Skip to main content

Selamat Datang 2024...

51 minit memasuki tahun baharu 2024.

Dari dalam rumah bunyi bunga api berdentum dentam dari pelbagai arah...agaknya jika keluar ke beranda rumah akan nampak la percikan bunga api ni.

Sahabat dari KL juga mengirimkan video sesambil mengucapkan Happy New Year buat geng kami yang sama2 buat corp comm dulu. Video percikan besar bunga api dari view roof top rumahnya...cantik sangat pemandangan Bandaraya KL di waktu mlm.

Okey kembali kepada tahun baharu 2024 ni, saya sekadar mengambil kesempatan menitip sesuatu sbg kenangan penulisan permulaan memasuki 1 Jan 2024.

Pertamanya, saya nak mrngingatkan diri saya bahawa hari ni 1 Jan 2024 adalah permulaan hari di tahun 2024 yang jatuh pada hari Isnin. Ada 365 hari perlu dilalui untuk tahun 2024 ni. Jadi mental dan fizikal sudah disetkan untuk bersedia dgn apa jua cabaran yang datang...mode "ready dan stanby" telah diaktifkan.

Keduanya, saya nak ingatkan diri saya supaya sentiasa istiqomah dengan apa yang telah di set kan dlm diri. Apa jua yang telah Allah jauhkan pada tahun 2023, maka jangan berpaling lagi...terus pandang ke depan dan jalani 365 hari yg mendatang ni dengan penuh KEKUATAN. KETABAHAN, dan KEBIJAKSANAAN.

Ketiganya, saya nak mengingatkan diri saya bahawa umur telah menginjak setahun lagi menandakan usia makin meningkat. Jadi, sentiasa ingat bahawa masa semakin singkat untuk menuju ke "kampung abadi"...ingat selalu dunia ini sementara...ingat selalu semuanya milik Allah. Jangan sesekali lupa diri. Ore kelate kata jange keduniaan sgt la...berpada-pada.

Keempatnya, saya nak mengingatkan diri untuk sentiasa istiqomah dalam menambahbaik kekurangan diri...pastikan sentiasa buat yang terbaik dan ikhlas selalu. Pastikan hati sentiasa padu untuk tidak mengharapkan balasan daripada manusia tetapi istiqomah mengejar ganjaran dan pahala daripada Allah.

Kelimanya, saya nak mengingatkan diri saya untuk sentiasa mencuba untuk sentiasa berfikiran positif, zero stress dan happy selalu bagi memastikan diri full bahagia, full ceria dan full sihat serta terhindar daripada segala perkara yang tidak baik....insyAllah

Demikiannya lima perkara yang saya patrikan di sini sebagai pengikat diri dan penguat semangat untuk menempuh segala perjalanan kehidupan pada tahun 2024 ini. 

Semoga Allah permudahkan dan bentangkan plot cerita yang baik2 dan indah saja buat 365 hari kehidupan mendatang..dan semoga Allah hadirkan penyelesaian bagi setiap badai yang melanda. Amiinn YRA.

Doa sempena memasuki tahun 2024 ini, semoga Allah terus merahmati saya dan keluarga juga semua insan yang saya kenali, memelihara daripada segala malapetaka dan kejahatan di akhir zaman, melancarkan rezeki umpama air yang mengalir, mengabulkan segala hajat dan impian, meningkatkan dan menguatkan keimanan dan ketakwaan, memberikan kesihatan yang baik dan umur yang diberkati, mempermudahkan segala urusan, terus kekal bersemangat, dan menjadikan saya dan keluarga juga seluruh insan yang saya kenali sebagai hamba Allah yang baik juga sukses dunia dan akhirat.

Amiin YRA

Thanks 2023 and welcome 2024...

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...