Skip to main content

Mata Masuk Habuk Lagi...

Semalam mendapat perkhabaran daripada kenalan rapat, kembalinya kerahmatullah Prof. Madya Dr. Khatijah Binti Hj. Hussin. 

Allahuakbar..."ramainya orang yang dikenali rapat suatu masa dulu ketika mereka dalam perkhidmatan pergi buat selama-lamanya". Sorang demi sorang..hati saya berbisik...perasaan rasa terusik.

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Saya terus menelefon kenalan rapat yang mengkhabarkan berita ini. Bertanya kaba serba sedikit tentang arwah, meninggal di mana, sakit apa dan sebagainya lagi. Arwah tinggal dgn anaknya...arwah diserang stroke dan menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 75 tahun.

Hati saya rasa sayu...kembali mengimbau masa saya mula2 melaporkan diri di Fakulti Sains Hayat Oktober 1997....27 tahun yang lampau..masa ni la saya mengenali arwah...baik saya dgn arwah..ya tujuh tahun saya bertugas di sini sbg Pengurus di FSH..mengurus segalanya dari A to Z..hal operasi, governan, prasarana, kewangan, sumber manusia dsbnya lagi. Pastinya saya akan rapat dengan semua staf sama ada staf akademik atau staf pentadbiran.

Maksudnya semasa saya mula2 kenal dgn arwah, umur arwah masa tu 48 tahun...kira muda lagi..belum pun masuk five series.

Terbayang raut wajah arwah, gaya arwah masa bercakap, masa berjalan, masa bercerita dan bersembang dgn saya...masa tu sihat sejahtera, masih kuat, masih cergas...kini membayangkan usia arwah 75 tahun..sudah pasti byk yang berbeza, raut wajah yang dimamah usia, kudrat yang tidak lagi seperti zaman muda dulu... Sayu hati saya...

Masa beredar begitu pantas...sudah hampir 30 tahun rupanya zaman itu ditinggalkan..saya juga sama dari muda belia kini telah dimakan usia...kudrat yang dulu kuat kini slowly Allah telah kurangkan..fikiran yang dulu tangkas, rasanya kini dah slow cket...pergerakan yang dulu laju saje..kini sudah tidak sepantas dulu.

Hakikat dunia dan hidup itu mmg begitu...

Kita tidak mungkin kekal di suatu masa itu secara statik tak berubah..tak mungkin...masa ni bergerak...saat demi saat mmg bergerak...hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun. Perubahan masa itu juga akan merubah keadaan diri kita...mental atau fizikal..itu pasti!

Justeru, pesan pada diri selalu...hidup ini hanya sementara..semua yg kita ada juga sementara...harta dunia juga sementara...semuanya akan kita tinggalkan bila masanya tiba nanti..yg dibawa bersama hanyalah amal kita...usah begitu taksub kepada dunia kerana bila ke sana nanti semua yg ada di dunia ini akan kita tinggalkan.

Kembali kepada arwah...saya mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang2 beriman di sisi Allah...diampunkan segala dosa dan ditingkatkan darjatnya..semoga arwah tenang bersemadi di sisi Pencipta.

Terkenang lagi beberapa insan yang rapat dengan saya semasa saya di FSH pergi...antaranya arwah Prof Othman Omar, Prof Alias Kamis, Prof Rohani, Prof Hamid Lazan, Prof Farida Habib Shah, Prof Zainal, Prof Madya Dr. Naza (sama2 ke Korea dgn arwah), dan Dr. Amir....Allahu sayu hati saya bila kenangkan telah ramai yang dijemput Allah...

Al-Fatihah buat semua...moga tenang di sisi Allah...

Insan2 ini adalah antara guru yang mengajar saya tentang leadership secara langsung atau tidak langsung...mereka ini adalah antara nama2 besar di FSH..ahli akademik dengan kesarjanaan dlm kepakaran masing2 yang dirujuk...antara mereka ada yang menjawat jawatan sebagai Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan dan Ketua Program. FSH ini adalah tempat mula2 saya ditempatkan dlm perkhidmatan...suka duka dan pengalaman yang dilalui dan diperoleh di sini banyak membentuk gaya kepimpinan saya dalam pengurusan...semoga segala yang baik yang saya sumbangkan dalam perkhidmatan saya ini dengan ilmu pengurusan yang saya pelajari daripada mereka akan berbalik pahalanya kepada mereka di alam sana...

Al-Fatihah buat Dr. Khatijah juga buat semua insan di atas yang telah mengadap Ilahi....

Allahu...mata masuk habuk...

RZH.



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...