulang dari salah satu negeri di sebelah Pantai Timur, singgah di satu R&R untuk solat jamak zohor dan asar. Masa saya nak solat, di sebelah saya ada seorang wanita yang dah selesai solat tapi masih lagi dalam kain sembahyang. Bila saya masuk saya memberikan salam, masa tu ada beberapa orang dengan hal masing-masing dan mungkin salam saya dijawab dalam hati.

Bila di tahiyat akhir, terdengar satu suara daripada belakang, "akak dah sudahkah?"...walau sedang khusyuk dalam solat sempat terdengar juga jawapan balas dengan nada yang tidak begitu mesra "nak tunggu solat asar sekali"...di akhir intonasi bunyi seakan sedikit mendengus...pada saat itu saya sedang memberikan salam, tapi saya perlu menyambung terus untuk dua rakaat lagi jamak qasar solat saya.

"Saya guna sekejap aje akak, zohor dah nak habis ni" saya dengar suara adik tu mendatar dan agak cemas...mungkin cemas kerana dalam beberapa minit lagi waktu asar akan masuk. Walau sedang dalam bacaan solat, saya menyedari orang sebelah saya bangkit dan beredar ke tepi...sunyi sepi tanpa suara namun telekung surau R&R itu bertukar tangan.

Saya meneruskan solat saya tanpa mengambilkira apa yang berlaku selepas itu...keadaan sunyi sepi kerana masing-masing sedang fokus kepada solat. selesai memberikan salam, saya tidak sempat melihat tuan punya suara yang bergegas nak solat zohor tadi...sebab dia dah selesai solat dan telahpun beredar...tapi kelihatannya telekung solat yang digunakan tadi dibiarkan begitu saja di sejadah, tanpa berlipat, atau menyangkutkan semula ke penyangkut telekung dalam surau tu atau mungkin kalau ikut adabnya menghulurkan atau menanyakan semula kepada orang yang dia minta tadi yang masih ada di situ.

Selesai berdoa, saya melipat telekung sembahyang saya (telekung saya sendiri yang memang saya standby dalam kereta), dan dalam masa yang sama mata saya sempat melirik kepada seorang wanita yang sedang tekun mengadap handphonenya...dalam hati saya berbisik "mungkin ini orangnya yang beri jawapan "nak tunggu solat asar" dengan nada yang agak tidak begitu mesra tadi...orang yang membuka kain sembahyang "dengan terpaksa" dan tanpa berkata apa-apa untuk memberi laluan kepada adik yang telah beredar tadi menggunakannya dulu.

Hmmmm...dua kesimpulan yang saya buat dalam diri saya sesambil saya beredar meninggalkan surau.

Pertamanya, adab sopan orang kita kini semakin hari sudah semakin hilang dan pudar rupanya...tiada lagi budi pekerti dan kelakuan yang manis bila berkomunikasi sesama kita...walau saling tidak mengenalipun, adab seharusnya perlu sentiasa dijaga...kita semua sama satu bangsa dan satu agama...masa tu pula sedang berada di rumah Allah untuk mengerjakan ibadah wajib...betapa sombongnya hati manusia, sedangkan pada masa itu sedang ingin mengadap Allah.

Keduanya, yang "meminta" telekung dan yang "memberipun" kedua-duanya pada saya sama tidak mesra dan tidak sopan, yang sorang ni mmg betul lah dia meminta kerana sedang terdesak sebab waktu zohor dah nak habis, dan pada masa itu tiada telekung lain lah yang tersangkut, tapi yang tak betul dan tak bagusnya bila dah selesai guna..telekung tu ditinggalkan macam gitu aje di sejadah dan terus beredar.

Yang memberi tu pula...memberi dengan cara yang tidak mesra betul...sedangkan telekung tu milik surau tu pun sebenarnya...dengan tidak berkata apa-apapun...dibuka dan ditinggalkan atas sejadah begitu saja...dan terus beredar ke tepi. Sama ada dia pandang ke wajah orang yang meminta dan melemparkan senyuman atau tidak, itu saya tidak pasti kerana saya tidak nampak apa yang berlaku sebab saya masih sedang solat. 

Semoga kita semua terus menjaga adab dan perilaku kita agar sentiasa baik dan dapat membahagiakan orang di sekeliling kita. Hindarilah sifat yang sombong dan sifat tidak peduli kerana tidak ada satupun benda di dunia ini kekal menjadi milik kita...semuanya milik Allah yang hanya dipinjamkan saja kepada kita. Tidak rugi kita beradab sopan, mengamalkan sifat yang mesra dan sentiasa mengukirkan senyuman kerana senyuman itu adalah juga terapi kepada diri kita dan diri orang lain juga.

Sekadar Bicara Hati,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...