Skip to main content

Posts

Hey Mat...Boss dah tahu rupanya..

Melayan mata yang belum nak lena.. Datang idea untuk menulis, buka phone dan masuk ke blog. Nak share satu kisah ni..kebetulan baru2 ni terbaca kisah viral anak seorang pelakun yang kawin sorok di Siam..maka automatik datang lagi la di fikiran saya tentang seseorang ni yang nikah sorok di Siam ni...aduhhh gangguan betul la... Skrg ni tak pasti la masih sorok lagi atau dah declare dan dah daftar kat sini...cumanya sama ada dia dah declare atau dah daftar kat sini..bukan urusan saya...saya juga tak berminat untuk tahu...perasaan nak ambik tahu atau nak dgr cerita ttg dia dah hilang...dah mati. Ko lantak la Mat..cerita ko..ko kayuh la macamane pun. Cumanya bila setiap kali kisah viral nikah sorok di Siam ni ada di media sosial..maka cerita mamat ni la juga yang datang ke fikiran saya...penat juga penangan mamat ni... Dia ingat dia dah bijak la menyembunyikan kisah pernikahannya di Siam...rupanya boss sendiripun dah tahu...aduhaiii...heii Mat, tak payah la awak nak acah2 baik sgt la...awak...

Jiwa Pergi...

Lemau jadinya... Hidup ni kadang2 keras... Jika sekali kau membuat orang terluka dan hancur remuk hatinya...maka tiada lagi ruang dan dimensi yang akan diberikan. Apatah lagi jika kau berulang kali menyakiti dan menghancurkan makanya memang kau mendapat...mendapat sebab kau meminta berulang... Bila hati yang kau sakiti itu telah hancur dan hatinya telah kosong..jiwanya telah tiada untuk engkau...jiwanya telah pergi. Justeru, ketahui lah mencari engkau tidak lagi ada dalam rutin hidupnya...mendengar berita tentang kau juga tidak lagi dirasakan penting. Menatap muka kau membuak rasa benci...Segalanya sudah suram dan tawar. Bila berkali memaafkan, berkali menelan dan berkali bersabar...penatttt...dan akhirnya hati menjadi kosong..kau ada atau kau tiada sama. Malah kalau ada itu lebih menyakitkan...lebih baik tak payah ada. Kau telah musnahkan segalanya. Sedikit demi sedikit rasa ini terhakis...terhakis dek perbuatan kau, sikap kau, dan sandiwara kau...muak dan cuak...Semua telah hancur......

Mata Masuk Habuk Lagi...

Semalam mendapat perkhabaran daripada kenalan rapat, kembalinya kerahmatullah Prof. Madya Dr. Khatijah Binti Hj. Hussin.  Allahuakbar..."ramainya orang yang dikenali rapat suatu masa dulu ketika mereka dalam perkhidmatan pergi buat selama-lamanya". Sorang demi sorang..hati saya berbisik...perasaan rasa terusik. Innalillahiwainnailaihirojiun... Saya terus menelefon kenalan rapat yang mengkhabarkan berita ini. Bertanya kaba serba sedikit tentang arwah, meninggal di mana, sakit apa dan sebagainya lagi. Arwah tinggal dgn anaknya...arwah diserang stroke dan menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 75 tahun. Hati saya rasa sayu...kembali mengimbau masa saya mula2 melaporkan diri di Fakulti Sains Hayat Oktober 1997....27 tahun yang lampau..masa ni la saya mengenali arwah...baik saya dgn arwah..ya tujuh tahun saya bertugas di sini sbg Pengurus di FSH..mengurus segalanya dari A to Z..hal operasi, governan, prasarana, kewangan, sumber manusia dsbnya lagi. Pastinya saya akan rapat de...

Berani Hidup Mesti Berani Hadapi Masalah...

