Skip to main content

Cerita Berskala Besar...

Semalam berbual panjang dengan seseorang di high level. Kebetulan meeting urusan rasmi dengan dia. Setiap kali, jika sesekali meeting dengan dia, memang pasti bersambung sembang selepas meeting selesai. Sejak dulu saya memang suka sembang dengan dia...dia punya gaya pung pang pung pang tu memang saya suka sejak dulu...mulut memang laser habis, tapi itu karakter dia yang saya suka..ikhlas orangnya..sama luar dan dalam.

Alkisah daripada ceriteranya maka "tertahu" lah satu cerita di sebalik kemelut kuasa dan pangkat ni. Ternganga terlopong sekejap mulut sebab terkejut bercampur keliru...dalam hati terdetik..."sapa yang betul ni". Allah rasa terhenti kejap jantung.

Semua ini tentang kemelut kuasa dan pangkat. Orang yang dok bercerita ni baik juga sebenarnya dgn saya..kami kenal lama, zaman sama2 belajar di Universiti dulu lagi. Dia lulusan undang2...skrg ni memegang post yang paling tinggi dlm bidangnya..

Punya bersembang panjang tak sedar masa berlalu.... Sedar2 dah 5.45 petang...aduhhhh..kelam kelibut bergerak balik ofis...kunci ofis, handbag, laptop semua kat ofis...miss p.a tunggu...alhamdulillah

Balik rumah...dok terfikir2 lagi tentang apa yang didengar tadi tu...tak nak percaya...hati kata tak ada sebab untuk orang yang bercerita itu nak mereka-reka cerita. Saya kenal lama dia...dia memang jenis ckp yang betul...lagipun dia sendiri yang melalui tu...bila nak percaya pulak...fikiran berfikir..takkan la sampai gitu sekali, hal2 mistik vs kuasa, nama dan pangkat...Allahhh..complicated sunggoh la...hadoiiiii la, biar betul...akhirnya saya decided tak mahu fikir dan letak di fikiran...percayapun tidak, tidak percaya pun tidak..saya ambil jalan tengah saja..saya serah kepada Allah...Allah Maha Mengetahui segala kebenaran. Kita sbg hamba-Nya tidak dpt meramal, jauh sekali untuk mengetahui kebenarannya.

Malamnya saya bercerita dengan Mr. Husband...seperti biasa Mr. Husband diam mendengar...Mr. Husband berpesan, dunia sekarang ni macam2 boleh berlaku...dia selitkan juga pesanan pada saya.

Cuma saya berbisik di hati...jika benar berita yang didengar itu...ini memang 360 sunggohh la...si pelakunya akan menerima balasan daripada Allah...cuma tunggu saat dan ketikanya saja...tapi jika tidak benar berita itu...orang yang dikatakan sebagai pelaku itu akan mendapat pahala dan kebahagiaan berganda daripada Allah. Saya mendoakan yang terbaik.

Saya memilih mengunci mulut...sebab ini melibatkan maruah orang....aduhhhh pening sekejap...doa saya biar Allah tutupi dan lindungi segalanya....skala besar sungguh berita itu...Allahuakbar....

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...