Skip to main content

"Me Time" Di Hujung Minggu - Masak Sop Tulang Istimewa...

Weekend kembali lagi.

Berehat secukupnya dan enjoy dengan apa yang kita suka sebagai terapi kepada diri. Recharge diri dan kumpul tenaga untuk menghadapi minggu kerja seterusnya pula. Begitulah rutin hidup kita sehinggalah kita dijemput pulang ke kampung abadi di sana.

Hidup kita ni begitu la..ada dua "dunia". "Dunia Peribadi" dan "Dunia Kerjaya". Justeru, semasa dalam "Dunia Peribadi" enjoy la dgn life kita dan buat apa yang kita suka. Bila kita buat apa yang kita suka hati kita akan happy dan kita juga dapat mengisi masa kita dengan perkara yang buat kita bahagia. Bila masa kita terisi dan kita ralit atau leka dengan aktiviti kita, makanya kerana itu lah kita tiada masa untuk memikirkan perkara lain yang menyerabutkan fikiran kita dan membuat kita down

Dengan rehat yang cukup dan enjoy dgn personal life kita, makanya ini akan menjadi pemangkin kepada kekuatan mental dan hati kita bila kita berada dalam dunia kerjaya kita. Justeru, lima hari bekerja kita yang penuh dengan kepenatan fizikal dan mental dapat dirawat dengan dua hari aktiviti membahagiakan yang kita buat dalam dunia peribadi kita di hujung minggu.

Orait...kembali kepada dunia peribadi di atas, saya hari ni masuk dapur dan memasak untuk lunch famili. Justeru, saya nak share bagaimana saya masak sop tulang. Memasak ni dah memang minat dan jiwa saya, makanya saya pasti akan memasak jika saya ada masa yang terluang. Hari ni tak ada meeting atau kursus apa2 makanya memang melayan "me time" la.

Jom kita lihat cara masak sop tulang style saya yang diwarisi resepi asalnya resepi bonda saya.

Bahan-bahan:
1 kg tulang
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah kecik
Halia saiz ibu jari
Rempah sop tulang adabi dua paket
Dua batang kulit kayu manis, dua kuntum bunga cengkih, dua kuntum bunga lawang, dan tiga buah pelaga
Daun sop dan daun bawang
Dua sudu cuka 
Sedikit air asam jawa
Sedikit lada sulah dan lada hitam yang ditumbuk
Sedikit Perasa dan garam

Cara-cara:
1. Cuci bersih daging. Siram dan toskan. Rebus daging hingga empuk. Biasanya dalam 1 jam hingga satu setengah jam dagingcakan empuk. Masa setengah jam terakhir boleh masukkan sop bunjut tadi.
2. Mayang bawang merah
3. Tumbuh pecah2 bawang putih dan halia
4. 4 tangkai cili api di mayang kecil.
5. Panaskan satu senduk minyak. Tumis bawang putih dan halia tadi, terus masukkan sekali rempah empat sekawan tadi. Bila sudah kekuningan dan arah ke garing sikit, terus masukkan dalam rebusan daging yang dah empuk tadi. Api pada periuk api kena terus menyala dan jangan dipadamkan ya.
6. Tumis pula bawang merah dengan minyak yang sama. Bila dah garing tuangkan dekat2 sop daging nak diangkat nanti. Tuangkan sekali dengan minyaknya.
7. Bila dekat2 sop nak masak boleh masukkan sedikit air asam jawa, sedikit cuka, garam, perasa, dan cili api yang dipotong kecil tadi.


Siappppp la sop kita dan boleh dihidangkan untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Semasa letak sop dalam mangkuk, boleh taburkan daun sop dan daun bawang yang telah dipotong halus. Pekenakan dengan sambal kicap. Memang sangat ngam dan sedap tak terkata.

Selamat mencuba.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...