Siri 1 Perkongsian.
Buku yang dipesan berjudul "Tentang Pergi" telahpun sampai dua tiga hari lepas. Buku ini ditulis oleh Hafizul Faiz.
Sdra Hafizul Faiz adalah seorang founder Pertubuhan Tentang Kita, iaitu sebuah NGO yang sedang giat membantu mendanai rawatan pesakit mental seluruh Malaysia.
Sinopsis buku ini sebenarnya muncul di SosMed saya dua tiga minggu lepas. Sinopsisnya agak menarik perhatian saya. Tanpa berfikir panjang saya terus membuat pesanan. Kebetulannya saya teringat dia yang selalu muncul di Tik Tok berkongsi tentang kata2 semangat dan motivasi diri. Masa tu, saya belum mengenal siapa dia. Selepas membaca buku ini barulah saya tahu latar belakang sdra Hafizul ni.
Harga buku ni RM49.00 dengan 133 muka surat. Saya telah selesai membacanya dlm masa satu hari cuti panjang ini. Memang berbaloi membelinya. Penulisan sangat hebat. Saya suka. Penulisan yang banyak dengan kata2 inspirasi, semangat dan motivasi diri untuk terus kuat, terus berdaya saing dan terus pandang ke depan.
Dalam penulisan ini, saya ingin berkongsi penceritaan dan tulisan sdra Hafizul ini. Perkongsian ini saya akan buat secara berperingkat di entri yang berbeza...mungkin akan ada beberapa siri penulisan yang saya buat di blog saya ini. Justeru, anggap ini sebagai siri Pertama perkongsian Buku Tentang Pergi.
Di bahagian belakang buku ini sdra Hafizun menulis begini:
"Tak semua pergi adalah kehilangan
Tak semua pergi adalah sia-sia
Banyak yang kita temui di sebalik sebuah kepergian. Adakalanya lebih banyak dari kenangan yang sempat dibina bersama.
Kita menjadi seseorang yang baru setelah kita belajar menerima bahawa hidup tidak perlu bergantung seperti dahulu."
Indah bahasa yang digunakan oleh penulis. Saya suka gaya bahasanya..mengandungi seribu makna yang mendalam bagi mereka yang menghargai nilai bahasanya.
Kata Penulis,
"Setiap dari kita pernah menjadi cuma pilihan bagi seseorang.
Ada yang menyedarinya, tapi entah kenapa, masih bertahan dan setia.
Mungkin benar kata orang, hal2 cinta seringkali membodohkan kita.
Tapi darinya kita belajar, mungkin kita cuma pilihan, tapi kita sudah tahu membezakannya.
Yang mana tulus dan serius
Dan yang mana cuma berpaut ketika perlu.
Kita tidak pernah bisa memilih dengan siapa kita jatuh cinta.
Seseorang yang telah berjaya menjerut perasaan kita barangkali seseorang yang takkan boleh kita miliki.
Barangkali itu cuma sepihak. Barangkali dia sudah milik orang. Barangkali dia bukan orang yang tepat.
Ah, terlalu banyak "barangkali"
Jatuh cinta dan memiliki adalah dua hal yang beda
Ada orang yang jatuh cinta, tapi dia tak berani memiliki. Yang dia perolwh cuma pengalaman rasa, bukan orangnya.
Justeru, kita tak pernah bisa menentukan, dengan siapa kita akan jatuh cinta.
Ia terjadi dengan begitu tiba-tiba
Kadang sekejap, kadang lama. Tak pernah ada formula yang bisa mengertikannya.
Kadang dengan orang yang kita tahu, terlalu tidak cocok dengan kita."
Penulisan ini adalah penulisan permulaan, bermula ms 8 hingga ms 10.
Pandai sdra Hafizul memilih perkataan dan menyusun ayat dalam menyampaikan maksud kepada penulisannya. Pandai penulis menarik dan menawan hati pembaca untuk terus membaca dan terus membaca hingga ke ms terakhir. Penulis menggunakan ayat2 mudah dan ringkas2 saja dalam penulisannya. Namun, pada saya Hafizul mempunyai keunikan tersendiri dalam meletakkan nilai dan aura kepada penulisannya. Saya salute!
Terima kasih atas perkongsian yang dijelmakan dalam Buku Tentang Pergi ini. Banyak memberikan energi luaran kepada pembaca yang menjadikan secara automatik jiwa pembaca terinspirasi dan kuat.
Tahniah daripada saya!
InsyaAllah di lain entri saya akan kongsikan lagi beberapa part daripada Buku Tentang Pergi ini.
Salam Hormat,
RZH
Comments
Post a Comment