Lebih dua minggu tak sempat jenguk menitip bicara... Kesibukan tahap tak leh bincang, kepenatan, kecelaruan fikiran dan macam2 hal merupakan punca... Malam ni tertarik dengan satu ayat yang keluar di TT...katanya "Berani Hidup Harus Berani Hadapi Masalah" Tapi untuk penulisan saya ni saya tukar "Harus" kepada "Mesti". Mana mau nya harus hadapi masalah...tak adanya harus tapi wajib hadapi masalah...mesti hadapi masalah kerana kehidupan takkan lari daripada masalah, halangan, cubaan, ujian dan apa jua perkataan seumpamanya. Masalah dan ujian itu akan lebih mematangkan dan mendewasakan kita. Jadi ubah mindset daripada mengeluh kepada bersyukur...bersyukur kerana kita yang Allah pilih...pasti ada hikmahnya...apa yang perlu adalah sabar, redha dan terus kuat! Prinsip mudah: 1. Jangan lari daripada masalah. Kalau lari dari masalah takkan selesai dan makin rumit. Kesannya besar kepada keselesaan hidup.  2. Anggap masalah tu sebagai pendamping kita. Tiada masalah ...

Selamat Datang 2024...

51 minit memasuki tahun baharu 2024. Dari dalam rumah bunyi bunga api berdentum dentam dari pelbagai arah...agaknya jika keluar ke beranda rumah akan nampak la percikan bunga api ni. Sahabat dari KL juga mengirimkan video sesambil mengucapkan Happy New Year buat geng kami yang sama2 buat corp comm dulu. Video percikan besar bunga api dari view roof top rumahnya...cantik sangat pemandangan Bandaraya KL di waktu mlm. Okey kembali kepada tahun baharu 2024 ni, saya sekadar mengambil kesempatan menitip sesuatu sbg kenangan penulisan permulaan memasuki 1 Jan 2024. Pertamanya, saya nak mrngingatkan diri saya bahawa hari ni 1 Jan 2024 adalah permulaan hari di tahun 2024 yang jatuh pada hari Isnin. Ada 365 hari perlu dilalui untuk tahun 2024 ni. Jadi mental dan fizikal sudah disetkan untuk bersedia dgn apa jua cabaran yang datang...mode "ready dan stanby" telah diaktifkan. Keduanya, saya nak ingatkan diri saya supaya sentiasa istiqomah dengan apa yang telah di set kan dlm diri. Apa ju...

Letih la Bila Adab Sopan Main Langggar Aje...

Bukan lah nak di complicated kan sangat... Tapi kadang-kadang rasa geram bila adab yang simple dicomplicatedkan oleh orang lain. Ada masa kita berdiam dan ada masa ko mendapat la. Hadoiiii... Itu lah dianya. Ada satu pesen manusia ni bila berkomunikasi ambil mudah..dilanggarkanya semua "hukum-hakam" dalam berbicara lisan mahupun dalam penulisan. Benda simple aje pun..."hukumnya" mudah saja, bila kita rasa ianya tak sopan kalau orang buat untuk kita,..jadi jangan buat kat orang macam tu...sebab sudah tentu orang akan merasakan yang sama. Contoh "hukum-hakam" mudah dan very basic dalam komunikasi, paling utama bila secara tanpa lisan adalah: 1. Tolong reply pada setiap mesej yang diterima (Kecuali di luar kes biasa ya). Di luar kes biasa ni contohnya, ko tgh bergaduh manja ke, ko memang dah berkerat rotan tak mahu berbaik ke..ko sdg merajuk ke...atau mcm2 yang lain la..nak ditulis semua krg jadi satu buku pula tulisan ni..hehe. 2. Dalam perhubungan biasa mor...

Muhasabah dan Healing...

Hari minggu yang panjang...bergabung dengan cuti Krismas...bercampur pula dengan cuti hujung tahun yang wajib...makanya mmg healing sungguh ni. Bagi org yang bekerja...pilihlah untuk merehatkan minda di hujung tahun selepas setahun pulun kerja, tak cukup rehat, penat, stress dan macam2 perasaan lagi yang dilalui...minda perlu direhatkan seketika! Penat dan stress tu bukan dalam konteks yang tidak sihat tapi dalam konteks yang sihat...makanya biarlah "enjin" kita berehat seketika sebelum menyambung lagi perjuangan untuk tahun mendatang...2024. Jika panjang umur kita... Recharge diri itu wajib. Sama ada kita memilih berehat di rumah atau pergi bercuti...yang penting minda dan body kita berehat sekejap daripada kesibukan kerja...bagi rest kejap..just 10 days drpd 365 hari...memadai dah tempoh healing ni jika dibuat dengan sepenuh jiwa. Masa "berehat" ni pilihlah aktiviti yang kita suka kita minat dan kita jiwa tentangnya, berjalan melihat tempat orang, lihat alam Allah...