Skip to main content

Posts

Gulai Ikan Masin Sedap Sangat...

Kisah semalam dengan menu gulai ikan masin atau ore kelate panggil gular ike kering. Makin mengakhiri Ramadan makin tidak berselera pulak jadinya. Fikiran ligat berputar dok fikir nak masak apa lagi untuk bagi rasa selera dan ummpphh sikit masa berbuka. Makanya teringatlah gular ike kering ni. Lama benar doh tak buak nyo. Kalut sokmo jadi masak ringkah ringkah jah sokmo...jadinya smlm saya buat gular ni. Sedap sangat bila dah lama tak bergular gege..hehe. gular ike kering kali ni saya ejah cappur dengan terong. Selalunya ore cappur dengan nenas, tapi saja sesekali ambo nok cappur dengan terung. Kita buat dia..bare nok bare jadi...gitttchewww. Jom kita tgok bahan2nya: 1. Ike kering. Saya guna ike duri deh. 2. Santan dlm empat lima cawan 3. Terung satu btg dipotong empat 4. Cili kering lima enam tangkai 5. Bawang merah tujuh lapan ulas 6. Garam dan gula secukup rasa 7. Satu keping asam keping Cara2: 1. Potong cili kering dan rendam dalam air panas sekejap untuk bagi lembut. 2. Cili kerin...

Makna Sebekas Sambal Hitam...

Semalam dikunjungi oleh salah seorang pegawai seliaan beberapa tahun yang lepas semasa bertugas di satu jabatan. Dia singgah sekejap membawa satu bekas sambal hitam kiriman salah seorang staf seliaan yang telah bersara. "Puan, En Man kirimkan ni untuk puan" katanya sambil menyerahkan sebekas sambal hitam yang berbalut dengan plastik. Allahu, terharu saya...teringat En Man, seorang staf yg sangat baik orangnya, komited, dan rajin dalam kerja. Punyai pembawakan dan sikap yang sangat baik. Lembut dan sangat tinggi budi pekertinya. Dalam hati saya membisikkan doa semoga En Man terus diberikan Allah kesihatan yang baik dan terus berbahagia di dunia dan akhirat. Baik sangat orangnya. Inilah silaturahim..inilah perhubungan. Perhubungan yang terbina antara ketua dengan subordinat nya yang penuh dengan nilai yang tinggi, teamwork, memahami, toleransi, bertanggungjawab, keikhlasan, kejujuran, bertanya khabar, mengambil berat dan mengambil cakna...sehingga membawa kepada silaturrahim ya...

Ceritera Sebuah Jawapan Yang Tertangguh...

Sekadar mengimbau satu berita kehidupan  yang berlaku ..sudah lama cerita ini sebenarnya tapi saya baru jadikan content blog..saja letak kat blog...mungkin bermanfaat... ------------------------------ Ternganga terlopong termenggu seketika mendengar tentang suatu cerita yang dikongsikan. Tiada komen keluar dari mulut saya...sekadar mendiamkan diri. Lidah kelu..hilang kata2...saya memilih untuk reserve kata2...mungkin tiba masa dan saat yang sesuai saya keluarkan...itupun jika saya masih berminat. Jika tidak, saya just let it go.  Kisah ini berkisar tentang sebuah kehidupan yang penuh dengan kecurangan, kepuraan, penipuan dan ketidakjujuran.  Al-kisah sebuah cerita daripada seorang client yang diperdengarkan kepada saya tentang perangai seorang suami yang begitu licik (pada saya bukan licik, tapi jahat). Sangat "Bijaksana" menyorok perkahwinan dengan isteri kedua sehingga usia perkahwinan kini telah memasuki tujuh tahun.   MasyaAllah..saya menahan getar...menahan...

Berlaku Jujur & Adil lah...

Berlaku jujurlah dalam apa jua perbuatan kita...walau berat walau besar implikasinya. Hindari sikap penipu dan pembohong. Belajar untuk mengambilkira perasaan orang yang dibohongi. Belajar untuk tidak bersikap selfish dan tidak adil kepada perasaan orang lain. Jika kita miliki perasaan maka orang lainpun sama. Jika kita tidak ingin diperlaku dengan perkara yang tidak baik maka orang lain juga sama. Hadapi realiti dan tinggalkan hidup dalam kepura-puraan. Jika kita berani memilih begitu, maka kita perlu berani juga untuk berhadapan dengan realitinya. Berfikir dulu sebelum mengambil apa2 tindakan dan keputusan yang kita tahu keputusan kita itu adalah keputusan yang sangat besar.  Ingat bahawa sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..pilihlah untuk jatuh dengan cara bermaruah daripada jatuh dengan cara "kantoi". Jika kita jatuh dengan cara bermaruah, sekurang2 orang masih respect pendirian, kejujuran dan sikap kita, namun jika jatuh atas sebab "kantoi" or...

Sop Tulang Iftar ke-16

Req from Mr. Husband...iftar today nak makan kuew tiau sop...orait saya on saja bab masak. Kebetulan anak sulung tak balik masa saya masak sop tulang last week. So now dia ada kat rumah...okey la sedang elok buat sekali lagi. Alhamdulillah selesai berbuka...Mr. Husband dan anak sulung makan kuew tiau sop, saya dan anak yang bongsu makan nasi..perut saya ni perut melayu, mesti kena berbuka dengan nasi juga walaupun sikit..hehe. Okey jom, kita tengok bagaimana saya buat sop tulang. Sop tulang ni saya campurkan cket dengan daging...biasanya bila buat sop tulang, saya guna satu kg tulang dan dalam 700gm daging. Seperti biasa Mr. Husband yang tukang beli barang mentah..saya jarang ikut..kecuali yang sebulan sekali beli brg dapur, saya akan bersama turun ke CS ataupun Lotus. Bahan2: Satu kg tulang 700gm daging Bawang putih 5 ulas Bawang merah 10 ulas Halia sebesar ibu jari Rempah sop tulang yang dah lengkap dengan rempah empat sekawan tu. Mana2 brand boleh..biasanya saya guna adabi. Batang s...

Zikir "Subhanallahi Wabihamdihi"...

Dalam kesibukan kerja seharian ingatlah Allah selalu dengan sentiasa berzikir kepada-Nya. Antara zikir yang sangat disukai Allah adalah: "Subhanallahi wabihamdihi" Bacalah selalu zikir ini kerana sangat banyak fadilatnya. Zikir ini dapat mengampun dosa2 kita di masa lalu walaupun sebanyak buih di lautan. InsyaAllah...amalkan secara istiqomah seikhlasnya kerana Allah. Di samping itu zikir ini juga dapat menyedarkan diri kita kepada kebaikan, menenangkan hati dan mendatangkan rezeki Allah dlm pelbagai bentuk...hanya Allah yang Maha memberikan kepada hamba-Nya Justeru, jangan biarkan hari2 kita berlalu dalam sehari tanpa kita berzikir kepada Allah. Jangan kita membiarkan kesibukan kerja yang menghambat menjadikan kita lupa atau tidak langsung berzikir kepada Allah. Banyak ruang masa antara kesibukan kita yang boleh kita berzikir, antaranya adalah semasa pergi dan balik dari kerja (dalam kereta semasa memandu), selepas setiap kali solat, antara masa menunggu meeting bermula, sema...

Daging Goreng Cara Kelate...

Dalam entri kali ni saya kongsikan pula daging goreng cara kelate yang saya bawa masa gathering geng UPM, potluck berbuka puasa bersama smlm. Daging goreng ni sebenarnya sangat mudah untuk dimasak cuma syaratnya perlu pastikan dagingnya lembut dan empuk elok. Jika daging keras dan tidak empuk, makanya nikmat rasa daging goreng tu akan hilang. Bagi menu daging goreng ni, dagingnya jangan direbus sbb nanti daging goreng tu tiada nikmat daging goreng sebenar. Mungkin sesetengah orang bagi tujuan nak lembutkan daging, daging itu direbus dulu. Namun sebenarnya, bagi tujuan daging goreng, ada cara lain untuk lembutkan daging, iaitu terus saja dalam kuali menggoreng itu. Jom kita tgok bahan2 dan cara membuatnya ya. Bahan-bahan: 1 kg daging Sebiji Capsicum potong kecik mcm dlm gambar. Lima enam tangkai cili api dimayang Dua tiga tangkai cili hijau besar dimayang Sebiji bawang holland dimayang. Seulas bawang putih ditumbuk lumat untuk digaul dgn daging. Garam sesudu besar dan kunyit sesudu besa...