Semalam berbual panjang dengan seseorang di high level. Kebetulan meeting urusan rasmi dengan dia. Setiap kali, jika sesekali meeting dengan dia, memang pasti bersambung sembang selepas meeting selesai. Sejak dulu saya memang suka sembang dengan dia...dia punya gaya pung pang pung pang tu memang saya suka sejak dulu...mulut memang laser habis, tapi itu karakter dia yang saya suka..ikhlas orangnya..sama luar dan dalam. Alkisah daripada ceriteranya maka "tertahu" lah satu cerita di sebalik kemelut kuasa dan pangkat ni. Ternganga terlopong sekejap mulut sebab terkejut bercampur keliru...dalam hati terdetik..."sapa yang betul ni". Allah rasa terhenti kejap jantung. Semua ini tentang kemelut kuasa dan pangkat. Orang yang dok bercerita ni baik juga sebenarnya dgn saya..kami kenal lama, zaman sama2 belajar di Universiti dulu lagi. Dia lulusan undang2...skrg ni memegang post yang paling tinggi dlm bidangnya.. Punya bersembang panjang tak sedar masa berlalu.... Sedar2 dah 5....
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"