Rasa bahagia itu menjadi dambaan dan keinginan semua orang. Tidak ada seorang manusiapun yang ingin menolak bahagia. Semua orang inginkan kebahagiaan dalam erti kata bahagia yang sebenar. Apa itu bahagia yang sebenar? Bahagia yang sebenar adalah bahagia yang dirasai dan dimiliki atas jalan yang Allah redhai. Bahagia sebenar juga adalah bahagia yang kita miliki bukan atas air mata dan kelukaan orang lain. Dengan kata lain, bahagia itu bukan kerana kita mengambil hak atau milik orang lain...Itulah dia bahagia sebenar. Bagaimana kita nak mencari bahagia sebenar? Persoalan ini sebenarnya mudah untuk ditulis, tetapi daripada segi pelaksanaan dan realitinya memang menuntut kekuatan iman dan kekuatan hati yang cukup tinggi. Kerana apa? Kerana untuk memperoleh bahagia yang sebenar kita perlu menghadapi dan melepasi ujian, dugaan dan rintangan hidup yang sangat besar. Kebahagiaan sebenar ini kita akan peroleh bila kita menjaga hubungan yang baik dengan Allah. Untuk mendapat hubungan yang baik d...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"