Skip to main content

Posts

Konsep Asas Sedekah...

Sedekah atau infak adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Banyak bentuk sedekah yang boleh kita amalkan, sedekah Jumaat, sedekah subuh, sedekah bulanan atau mingguan di rumah orang tua, anak2 yatim, sedekah untuk meringankan kesusahan orang yang memerlukan, sedekah melalui konsep wakaf, pembelian Al-Quran dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan,  infak untuk pembinaan masjid, pondok agama, rumah anak yatim dan pelbagai bentuk lain lagi. Sedekah perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas tanpa ada niat di sebaliknya. Lagi afdal jika ianya dilakukan secara istiqomah. Sedekah bukan untuk kita menunjuk-nunjuk kebaikan atau sifat ambil berat dan keprihatinan kita. Tidak perlu kita mencanangkan kepada semua orang tentang sedekah atau sumbangan yang telah kita buat kerana konsep sedekah ini adalah antara kita dengan Allah sahaja. Umpama tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak mengetahuinya, hatta pasangan kitapun tidak mengetahui tentang sedekah yang kita buat. Kalau salah pe...

Hati & Minda Perlu kuat...

Hidup ini akan terus ke depan dan tidak mengundur. Masa akan terus bergerak ke depan dan tidak juga mengundur. Justeru, Pemikiran kita juga perlu terus bergerak ke depan dan dinamik seiring dengan waktu yang berputar. Setiap detik yang masih bersisa ini jangan kita mudah mengaku kalah. Hati perlu kuat! Setiap apa yang Allah uji itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pegang di situ! Jangan kita biarkan rasa down dalam diri kita menguasai dan menjadi peneraju kepada diri kerana kelak rasa down itu akan memberi kesan kepada emosi kita. Kawal minda kita, agar emosi sentiasa sihat walaupun diri kita tidak sihat. Emosi sihat akan menjadi ubat yang paling mujarab untuk apa jua sakit kita. Jika diuji dengan kesakitan, bersabar dan redha dengan apa yang Allah takdirkan. Cari penawar dan ubat kepada kesakitan yang dilalui. Berdamailah dengan sakit itu dalam erti kata "kita berbaik" lah dengannya. Bagaimana mencari kekuatan di sebalik kesakitan: 1. Sentiasa ingat apa jua penyakit yang d...

Kadang-kadang Kita Keliru Bila Perbuatan Tidak Selari dengan Pembawakan Diri...

Kadang-kadang berlaku fikiran kita jadi keliru dengan sesuatu yang kita lihat dan kita perhatikan. kekeliruan akan muncul apabila berlaku perbuatan tidak sama dengan pembawakan dan personaliti. Kadang-kadang berlaku perbuatan kita tidak sama dengan apa yang sering kita perkatakan dan ini boleh mewujudkan tanggapan tertentu dalam komunikasi yang mungkin boleh mencemarkan imej kita. Itu agaknya, benar sekali orang kata, sekiranya kita tidak mahu diperkatakan oleh orang lain, makanya kita perlu praktikkan apa yang kita katakan. "Practice what you preach or change your speech" Aduhai, risau juga dengan pepatah ini. Risau tersalah langkah nanti diri sendiri juga boleh termasuk dalam situasi ini. Kerana itu, dalam hidup ini kita perlu sentiasa berdoa pada Allah, agar Allah sentiasa menjaga kita daripada tergelincir daripada landasan. Dan kalau sekalipun tergelincir, insyaAllah dipandu naik semula ke track. Kembali kepada pernyataan di atas, kita ni sebagai orang yang kenal rapat co...

Cheesekut Sedap...

Rasanya dah lama juga tidak masuk dapur. Teringat nak makan cheesekut, makanya lewat tengah hari tadi buat la juga pelan2...dah lama sangat tak buat cheesekut, kek tiramisu dan seumpamanya...tak sempat nak beku molek sibuk nak potong dah😅...tak apa la, cheese yang meleleh tu makin menambah nikmat sedapnya... Sesekali dapat menikmati rasa cheese meleleh yang sebegini memang rasa sedap sangat. Rasa biskutnya yang lemak2 ni berpadu dengan salutan cheese yang berpalut likat dengan milo dan aroma nescafe memang memberikan rasa sedap yang tak terkata. Bagi yang ingin mencuba boleh cuba resepi ni ya. Bahan-Bahan: 250gm cream cheese Setengah tin susu pekat manis Yogurt natural setengah cup kecil Biskut tawar besar setengah pack Milo dan nescafe untuk ditabur di atas Fresh milk. Cara-cara: 1. Blend sebati cream cheese dan susu juga gula dan yogurt. Jika tiada yogurt boleh masukkan sedikit perahan lemon. 2. Dalam bekas empat segi, susunkan biskut menjadi satu lapis. Sebelum disusun, biskut dice...

