Skip to main content

Masak Kengsom Ikan Jenahak...

Sebulan lebih tidak menjenguk di sini. Rindu menggamit itu pasti. Tapi atas kekangan tertentu menjadikan penulisan di blog terhenti seketika.

Malam ini kembali menjenguk seketika. Sekadar menyatakan "hello" kepada blog anggerikdesa yang sunyi telah lebih sebulan. Sekadar penulisan singkat saja.

Alhamdulillah malam ni masuk malam keempat Ramadan. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lepas. Moga Allah terus beri kekuatan dan ketabahan untuk meningkatkan amalan untuk mendapat redha dan keberkatan Allah. InsyaAllah.

Petang tadi masak Kengsom Ikan Jenahak. Sudah tiga empat hari teringat nak makan. Hari ni baru dpt memasaknya.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara memasak menu kengsom cara anggerikdesa.

Bahan2:
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Cili api 8 biji
Cili besar merah 1 tangkai
Belacan secubit
Kunyit hidup seinci
Semua ni tumbuk👆

Ikan Jenahak dicuci bersih dan cucian yang last dgn air asam jawa.

Dalam periuk, masukkan air dan bahan tumbuk tadi, terus dgn ikan. Air dalam anggaran 4 cawan bagi dua potong ikan jenahak yang agak besar saiznya. Masuk serai (ketuk2 dulu serai) dan daun kunyit sikit (dalam selebar tapak tangan, carik2kan). Juga sedikit daun kesum, dlm setangkai dua. 

Bila menggelegak boleh masukkan sedikit air asam jawa (asam jawa dlm sesudu besar) dan perahan limau nipis sebiji.
Dan masukkan garam, gula, perasa, juga sedikit sos ikan (jika tiada sos ikan boleh skip). Juga kangkung yang telah dipotong. Boleh masuk tomato dan bendi juga nenas jika suka. Pastikan kangkung dimasukkan sekejap saja bagi mengekalkan kerangupan kangkung berkenaan.

Dalam 10-14 minit boleh tutup api. Jgn lama sgt nanti ikan jadi keras.

Menu ni sangat sedap bagi penggemar menu berkuah/bersup, juga bagi mereka yang cuba elak menu bersantan. Rasanya mmg tiptop sedap, masam2 dan mmg kena berpalut elok dengan ikan dan bahan2 lain di dalamnya. 

Sebenarnya menu masakan ni orang tua2 kita dulu selalu masak dan menu ini dipanggil gulai asam atau masak asam. Menu ini kini diinovasi menjadi namanya Kengsom, sejenis masakan Thai. 

Selamat mencuba buat semua. Memang sedap dan berbaloi mencuba!

Salam Hormat
anggerikdesa
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...