Skip to main content

Kepercayaan Yang Hilang Tidak Mungkin Kembali Seperti Asal.

Sesekali terkenang dan mengingati sesuatu yang cukup memedihkan adalah sesuatu yang lumrah kepada semua manusia. 

Dalam hidup ni pelbagai pengalaman pahit dan manis yang Allah bagi kita rasa. Dan apa yang kita rasa dan lalui itu sudah pasti akan meninggalkan kesan yang cukup besar kepada hidup kita. Trauma pada diri. Itulah proses dalam kehidupan dan itulah kehidupan. Pengalaman dan rasa yang dilalui akan memberi pembelajaran dan pengajaran buat diri.

Kadang-kadang berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikirpun ia akan berlaku tapi ia berlaku. Terkejut dan rasa bagai tidak percaya memang perlu di"kunyah" jua. Ada pilihan? Jawapannya tiada! Sakit di dada, sakit di hati, sakit di jiwa tetap kena telan...di sini lah nanti titik di mana kita mula kembali sepenuhnya kepada Allah. Maka bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita.

Allah menguji dalam pelbagai bentuk. Bila ia berlaku walau pahit walau perit, ianya tetap perlu dihadapi juga. Pastinya takkan mungkin dapat dicampak dan dilontar jauh rasa itu begitu saja...calar dan bekas di hati tetap meninggalkan rasa pedih dan sakit yang mendalam. 

Jika sesuatu yang berlaku itu sangat menghancurkan hati kita, sudah pasti ia akan turut meragut kepercayaan kita. Kepercayaan yang telah hilang akibat sesuatu yang meremukkan hati dan perasaan kita takkan mungkin akan kembali seperti sediakala walau masa telah sekian lama berlalu, walau kita telah sedaya upaya mencuba untuk melupakannya.

Trauma masa lalu memang sakit. Ia sering menjadikan kita on off. Kejap kita okey dan kejap tidak okey. Semasa datang perasaan yang tidak okey mungkin akan drag untuk certain tempoh yang lama...hmmmm, bukan sengaja menjadi begitu, tapi itu yang berlaku. Kesan trauma masa lalu itu telah auto reflect kpd diri. Maka kena redha jua dengan apa yang berlaku kerana Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya...sabar dan terus berlapang dada. InsyaAllah ada hikmah Allah yang lebih baik.

Kerana itu, pesan kepada diri supaya dalam hidup ini jangan kita melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati dan mengecewakan orang sehingga meninggalkan kesan yang cukup mendalam...bimbang hati yang terluka tak mampu kembali kepada asal. Pedih dan peritnya kekal menghantui....itu yang kejap okey dan kejap tak okey.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...