Hidup Ini Satu Pengembaraan...

Hidup ini satu pelayaran dan pengembaraan menuju redha Allah dan kampung abadi di sana. Dalam pelayaran dan pengembaraan ini sudah pasti banyak onak dan duri yang perlu dilalui. Seandainya kita berjaya melepasi setiap kesulitan itu, redha dengan setiap ujian dan sentiasa kukuh dengan iman dan takwa, insyaAllah kita beroleh kebaikan dan kejayaan. Ujian paling besar dalam hidup ini adalah ujian kesihatan. Semua orang sebenarnya tidak menyedari kesihatan itu adalah nikmat yang paling utama dan paling besar dalam hidup sehinggalah Allah mengujinya dgn kesakitan. Bila Allah tarik nikmat sihat maka kita akan tahu betapa mahalnya nilai kesihatan itu. Justeru, bersyukurlah bila kita masih Allah berikan kesihatan yang baik. Ucaplah rasa syukur dengan penuh keikhlasan bila setiap hari bangun dari tidur Allah masih lagi memberikan kita sihat dan mengizinkan kita terus bernafas di muka bumi ini. Jangan kita terlalu sombong sehingga kita lupa yang apa jua yang ada ini adalah milik Allah. Dalam hidu...

Reset Minda & Recharge Diri : Motivasi & Semangat Sesegar Kembang Teratai

Cuti panjang CNY dan hujung minggu sudah habis. Esok yang kerja ofis akan kembali bertugas sama ada BDR atau BDO. Sentiasa set kan minda kita untuk "Bersedia" dan "Bersemangat". Kerana SEDIA dan SEMANGAT ini akan menjadi vitamin yang sangat baik untuk motivasi dan rangsangan diri.  Motivasi diri sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Tanpa motivasi kita tak akan rasa teruja untuk melakukan apa jua. Motivasi yang tinggi akan memacu kita untuk sentiasa berikan yang terbaik. Bila kita bermotivasi dan mempunyai rangsangan yang baik terhadap diri, maka akan terhindar dari rasa malas, rasa letih dan rasa tak ada mood. Sebaliknya hati dan jiwa kekal di momentumnya dan sentiasa segar untuk memberikan yang terbaik kepada amanah dan tanggungjawab kita sama ada Bekerja Dari Rumah atau Bekerja Dari Ofis. InsyaAllah. Salam Hormat, RZH

Salam 1 Rejab Bersama Kembang Teratai..

13 Februari 2021  I  1 Rejab 1442H Pagi ni, seorang sahabat yang sangat dekat di hati, sahabat dunia akhirat mengirimkan gambar bunga teratai ini di awal pagi. Cantik sangat. Sesambil dia beriadah katanya, ternampak bunga ini dan dikirimnya pada saya.  Sahabat ini memang cukup tahu apa kesukaan saya..melihat pemandangan alam yang indah, bunga berkembangan di tasik, bayu laut dan pantai, sudah pasti ingatannya akan pergi kepada saya. Katanya setiap kali unsur-unsur alam yang begitu datang di penglihatannya, maka secara automatik saya yang akan hadir di kotak fikirannya. Makanya dia pasti akan snap gambar dan hantar pada saya. Termasuklah cerita pagi ni, tiba2 masuk gambar bunga teratai ni dengan caption "Good morning"...Ya, pada saya keindahan unsur alam sebegini memang sangat menenang dan mendamaikan..terapi diri yang cukup baik! Bercerita tentang bunga Teratai ni. Sempat la tanya Pakcik Google satni. Teratai ni jenis habitatnya tumbuh di air yang tenang. Banyak nama pang...