Skip to main content

Berusaha Lah Memiliki Hati Yang Baik......

"Biar orang buat kita jangan kita buat orang"

Istilah ni biasa kita dengar kan. Bermula kita mengenal kehidupan masa zaman anak2 dulu, mak kita sering berpesan begini bila setiap kali kita bercerita pada mak kita. Akhirnya pesanan ini melekat di minda kita dan kita pegang sebagai rujukan dalam hidup.

Hadamkan maknanya di sebalik istilah ini. Jika kita faham maknanya, sudah pasti kita tak terasa sedikit pun untuk nak buat orang. Urusan hidup kita pun kita tak mampu selesaikan semua, inikan pula nak menyibuk kacau kehidupan orang lain. Jadi, jika orang buat kita teruskan saha bersabar...doa sentiasa supaya Allah pelihara emosi dan perasaan kita agar terus kuat.

Bila sesekali hati kita disakiti, tangani lah soal hati kita dengan bijaksana. Pilih lah penawar yang memberikan keuntungan dunia dan akhirat kepada kita. Sabar lah dengan apa yang kita lalui, tahanlah senafas. Kita relakan saja dan serahkan pada Allah. Jika hati kita melalui sendiri rasa sakit itu, maka janganlah melakukan perbuatan yang sama kepada orang lain kerana pastinya sakit yang sama akan dilalui orang itu. Itulah pengajarannya!

Dalam hidup ni, kita juga perlu hadam istilah "EMPATI". Dalam komunikasi, empati bermaksud kita meletakkan diri kita dalam diri orang lain. Erti kata lain, kita letak diri kita dalam kasut orang lain.

"Put yourself in someone else shoes"

Elemen empati ni sangat penting dalam komunikasi. Dengan ada rasa empati dalam diri kita, maka kita akan memahami bahawa, apa jua yang kita tidak ingin orang lain buat pada kita, makanya kita juga tidak akan buat pada orang lain kerana sebagai hamba Allah kita diberikan rasa, emosi, dan perasaan yang sama. Sifir yang sangat mudah!

Tiadanya rasa empati yang tinggi dalam diri akan menjadikan kita seorang yang SELFISH. Selfish ni bermaksud kita pentingkan diri sendiri, hanya tahu semuanya kita, kita act like a king, kita tak pernah fikir pun tentang orang lain.

Mengapa dikatakan kita selfish?

Ya, kita akan dilihat sebagai seorang yang selfish bila kita berulang2 mencalarkan emosi orang tanpa kita sedar (dek tenggelam dengan keegoan dan merasakan diri hebat), dan dalam masa yang sama pula kita sangat sensitif dan very fragile bila perkara yang sama dilakukan pada kita.  Jika sikap ini sudah menjadi biasa pada kita (dah jadi habit), maka kita bukan lah seorang individu yang baik. Berusahalah untuk memperbaiki diri.

Sama2 kita hayati kata2 ini:

Jika secara luaran kita seorang yang dilihat baik...maka itu sudah sangat baik nikmat yang Allah beri kepada kita.

Jika secara luaran kita seorang yang dilihat sangat beriman...maka itu juga sudah sangat baik nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Jika secara luaran kita seorang yang dilihat sangat mengambilberat...maka itu juga sudah sangat baik nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Jika secara luaran kita seorang yang dilihat sangat profesional dan knowledgeable...maka itu juga sudah sangat baik nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Jika secara luaran kita seorang yang dilihat sangat berkarisma..maka itu juga sudah sangat baik nikmat yang Allah berikan kepada kita.

TAPI...

Jika di sebalik semua sikap luaran yang baik itu, secara dalamannya kita masih tinggi dengan sikap EGO, SELFISH, rasa diri HEBAT, sombong, berbangga-bangga, gila kuasa dsbnya lagi yang seumpama, maka tiada makna segala luaran yang baik itu. Di sisi Allah, kita berada dalam kerugian semata-mata.

Sentiasa kita ingat bahawa perbuatan kita sebenarnya melambangkan keperibadian kita yang sebenar. Maka tiada maknanya kita memiliki ciri2 luaran yang baik jika kita masih belum miliki HATI yang baik.

Sekadar renungan pada diri...

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...