Skip to main content

Kekalkan Kekuatan Diri...

Kehidupan ini memang begitu. Tidak semua berlaku mengikut apa yang kita inginkan dan kita tetap perlu melaluinya. 

Melangkah tetap kena melangkah sebab kehidupan ini dinamik dan tidak statik...spt masa yang sentiasa bergerak...kita tetap kena melangkah ke depan..apa jua di depan memang kena hadap...

Kalau diri rasa down...carilah kekuatan dari mana arah sekalipun...yakin dan percaya lah setiap apa ya g ada di sekeliling kita tetap akan memberi manfaat kepada kita...urus secara bijak!

Bagaimana mencari kekuatan diri?

1. Refleksi Diri

Luangkan masa untuk merenung tentang diri kita. Fikirkan tentang pengalaman masa lalu, kejayaan, dan cabaran yang telah dilalui. Apa yang telah kita pelajari daripada situasi-situasi tersebut?

2. Kenangkan saat kita pernah kuat dan ambil energi yang sama

Bayangkan saat kita pernah kuat dan ambil semangat dan energi tu! Sedut sedalamnya rasa kuat itu sehingga kita rasa seluruh minda dan anggota badan kita penuh dengan energi itu.

3. Amalkan Rasa Syukur

Luangkan masa untuk menghargai pencapaian dan kekuatan yang telah anda capai. Panjatkan rasa syukur selalu...Ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan motivasi.

4. Jaga Kesihatan Mental dan Fizikal

Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam, makan dengan baik, dan mengurus stress. Kekuatan mental dan fizikal adalah dua perkara yang saling berkaitan.

5. Letak dalam minda perasaan suka duka bahagia derita itu silih berganti sifatnya.

Dengan beredarnya masa respon diri kita kepada sesuatu akan berbeza...rasa dan perasaan kita juga turut berubah...slowly duka dan derita kita tinggalkan...hanya masa saja yang menentukan...jadi sabar dan terus melangkah ke depan.

Yakin dan percaya selalu, semua yang berlaku dalam hidup kita hanya sementara sifatnya...semuanya akan berubah mengikut masa...doa selalu dan keluar daripada zon selesa kita dalam menghadapi kedukaan tu...insyaAllah semua akan okey okey saja. Not to worry so much!

Mendung yang hadir tu tak semestinya hujan..tapi kalau hujan sekalipun apa salahnya...terkadang hujan yang turun tu bisa menyuburkan tanah yang kering...slps hujan pastinya akan munculnya pelangi...just go with the flow....

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...