Namun, secara terus terang pulut yang dimasak secara tradisi dan manual di kampung lagi sedap rasanya..itu pandangan saya. Mungkin sebab saya datang dari kampung yang memang budaya membuat pulut kuning ni adalah budaya rutin kampung saya...pulut kuning unk kenduri kesyukuran, kenduri kahwin, pulut semangat dan sebagainya lagi. Saya memang selalu melihat bagaimana orang2 tua di kampung memasak beramai2 dan bergotong royong dalan membuat kenduri kendara atau di Kelantan dipanggil 'bekwoh'. Dulu2 masa zaman remaja di kampung, sy memang turut bersama...kepakaran saya buat 'sambal lada' atau di KL ni dipanggil sambal belacan, dimakan bersama gulai ikan, kari ayam/daging dan sebagainya ikut kesukaan..
Okey semua balik kepada cerita pulut kuning noxxa special kita ni..meh kita tengok bahan2 nya ya.
Bahan2:
1. Satu pek pulut 1 Kg..pulut saya guna pulut yang dibeli dari Kelate. Sentiasa ada stok di rumah. Ada juga orang panggil pulut madu, pulut dari siam sebenarnya..belah utara pun ada...pulut sini tak berapa 'kaw' rasa pulutnya sbb dah bercampur beras rasanya...tak berapa 'berpulut' sangat maksud saya.
2. Santan pekat satu cawan. (update: kurangkan kpd 3/4 cawan saja kerana pulut yang saya buat ni agak lembik sikit.
3. Garam satu sudu besar terus campur dgn santan. Satu sudu tu jangan penuh sangat ya..karang masin pulak pulut tu...hihi. garam ni untuk beri pulut tu rasa lemak2 cket, bukan untuk beri dia masin...hehehe.
3. Gula dua sudu penuh. Tiga sudu pun boleh. Kalau nak makan dengan rendang, dua sudupun memadai.
4. Sehelai daun pandan diikat simpul.
5. Kunyit hidup atau kunyit basah satu inci ditumbuk hancur, ditapis dan diambil airnya.
6. Asam keping dua keping untuk rendam bersama pulut untuk kilatkan pulut nanti.
Cara-cara:
1. Basuh bersih dan toskan pulut. Saya amalkan berselawat sambil mencuci atau membasuh apa sahaja semasa memasak (masa-masa lain berselawat juga..hihi). InshaAllah apa yang kita masak bersih...
2. Rendam pulut untuk 10 minit atau kurang. Tak mahu rendam pun boleh sebenarnya bila guna noxxa. Jangan rendam lama macam kita nak masak manual tu yer..nanti lembik pulut tu. Masukkan kunyit hidup dalam rendaman ni, kunyit dalam seinci, tumbuk hancur dan tapis masuk dalam air rendaman. kalau malas guna serbuk kunyit saja dalam setengah sudu kecil. jangan banyak sebab serbuk kunyit ni tak berapa sedap sikit untuk masuk dalam pulut. Lepas tu jangan lupa masukkan juga pewarna kuning telur yang dalam botol macam botol essence vanila tu...juga dua keping asam keping. Rendaman ni bagi tujuan nak serapkan warna kuning pada pulut tu..Tapi kalau guna manual, pulut ni wajib rendam atleast 3 hingga 5 jam..untuk lembutkan pulut dan cepat masak bila dikukus nanti.
3. Kemudian masuk pulut dalam inner noxxa. Air rendaman buang yer, jangan dimasuk sekali pulak...masuk air lain lebih kurang separas dengan pulut. Jangan masuk lebih sebab nanti kita nak masuk santan lagi satu cawan selepas pulut tu masak. Dan masukkan daun pandan yang disimpul tadi.
4. Tekan HP 5 minit. Jangan lupa, tombol penujuk di tutup periuk tu mesti menghala ke fungsi pressure ya. Bila bunyi bit bit bit...pusing tombol tu ke penunjuk Steam untuk buangkan tekanan yang terperangkap dalam periuk. kemudian buka tutup periuk. Selagi angin tekanan tidak dikeluarkan habis, tutup memang tidak boleh dibuka. Jadi jangan panik pulak ya.
5. Buka tutup dan masukkan santan ke dalam periuk...'arungkan' pulut tu dengan santan dan taburkan gula dalamnya. 'Arung' ni bahasa ore Kelate, maksudnya kacau. Kacau dalam 5 minit bagi tujuan nak sebatikan santan dan gula tadi, dan yang penting tujuan 'arung' ni adalah untuk lembutkan dan gebukan pulut tu. Kalau guna cara manual, proses 'mengarung' ni ambil masa dalam 10 ke 15 minit.
6. Kemudian tutup periuk, steam kan selama 3 minit. Jangan lupa bila pilih untuk fungsi steam, tombol penunjuk dihalakan ke steam ya. Lepas tu terus boleh dikeluarkan daripada periuk. Jangan tunggu lama sebab pulut ni nanti akan berkerak di dalam noxxa. Tapi kerak tu sedap, saya suka bila dimakan panas-panas, dia garing campur lembut...memang sedap..hehehe.
Taraaaa...sudah siap dan bolah dihidangkan sama ada dimakan begitu sahaja, dimakan dengan rendang, sambal kelapa, serunding dan sebagainya. Kalau di Kelantan, pulut kuning ni dihias dengan telur. Telur ni dibut telur dadar nipis, guna pewarna hijau, atau merah atau apa2 warna. Telur dadar ni kemudiannya digulung dan dipotong nipis-nipis halus halus dan ditaburkan atas pulut ni. Saya ni malas cket, jadi potong agak kasar..seperti dalam gambar ni. saya buat satu warna sahaja, sebab malas...hehe
Pulut ni memang sedap dimakan..saya memang penggemar pulut. Cumanya, bila dah meningkat usia ni, pulut ni bisa cket dengan saya, kalau makan mesti bisa-bisa sakit badan...makan ubat la jawapannya lepas tu......hehehe
Buat semua, selamat mencuba. Boleh dinikmati bersama keluarga, jiran2 dan sahabat handai.
Salam Aidiladha
RZH
Nota: Pulut yang saya buat ini agak lembik cket. Jadinya, boleh kurangkan santan kpd 3/4 cawan dan tak perlu rendam pulutnya. Saya sebenarnya lebih suka buat pulut kuning cara kukus manual, lebih mudah untuk kawal pulut tu supaya tidak tersalah lembik...jrg2 saya guna noxxa untuk masak pulut kuning.
Pulut makan dgn rendang kesukaan ibuyati. Periuk boleh memudahkan kita memasak. Kek pun boleh. Mcm-mcm fungsi ada. Pm ibuyati untuk maklumat lanjut😍 019-2494819
ReplyDeleteTq puan. Memang mudah bila ada periuk noxxa. Lebih jimat masa.
ReplyDeleteAgak lembik sikit di bnadingkan masak secara kukusan biasa.
ReplyDeleteSedap ...terliur pulak😁😁😁
ReplyDeleteMmg mudah guna noxxa... tq puan .. sy share ye resepi puan
ReplyDeleteTq for sharing. Saya dah cuba. Xperlu guna high pressure. Low pressure dh mencukupi. Kalau masak nasi putih pun cukup 6 min low pressure.
ReplyDelete