Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Rendang Daging Istimewa
















Sempena aidiladha ni saya masak rendang daging untuk dimakan bersama pulut kuning dan nasi himpit. Mr. Husband memang sangat suka dengan rendang, kiranya masakan kegemaran dia. Tapi saya ni jarang-jarang masak rendang sebab saya lebih suka masak gulai kari kelantan yang mirip juga dengan rendang ni sebab gulai kari kelantan agak pekat sikit kan...tapi for sure la rasanya memang tidak sama...rendang tetap akan rasa rendang la sebab ramuan menyediakannya lain, gulai kari kelantan tetap rasa gulai la kan....ramuanya dan cara masak juga berbeza.

Oleh kerana menu ini adalah menu kegemaran Mr. Husband, maka saya masak la juga sebab kami tak balik beraya di kaampung pada aidiladha kali ini. Masak rendang ni seronok juga sebenarnya...banyak bahan-bahan yang kena potong, kena mayang...jadi kita macam rasa best aje bila memasaknya. Tapi opkos la orang yang memasak kena minat dengan masakan...kalau masak kerana terpaksa dan bukan masak dari hati...memang tak akan menjadi...kalau menjadipun tapi rasanya memang 'tidak indah' sebagaimana indahnya rasa bila kita buat dengan 'hati dan perasaan'....wah gitew...

Okey, jom kita kongsikan cara memasak rendang daging ni ya. Di samping beberapa tips yang akan saya kongsikan untuk menjadikan rendang kita tahan lama.

Bahan-bahan:

1. Daging 2 kg
2. Santan 1 kg
3. Bawang merah 20 - 30 ulas (tengok pada saiznya)
4. Bawang putih 7 ulas
5. Halia sebesar ibu jari
6. Daun kunyit saiz besar 1 helai
7. Serai 5 batang
8. Daun limau purut 2 helai (jika suka)
9. kerisik 3 - 4 sudu kerisik
10. Cili kering 3 senduk sederhana
11. Cili api 5 - 6 biji (menambah perasa sedapnya)
12. Gula melaka/nise dua kerek (kalau tiada tak perlu bubuh)
13. Gula dan garam secukup rasa

* kalau rendang gaya kelantan, ada taruk juga buah keras dan sedikit rempah kari. Tapi rendang yang jenis ni saya tak taruk. Rendang ni kiranya resepi asal mak mertua saya. Cumanya saya ubahsuai sedikit mengikut selera saya dan cara saya memasak. 


Cara-cara:

1. Potong daging (jangan potong kecil sangat ya). Ada orang potong kecil-kecil sangat kononnya nak bagi daging lembut...sebenarnya bila kita potong kecil sangat isi daging tu dah jadi tak sedap...potong besar cket supaya isi daging tu terasa...daging itu tetap akan lembut nanti, bila ia lama di atas dapur dan kena cara masaknya.

2. Cuci daging tiga kali cucian. cuci bersih-bersih ya...kalau tidak nanti daging kita berbau hanyir....kemudian Siram daging yang telah dicuci bersih tadi dan sejatkan. seperti biasa kita berselawat sesambil basuh bahan-bahan mentah ni terutamanya yang berdarah. Selepas disiram, jangan pegang-pegang dengan tangan lagi ya. Sementara nak siapkan barang yang lain, daging ni boleh ditutup dulu, jangan biarkan terdedah kepada hinggapan lalat dan sebagainya, nanti rendang kita akan cepat basi. Itu antara tips untuk pastikan rendang kita tahan lama..

3. Cili kering direndam dulu dengan air panas. Kalau bonda mek saya, cili kering ni akan direbusnya dahulu dalam seminit dua bagi tujuan melembutkan, juga sebenarnya bila masak nanti warna masakan lebih jadi kemerahan warna cili tu...haa itulah rahsianya. Cili kering tu kemudiannya diblend ya dengan lima enam tangkai cili api tadi. 

