Skip to main content

Posts

Kalut Memanjang...Huru hara

Huhu...manjang kalut..huru hara sungguh la. Bila manjang aje buzy, otak pun tak dapat berfungsi dengan baik. Terkadang tepu jadinya. Otak juga penat, dan bila otak penat mula lah perasaan malas dan menyampah menyelinap..haishhh.. Need to rest. Letih penat selok kero tu jange royak la. Hadap juga. Ada pilihan ko? tak dok. Maka jika there's no choice...kena lalu la jugok deh. Latih hati dan diri istilah, kuat, tabah, sabar, redha dan tidak mudah berputus asa. Ore kelate kata "bare nak bare jadi". Selebihnya doa pada Allah. Allah tahu lagu mana nak susun, jange gundah gulana. Peranan kita hanyalah buat dengan terbaik. Dalam kalut ribut tu ingat selalu bahawa semuanya milik Allah...jadi jange dok risau sangat la...buat sekadar termampu dan make sure berkualiti dan tidak rubbish. Itu sudah cukup. Teringat kata2 senior dulu2 masa mula2 kerja. Kata dia, "Jangan dok risau sangat la untuk make sure everything is in order sehingga mengorbankan emosi, tenaga, dan masa peribadi ...

Keperluan supplement dalam badan...

Sembang2 sahabat smlm, bertiga selepas usai bengkel. Sembang2 berkisar tentang penjagaan kesihatan diri dan hal2 persaraan yang semua orang akan lalui....sama ada memilih lebih awal atau bila sudah tiba masanya. Berkaitan dengan penjagaan kesihatan diri, semua kita perlu ambil cakna drpd awal...jangan tunggu sehingga usia dah tua...mulakan drpd awal dan ambil secara istiqomah. Suppliments diri pada saya wajib diambil bila usia kita semakin ke depan ni. Pilih yang sesuai dengan diri masing2 dan mengikut dos yang ditetapkan atau bagi yang ada penyakit, dapatkan pandangan Doktor terlebih dahulu sebelum consume sebarang supplement. Pada saya, antara yang perlu diambil adalah vitamin c, kalsium, multi vitamin. Juga beberapa makanan sunnah yang lain seperti minyak zaitun, habatulsauda, cuka epal dsbnya. Tengok kepada kesesuaian badan masing2 juga nasihat drpd doktor ya. Jangan ambil sebarangan! Susu juga adalah keperluan wajib untuk badan kita bagi mengekalkan kalsium. Jadi, jangan skip peng...

Cerita Berskala Besar...

Semalam berbual panjang dengan seseorang di high level. Kebetulan meeting urusan rasmi dengan dia. Setiap kali, jika sesekali meeting dengan dia, memang pasti bersambung sembang selepas meeting selesai. Sejak dulu saya memang suka sembang dengan dia...dia punya gaya pung pang pung pang tu memang saya suka sejak dulu...mulut memang laser habis, tapi itu karakter dia yang saya suka..ikhlas orangnya..sama luar dan dalam. Alkisah daripada ceriteranya maka "tertahu" lah satu cerita di sebalik kemelut kuasa dan pangkat ni. Ternganga terlopong sekejap mulut sebab terkejut bercampur keliru...dalam hati terdetik..."sapa yang betul ni". Allah rasa terhenti kejap jantung. Semua ini tentang kemelut kuasa dan pangkat. Orang yang dok bercerita ni baik juga sebenarnya dgn saya..kami kenal lama, zaman sama2 belajar di Universiti dulu lagi. Dia lulusan undang2...skrg ni memegang post yang paling tinggi dlm bidangnya.. Punya bersembang panjang tak sedar masa berlalu.... Sedar2 dah 5....

Perubahan Sikap Itu Penting...

Menghadiri Bengkel Strategi Perniagaan untuk tiga hari dua malam. Bengkel tiga hari yang penuh dengan harapan dan impian... Salah satu perkara penting untuk mencapai harapan dan impian adalah perubahan sikap. Sikap atau attitude adalah antara komponen penting dalam menjadikan harapan dan impian itu menjadi realiti. Sikap pekerja yang baik akan menentukan kualiti kerja yang cemerlang dalam sesebuah organisasi. Jika sikap pekerja dalam bekerja tidak berubah...maka organisasi akan kekal berada di takuk sedia ada. Berapa banyakpun idea dilontar dan dibincang, ia tidak akan membawa ke mana, hanya sekadar tertulis di kertas sahaja tanpa action secara padu. Action yang padu datang daripada sikap yang hebat dalam bekerja. Antara sikap yang hebat dalam bekerja adalah komited, rajin, bertanggungjawab, responsif, tangkas dan pantas bertindak, profesional dan memiliki nilai dan wibawa diri yang baik.  Jika sikap malas, tidak proaktif, main tangkap muat asal siap, tidak serius, tidak kreatif da...

