Entri kali ini saya ingin kongsikan resepi turun-temurun nenek moyang saya, dan kini diteruskan oleh bonda mek saya. Resepi ni bonda mek yang mengajar saya. Kuah nasi himpit yang memang 'super duper' sedapnya...takkan mungkin dapat dicari di mana-mana rasanya yang sangat special...kalau yang bonda mek saya buat lagi la sedap terbaikk!
Famili saya dan famili belah mertua memang suka kuah kacang yang saya buat ini. Pada setiap raya dan majlis-majlis keraian keluarga, memang kuah nasi himpit ni menjadi 'trademark' saya la kiranya. Saya sendiripun memang wajib membuatnya bila masa raya, kalau tak buat memang rasa tak 'sah' ore Kelate kata...tak lengkap rasanya menu tanpa nasi himpit kuah kacang ini.
Okey semua, mari saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuatnya ya.
Bahan-bahan:
1. Nasi himpit kecil atau besar..brand apa terpulang kepada anda ya. Saya guna brand Adabi yang saiz besar.
2. Kacang setengah kg.
3. Halia sebesar ibu jari.
4. Cili kering 15 tangkai. Boleh lebihkan sikit kalau suka pedas.
5. Bawang merah dalam 15 ulas yang saiz biasa tu (bawang merah kecil tu)
6. Bawang putih seulas.
7. Gula melaka dua kerek (Nise) dua keping.
8. Gula putih dua senduk
9. Garam satu sudu besar. Agak2 ya.
10. Santan RM4 atau dua kotak santan (santan kotak tu)
11. Jintan putih dan jintan manis. Masing-masing satu sudu kecil sahaja. Jangan lebih nanti kuat sangat bau dia. Kalau dikurangkan cket pun okey.
12. Air tambahan dalam lima gelas. agak-agak ya. Kalau nampak agak pekat semasa proses menggelegak tu, boleh tambah air lagi. Memasak kuah kacang ni, dia lama atas dapur, biar menggelegak lama, dan kuahnya cepat kering, perlu tambah air sehinggalah dapat kepekatan yang dikehendaki dan dah boleh diangkat/ditutup api.
13. Minyak masak untuk menumis. Dalam dua senduk.
Cara-cara:
1. Rebus nasi himpit. Masuk daun pandan yang telah disimpul dan satu sudu besar garam. Terpulang nak rebus dalam periuk noxxa atau rice cooker biasa. Saya prefer rice cooker biasa. Selalunya agak lama juga proses merebusnya, Dalam 4 hingga 5 jam juga saya rebus...walaupun dia tulis 45 minit sahaja di plastik membungkusnya.
2. Cili kering dikerat kecil dan direndam dalam air panas, beri lembut dan mudah untuk diblend nanti.
3. Bawang kecil dikupas dan diblend bersama cili kering tadi.
4. Bawang putih dan halia ditumbuk berasingan. Tumbuk lumat.
5. Kacang boleh digoreng awal dan boleh disimpan sehingga tiba masa nak digunakan. Awalpun dalam sehari awal sahaja..hehehe. Kacang goreng sampai garing dan hampir gelap warnanya ya. Tapi jangan sampai hangit, nanti pahit pula kuah kacang ni. warna bukan setakat keperangan, tetapi lebih kepada gelap sikit warnanya untuk jadikan kuah kacang nanti berwarna kemerahan dan baunya lebih 'bangkit' lagi.
6. Sekarang ni proses menumis pula, panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang ditumbuk berasingan tadi. Bila agak keperangan, masukkan bawang dan cili kering dan diblend tadi. Tumis agak lama sampai wangi dan pecah minyak, ini bagi memastikan bawang dan cili yang ditumis betul2 masak. Ini penting bagi memberikan rasa sedap kepada kuah kacang ini. Saya tumis dalam 20-30 minit juga. Kawal api ya, karang hangit pulak rempah tumis ni.
7. Bila rempah sudah hampir pecah minyak dan betul2 masak, blend kacang dengan air. Timing kacang yang diblend dengan air ni kena betul2 masanya untuk terus dimasukkan dalam periuk yang sedang kita tumis rempah tadi. kacang ni saya tak blend kering berasingan, sebab itu tak boleh dibiarkan lama dalam air selepas ianya diblend. selepas blend memang kena terus masuk dalam periuk ya. resepi saya ni memang tak perlu dikupas kulit kacang tu...blend terus saja dengan air. Sangat mudah kan!
Nota: kat bahagian blend kacang ni saya sebenarnya tak ikut resepi asal bonda mek sbb saya nak mudah aje semua steps nya, kalau bonda mek, dia kupas kulitnya dan blend kering dulu, lepas tu baru masuk dlm periuk...saya mmg sejak dulu blend terus dgn air, cuma syaratnya kena terus masuk periuk, tak boleh biar lama slps blend tu...
8. Kemudian masuk sekali santan/santan kotak tadi dalam periuk tadi selepas semua kacang telah dimasukkan. Dan masukkan sekali air 5 gelas tadi...agak2 ya kepekatannya.
9. Api sederhana, kuah kacang ni perlu dikacau sentiasa sebab takut berkerak di bahagian bawahnya. proses ni memang ambil masa yang agak lama, dalam 2 jam juga rasanya. Selepas tu boleh dimasukkan nise/gula melaka dan gula putih...biarkan dalam 10 minit lagi, dan masukkan serai yang telah dititik. masa peringkat ini api dah boleh dikecilkan dan biarlah kuah ini menggelegak perlahan atas api sehingga ianya selesai dimasak.
10. Dekat nak angkat nanti, boleh dimasukkan jintan putih dan jintan manis yang telah disangai terlebih dahulu dan ditumbuk lumat. Sangai ni maksudnya digoreng atas api perlahan tanpa minyak untuk bangkitkan baunya. sekejap sahaja ya, dalam tiga empat minit sahaja...jangan sampai hangit ya...hehehe
Maka siaplah kuah kacang resepi bonda mek saya ni. Selamat mencuba, memang terbaik kuah kacang ni. Beberapa gambar lagi dikongsikan:
Untuk sambal kelapa tu, saya kongsi di entri lain ya...dah tak larat dah untuk menulis malam ni...Sambal kelapa ni resepi arwah nenek saya dulu2...saya panggil 'wo'..orang tua2 dulu2 suka makan sambal kelapa ni kan...kiranya menu traditional...sekarang dah susah nak jumpa...arwah 'wo' dan arwah 'mak tijah' dah lama tinggalkan kami semua...sudah lebih 30 tahun yang lalu...Allahuakbar begitu cepat masa berlalu, serasa baru semalam....Al-Fatihah buat arwah 'wo' dan arwah mak tijah (arwah mak tijah ni satu2nya mak sedara perempuan sebelah ayah)...kedua-duanya memang pakar memasak...apa saja yang dimasak memang semuanya sedap...masih teringat rasa sedapnya sampai sekarang...
Damailah di sana wo dan mak tijah..Al-Fatihah
ilmu memasak ini diteruskan oleh anak cucu sekarang....
Salam Hormat
RZH
Comments
Post a Comment