Skip to main content

Jiwa Pergi...

Lemau jadinya...

Hidup ni kadang2 keras...

Jika sekali kau membuat orang terluka dan hancur remuk hatinya...maka tiada lagi ruang dan dimensi yang akan diberikan.

Apatah lagi jika kau berulang kali menyakiti dan menghancurkan makanya memang kau mendapat...mendapat sebab kau meminta berulang...

Bila hati yang kau sakiti itu telah hancur dan hatinya telah kosong..jiwanya telah tiada untuk engkau...jiwanya telah pergi.

Justeru, ketahui lah mencari engkau tidak lagi ada dalam rutin hidupnya...mendengar berita tentang kau juga tidak lagi dirasakan penting. Menatap muka kau membuak rasa benci...Segalanya sudah suram dan tawar.

Bila berkali memaafkan, berkali menelan dan berkali bersabar...penatttt...dan akhirnya hati menjadi kosong..kau ada atau kau tiada sama. Malah kalau ada itu lebih menyakitkan...lebih baik tak payah ada.

Kau telah musnahkan segalanya. Sedikit demi sedikit rasa ini terhakis...terhakis dek perbuatan kau, sikap kau, dan sandiwara kau...muak dan cuak...Semua telah hancur...hati, perasaan, kepercayaan, dan rasa hormat semuanya zero. Sandiwara dan kepalsuan yang kau cipta menghancurkan rasa ini...Tiada apa lagi yang tinggal...mengenangkan dan membayangkan kau hanya menghadirkan rasa menyampah dan benci!

Semuanya penuh sandiwara dan penipuan. 

Hidup la kau dengan apa yang telah kau pilih. Dan aku dengan apa yang telah aku pilih...tiada mungkin akan ada suatu persimpangan yang akan menemukan kita lagi...aku tak sanggup mengenali insan yang sejahat dan sehina kau buat kali kedua. Cukup setakat itu. Serik dan perit!

Semuanya telah kosong...bukan setakat kosong..tapi dah infiniti!

Sinopsis sebuah plot cerita di movie...dipindahkan di sini.

Hadam!

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...