Belajar Untuk Tidak Ambil Peduli...

Semalam mendengar satu perkongsian di tik tok ttg " Belajar untuk tidak ambil peduli" Katanya, kita perlu belajar untuk tidak ambil peduli, tidak ambil kisah dan tidak ambil cakna, buat tidak tahu, ignore atas satu2 perkara jika hati kita terus-terusan disakiti. Tidak perlu untuk kita ambil peduli apa jua perkara yang membuatkan hati kita sakit. Lepaskan dari radar kita. Just ignore! Jika berulang kali orang buat acuh tak acuh dengan kita...tidak langsung nampak ingin menjaga hati kita...setiap kali bertanya takkan mungkin ada jawapan...buat menambah rasa sakit kita...makanya ambil pendekatan tak perlu sibuk nak bertanya why begitu why begini. Biar la guruh, ribut petir dan halilintar sekali pun..tidak usah bertanya apa2, belajar untuk tidak perlu hiraukan. Kita anggap dia nak begitu kan..maka kita beri seperti yang dia nak. Jika dia nak kita berubah spt dulu, maka dia perlu belajar untuk berubah dulu. Jangan pula dia nak kita mengambil berat semua perkara tentang dia, tapi s...

Kesabaran Yang Semakin Menipis & Hati Mula Tawar...

Rasa itu penting...detik hati itu juga ada kebenarannya. Kadang2 kita boleh merasakan bila diri kita menjadi tidak penting lagi. Bertindak dengan bijak supaya perasaan kecil hati dan terluka tidak menjadi lama terbuku dalam hati. Jangan terlalu mengikut rasa. Hidup ini perlu diraikan. Straight forward saja..bila diri sudah tidak penting dan tidak lagi menjadi keutamaan pada seseorang...jalan terbaik adalah berlalu pergi. Bagaimana kita nak tahu kita ini penting atau tidak? Beberapa perkongsian di tik tok menyentuh tentang sikap seseorang terhadap komunikasi di wasap di mana bila dia tidak lagi menghargai, dia akan sentiasa menipu tentang status whatsApp nya yang memanjang online..jawapan standard adalah: WhatsApp sentiasa online tu sebab lupa tutup, sebab sedang tengok status, dan sebab sdg tgok group. Tapi hakikatnya, online tu sebenarnya sebab dia sdg berwasap dgn seseorang yang lain yang dia anggap lebih penting daripada kita...atau bervideo call dalam tempoh tertentu. Bila bervideo...

Allah Telah Tulis...Terus Ikhlas dan Bersabar

Setiap apa yang berlaku itu telah Allah tulis. Tidak ada sesuatupun yang berlaku dalam hidup kita hanya berlaku saja2 begitu saja. Ia pasti ada hikmah dan rahsia Allah. Allah maha mengetahui segalanya. Segalanya berlaku dengan keizinanNya. Justeru, buka hati dan minda kita untuk menerima segalanya dengan penuh rasa kesyukuran kerana kita yang Allah pilih untuk melalui ujian ini. Berlapang dada dan redha. Bisik pada hati yang kita redha. Kita terima dengan penuh keikhlasan. InsyaAllah andai di situ kita dapat pegang, Allah akan memberi kita rasa ketenangan dan kekuatan. Bersabar dan terus bersabar...tenangkan hati rehatkan minda dan kembali kepada Allah. Pasti nanti ia mampu merubah keadaan. Selepas kita ikhlas menerima dan redha, selebihnya itu kita serah kepada Allah. Allah maha mengetahui dan maha berkuasa. Allah tahu bagaimana nak susun. Tugas kita adalah membaiki mana2 lopong kelemahan diri kita...baiki, tambahbaik...jika sebelum ini kita lemah, doa kepada Allah agar kita kuat...ji...