Skip to main content

22 November Datang Lagi...

22/11/22

Tarikh ini datang lagi. Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah. Setiap tahun memang tarikh 22.11 ini akan hadir sebagai tarikh ulang tahun kelahiran, yang berbeza cuma tahunnya saja. Tarikh kali ini sgt special kerana dua perkara..

Satunya kerana tarikhnya cantik, hanya bermain dengan nombor 1 dan 2 saja....22.11.22

Sebab yang kedua ditangguhkan dulu dalam penulisan berikutnya. Nanti kita cerita di entri akan dtg.

Rasa syukur saya panjatkan kepada Allah kerana usia ini masih dipanjangkan ke satu angka lagi. Rasa syukur atas umur yang masih ada. Baki yang tinggal tidak pasti berapa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Alhamdulillah...Semoga usia ini diberkati Allah. Dipanjangkan usia untuk hidup dalam kebaikan dan redha Allah. InsyaAllah...

Peningkatan setahun demi setahun itu sudah pasti membawa perubahan kerana kehidupan ini bukan statik...ia dinamik.

Perubahan dlm pelbagai perkara...

- perubahan angka

- perubahan momen dan kenangan

- perubahan plot cerita kehidupan

- perubahan pemikiran

- perubahan fizikal

- perubahan suasana

Ya, semua itu akan berubah...yang tidak berubah adalah tentang rasa...rasa suka duka kecewa dan derita itu sudah pasti adalah rasa yang sama hadir dan semua rasa ini singgah dalam diri. Manakala yang berubah adalah cara kita menanganinya.

Cara kita menangani itu sudah pasti akan berubah kerana makin meningkat usia, makin meningkat pengalaman kita, makin meningkat tahap kematangan kita dan sudah pasti keduanya itu makin menguatkan kita untuk menjadi insan yang lebih kuat, lebih tabah, lebih sabar dan lebih fleksibel dalam menangani semua rasa yang hadir sehinggakan rasa itu kita boleh twist dan tidak memberikan kesan kepada diri kita. 

Kerana apa? Kerana kita telah kalis dan telah terbiasa dengan semua yang dilalui itu. Kita sudah muak dan diri juga sudah menjadi kebal kepada rasa yang bernama kesedihan, kedukaan atau kekecewaan. Kekebalan itu lah yang menukar rasa sedih menjadi gembira dan rasa duka menjadi bahagia. Dalam erti kata lain...kita hadap dan kita kunyah saja apa yang datang...kita buang apa yang tidak perlu dan kita ambil apa yang perlu sahaja.

Peningkatan usia juga akan menjadikan kita lebih bijak mentafsir dan mengenal sesuatu. Kita lebih bijak dalam mengesan, mengenal dan menilai erti kepura-puraan, kejujuran, keikhlasan, kebaikan dan kejahatan. Bijak mengenal perlu bersekali dengan bijak menanganinya...barulah namanya bijaksana.

Akhir bicara, Selamat Hari Lahir RZH. Semoga terus dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Tkasih buat Mr. Husband dan anak2 yang secara rutin menyambut besday saya pada mlm 22hb setiap tahun tanpa fail. Thanks my lovely family for the cake.

Tidak lupa tkasih kpd sahabat yang secara rutin juga akan wish saya tepat jam 12 tgh mlm tadi...juga buat my ex p.a yang tidak lupa birthday saya dan wish juga pukul 12 mlm tadi...thanks D...

Moga Allah tingkatkan juga kebaikan buat saya dan tahap kesedaran diri saya seiring dengan peningkatan umur ini...moga jua terus diberikan Allah kesihatan yang baik dan terus kuat dalam melalui kehidupan ini. Segalanya milik Allah..semuanya hanya pinjaman sementara buat kita semua. Pegang di situ.

Salam 22 Nov

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...