Skip to main content

Keperluan supplement dalam badan...

Sembang2 sahabat smlm, bertiga selepas usai bengkel. Sembang2 berkisar tentang penjagaan kesihatan diri dan hal2 persaraan yang semua orang akan lalui....sama ada memilih lebih awal atau bila sudah tiba masanya.

Berkaitan dengan penjagaan kesihatan diri, semua kita perlu ambil cakna drpd awal...jangan tunggu sehingga usia dah tua...mulakan drpd awal dan ambil secara istiqomah. Suppliments diri pada saya wajib diambil bila usia kita semakin ke depan ni. Pilih yang sesuai dengan diri masing2 dan mengikut dos yang ditetapkan atau bagi yang ada penyakit, dapatkan pandangan Doktor terlebih dahulu sebelum consume sebarang supplement. Pada saya, antara yang perlu diambil adalah vitamin c, kalsium, multi vitamin. Juga beberapa makanan sunnah yang lain seperti minyak zaitun, habatulsauda, cuka epal dsbnya. Tengok kepada kesesuaian badan masing2 juga nasihat drpd doktor ya. Jangan ambil sebarangan!

Susu juga adalah keperluan wajib untuk badan kita bagi mengekalkan kalsium. Jadi, jangan skip pengambilan susu. Sedap tak sedap tu cerita lain. Keperluan nutrisi untuk badan adalah keutamaan. Bukan susu isian pekat manis tu..jauhkah susu pekat manis ni..susu yang dimaksudkan adalah susu tepung, apa2 brand yang kita suka..byk di pasaran untuk susu kesihatan ni, antaranya Ensure, Anlene, Alpha Gold dsbnya lagi mengikut kemampuan kita. Jangan skip susu, terutama bagi yang sedang meniti usia tua. Ambil sebelah pagi dan sebelah malam sudah memadai.

Produk2 kesihatan yang berada di pasaran juga boleh kita pilih untuk supplement. Pilih yang ada kelulusan KKM dan terjamin untuk kesihatan badan kita..macam2 produk ada, pilih lah yg sesuai dengan badan dan kemampuan kita. Murah atau mahal itu adalah pilihan, yang penting ambil secara konsisten. Kita boleh buat pilihan yang bijak untuk diri kita. Diri kita, kita yang decide! Namun mesti dengan penasihatan terlebih dahulu daripada pakar.

Penjagaan kesihatan memang sangat penting. Amalkan bermula drpd usia kita muda lagi, jangan tunggu sampai kita telah berusia. Rugi untuk badan kita sendiri. Contohnya, keperluan kolagen untuk badan...perlu ditingkatkan kolagen dlm badan kita kerana bila kita semakin berusia, kolagen untuk keanjalan kulit semakin berkurangan...maka carilah minuman atau supplement yang ada kolagen ni..jangan ambil mudah...

Sama2 kita sayangkan tubuh badan kita. Sebagaimana kenderaan yang perlu dijaga enjinnya, sama juga dengan badan kita. Berikan perhatian kepada keperluan nutrisi seimbang dan supplements untuk badan kita. InsyaAllah, usaha dan ikhtiar itu milik kita, selebihnya tu serah pada Allah.

Salam hormat,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...