4. Bawang merah, bawang putih, dan halia dikupas kulitnya. Dibasuh dan dipotong/dimayang halus ya..jangan mayang kasar pulak...mak mertua saya bila buat rendang ni, memang berseni betul dia mayang bawang-bawang dan halia, juga serai ni...memang halus betul...saya sendiripun sebenarnya mayang kasar-kasar juga..hehehe.

5. Daun kunyit dicuci dan disiatkan/dipisah daripada tulang tengahnya...digulung dan seterusnya juga dimayang halus.

6. Kemudiannya tiba la kita ke proses menumis. Saya punya rendang memang saya tumis juga sekejap bawang dan halia. Kalau kebanyakan orang buat ada yang tak tumis, terus masuk semua sekali bahan2 tu sekaling harung dan terus masak. Mana-mana pun boleh, tapi saya prefer untuk tumiskan dulu sebentar bagi bawang tu naik baunya cket dan beri dia masak sikit sebelum kita masuk semuanya sekali harung.

7. Dalam kuali besar, masukkan dua sudu minyak masak (jangan banyak ya, ini sekadar nak tumis sekejap saja bawang merah dan halia juga bawang putih tadi. Bila minyak panas, masukkan dulu bawang putih, tunggu dalam 12 saat sahaja dan selepas tu terus masuk bawang merah dan halia. Tumisan untuk ini tidak perlu betul2 masak dan garing keperangan macam kita buat sambal tu...yang sampai pecah minyak tu...jangan ya! ini sekadar untuk sekejap 'ambil syarat sahaja. mungkin dalam dua minit sahaja.

8. Kemudian boleh terus masuk daging, cili kering yang dikisar, serai dan daun kunyit yang dimayang tadi, juga kerisik (kalau orang kelantan masak kari daging, kerisik kita tak taruk banyak, dan akan dimasukkan bil dah dekat-dekat nak angkat nanti), tapi untuk rendang ni kerisik boleh dimasukkan terus ya. Semasa proses ini saya lebih suka nise dimasukkan terus bagi tujuan memberi masa untuk lemak manisnya meresap awal ke dalam daging. Gaul sebati di permulaan, gaul dengan sudip ya jangan guna tangan..sama juga sekiranya anda memilih untuk masukkan semua bahan tadi sekali harung tanpa tumis, mohon jangan gaul guna tangan untuk sebatikan bahan2 tadi dengan daging...guna sudip juga...jari jemari kita ni cepat ada 'kuman virusnya'...itu yang jadi rendang kita tak tahan lama.

9. Kemudian biar masakan ini lama di atas api (api sederhana), kacau sesekali takut nanti bahagian bawahnya berkerak. Rendang ni untuk dagingnya betul2 empuk dan kuahnya agak sedikit kering mungkin ambil masa dalam 3 hingga 4 jam...jaga apinya selama ianya dimasak...bila daging dah betul-betul lembut maka bolehla diangkat. Jangan lupa pulak masukkan garam gulanya secukup rasa...hehehe karang terlupa lak, tawar hebe pulak rendang tu. (tawar hebe adalah bahasa kelantan).

Taraaaa...dah siap dan boleh lah dihidangkan untuk seisi keluarga. Rendang ni boleh dimakan dengan nasi (dijadikan lauk), dengan pulut, dengan nasi himpit, dengan lemang, pulut kuning dan sebagainya. sebagai tambahan saya masukkan juga gambar pulut kuning dan nasi himpit untuk dimakan dengan rendang ni...cari gambar lemang masa mak mertua buat di kampung...ermmm tak ada la pulak...biasanya setiap makanan ni saya akan ambil gambar...ermmmm, tak mengapa la memadai dengan gambar-gambar ni saja.




Buat semua, selamat mencuba dan selamat menikmati rasa masakan hasil tangan kita sendiri. Sebenarnya, memasak itu sudah satu kepuasan bagi mereka yang suka memasak, dan menikmati makanan dari hasil tangan sendiri juga merupakan satu kepuasan..begitu juga bila kita dapat menjamu sanak-saudara dan sahabat handai dengan hasil tangan sendiri juga merupakan satu kepuasan dalam diri...

Salam Hormat
RZH

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke