Skip to main content

Posts

Lala Masak Tumis Ringkas...

Malam tadi masak Lala Tumis mudah2 ore kelate kata. Seharian tak jamah nasi kecuali sedikit nasi lemak di awal pagi kat ofis. Hanya makan satu per empat daripada bungkusan nasi lemak tu. Hmmm... Malam tadi selepas maghrib masakkan Lala ni untuk dinner. Jarang masak belah malam sebenarnya, tetapi sebab seharian tak jamah nasi, makanya masak la juga simple2. Nak beli luar pula, serasa nak makan masakan yang dimasak sendiri, baru kena dengan selera. Justerunya, masaklah juga yang simple2 goreng dan tumis saja. Maka siap lah ikan kembung goreng pedas dan Lala Tumis kosong atau tumis mudah ni.  Tumis lala ni sangat mudah. Ore kelate kata semesek. Bahan2nya cuma guna dua ulas bawang putih, seulas bawang merah kecil tu, dua batang serai dan satu sudu cili giling, satu tangkai cili api jika suka sekadar untuk aroma saja. Jika suka belacan boleh taruk secoit belacan. Saya tak taruk kali ni. Cara-caranya pun sangat mudah bila bahan2 masakan pun mudah.  1. Basuh bersih2 lala sebab ia ber...

Cerita Tentang Waktu (Masa)...

Hakikat waktu: 1. Bergerak dan tidak pernah berhenti. 2. Waktu tidak boleh di hold atau ditahan daripada bergerak. 3. Waktu yang berlalu tidak mungkin berulang kembali. 4. Waktu yang di depan takkan mungkin dapat dipercepat atau diawalkan. 7. Waktu yang berlalu menghimpunkan kenangan. Waktu yang di depan menghimpunkan impian dan harapan. 8. Waktu yang berlalu menggamit rasa kerinduan yang tidak bertepi. 9. Waktu yang berlalu memberikan teladan dan pengajaran. Bila begitu sifat waktu, kita boleh mengambil ingatan buat diri kita agar: 1. Sentiasa menghargai waktu yang hadir dalam hidup kita. Berikan yang terbaik di saat kita sedang melaluinya supaya tiada penyesalan dalam diri di saat kita telah terlepas waktu itu. 2. Jangan bazirkan waktu yang dilalui dengan membiarkan ia berlalu tanpa manfaat dan faedah. 3. Berdamai dan bermanja dengan waktu supaya dalam erti kata lain ia sentiasa "berlaku baik" dengan kita, yakni waktu 24 jam sehari tu sentiasa cukup untuk kita 4. Dalam kese...

Spagetti Aglio Olio Best Ever...

Hari ni Monday Blues... HMmmm meeting full...back to back. Masak untuk lunch simple saja sebab tak nyempat sgt nak berlama kat dapur. Goreng ayam dan gaulkan dengan bawang holland yang telah dimayang dan hirisan cili api. Ayam goreng ni peregukan lawannya dengan budu letak durian dan cili api. Cukup untuk bertambah la kalu menu lagu ni gak. Tapi entri ni bukan nak cerita pasal menu lunch, tapi nak cerita pasal menu dinner.  Malam ni sempat ambil masa buat spagetti aglio olio. Usai solat maghrib, terus masuk dapur kelentung kelentang buatkan menu ini for dinner.  Bahan2nya dah minta Mr. Husband belikan lewat petang tadi. Plan nak buat aglio olio ni dah lama tapi tak jadi2 juga. Tiba2 sesambil berehat santai sementara nak menunggu waktu maghrib, datanglah pula di fikiran, hasrat yang tertangguh ni yang belum tertunai.  Makanya kali ini tidak bertangguh lagi bila memikirkan sebelah malam tak ada perkara urgent sangat berkaitan kerja2 ofis yang nak dibuat, makanya on la masak...

Ketupat Sotong Sedap Sangat...

Weekend kembali lagi. Masih rutin dalam PKP, di rumah saja dan tidak ke mana2. Keperluan barang2 dapur diuruskan oleh Mr. Husband. Hari ni dapat juga membuat ketupat sotong. Sudah sebulan teringat nak makan tapi tidak2 juga dapat membuatnya due pelbagai sebab. Seawal pagi dah siapkan breakfast. Bee hoon goreng. Justerunya untuk tengah hari tak masak nasi dan lauk-pauk lagi. InsyaAllah bee hoon itu menu hingga ke petang. Malam nanti kalau ahli keluarga nak makan nasi, mungkin beli saja di luar. Selalunya anak2 tak ambil nasi malam. Jadinya tengah hari tadi buat menu ketupat sotong ni. Minta Mr. Husband belikan barang2 nya. Ketupat sotong ni simple saja bahannya, hanya sotong, santan, pulut dan nise a.k.a gula melaka, juga sehelai daun pandan disimpulkan, dan sedikit garam. Daun pandan memang ada saja di laman. Nise ni memang selalu ada stok di rumah. Ore kelate meme gitu la pesennya...wajib ada nise dalam rumah. Jom kita lihat cara2 membuatnya. 1. Cuci bersih sotong. Kepala dgn badan so...

Permainan Dalam Organisasi...

Penat sebenarnya jika kita melihat permainan dalam organisasi. Tahapnya kadang2 sama seperti permainan politik peringkat negara. Kejap begitu kejab begini. Ada yang mungkin sampai tahap "letih mata dan letih telinga". Keliru dan rasa cuak bercampur baur. Sudah tak pasti yang mana betul yang mana salah. Kadang-kadang terasa yang betul dah jadi salah, yang salah tu pulak jadi. Wallahua'lam hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.  Walau dalam apa jua keadaan, organisasi perlu sentiasa bergerak (beroperasi mengikut bagaimana ianya ditadbirkan). Organisasi takkan mungkin statik atau pasif, kecuali organisasi itu sudah ditutup dan tidak beroperasi lagi.  Sesebuah organisasi memiliki ramai anggotanya yang akan sama-sama bekerja dan saling berkait antara satu sama lain dalam mencapai objektif organisasi. Pekerja semakin hari akan semakin terlatih dan mahir dalam menjalankan tugas. Juga akan berlaku bila sudah semakin ramai yang mempunyai kepakaran dan semakin bijak pandai dalam ses...

Pagi 10 Muharam Yang Indah...

Hujan di luar sana. Kedinginan pagi menusuk sampai ke tulang. Awal pagi 10 Muharam yang sangat indah. Damai dan tenang hati. Sejuk dan dingin. Mendengarkan bunyi rintik2 hujan di luar rumah menambahkan lagi rasa damai...Angin sejuk di luar sana juga lembut menerpa masuk bila pintu rumah dikuak kan sedikit. Bunyi suara katak juga kedengaran jauh2 bersahut-sahutan dengan iramanya yang tersendiri. Fenomena alam. Sudah sekian lama rasa sebegini tidak hadir. Kini muncul...dalam hati berbisik. "Allah, besar sungguh kebesaran-Mu...meresap nikmat yang tiada bandingan ini ke dalam diri." Menikmati di pandangan mata dan di halwa telinga seluruh suasana alam dan kebesaran Allah di awal dinihari, dengan bunyi hujan, hembusan angin yang sejuk dan bunyi suara makhluk2 Allah yang lain di luar rumah adalah terapi hati yang tiada bandingan. Suasana alam yang menyambut pagi 10 Muharam yang sangat indah. 10 Muharam ini adalah hari yang di sunatkan kepada kita untuk berpuasa sunat. Puasa sunat 1...

Bagaimana Menjaga Hati Agar Terus Kuat...

Kekuatan hati terletak kepada kekuatan iman, ketahanan mental (resilience) dan kekuatan diri kita mengawal emosi. Hati mudah koyak dengan pelbagai ujian yang mendatang jika kita tidak betul-betul mempertahankannya. Bagaimana nak pertahankan hati agar terus kuat dan tidak mudah goyah dan koyak. 1. Jaga Iman dan takwa kita.  Pertingkatkan dan tambahbaik hubungan kita dengan Allah adalah cara kita menjaga iman dan meningkatkan takwa kita. Bagaimana nak tingkatkan iman dan takwa? - bersihkan hati - buat perkara yang baik - hindari dosa yang menghalang rahmat    Allah kepada kita. - bertaubat atas dosa lalu - jangan khianati dan melakukan kejahatan   kepada orang lain - solat dan zikir juga membaca Quran - bersedekah - banyak muhasabah diri - banyak menghadiri majlis ilmu di jalan   Allah dan praktikkan ilmu yang diperoleh 2. Kekuatan mental - tukar persepsi kita terhadap masalah. - tukar cara berfikir - percaya dengan potensi diri - yakin dengan diri - jangan buang ...