Skip to main content

Lembaran ini Berakhir Jua...

15 November 2019

Hari ni hari Khamis. Hari ni adalah hari terakhir bertugas secara rasmi sebagai Timbalan Pengarah Pentadbiran di Kampus Kuala Lumpur setelah 11 bulan berada di sini.

Tanpa sedar masa berlalu begitu cepat...dalam hati berbisik "Allah, hari ni dah Jumaat...tiba jua hari terakhir berada di sini"...walau jauh di sudut hati mengharapkan agar masa berputar lambat...namun masa itu tetap tiba jua..lambat atau cepat rasa terhadap masa itu adalah bergantung kepada perasaan kita pada satu-satu perkara itu sebenarnya.

Seawal pagi terakhir tu, saya dah merangka dan menyusun pelan masa dan pergerakan yang perlu dilakukan pada hari terakhir ini...memang kena plan betul2 sebab serasa byk perkara yg perlu diselesaikan...saya menyebut pada zura, my p.a perkara2 yang saya dah susun pergerakannya:

1. Pukul 9.30 pagi saya perlu hadir majlis perpisahan yang diaturkan oleh BSM, my subordinate.
2. Selepas balik ke pejabat, jangkaan jam 11 am - barang2 terakhir yang telah siap dipacked yang terusun di bilik saya ni diangkat masuk ke kereta. Tertakluk kepada masa sebenar majlis di BSM selesai..kalau lewat, memang lari la timing saya.
3. Pukul 2.45 ptg menyantuni dan bermaaf-maafan dengan semua staf di level 9 dgn sedikit cenderahati.
4. Pukul 3.00 ptg bertemu dgn Ketua BSM
5. Pukul 4.00  ptg bertemu dengan ketua BGP
6. Pukul 4.30 ptg bersiap2 untuk melangkah keluar dan log out pada pukul 5 ptg nanti..

Saya sebut pada Zura " aduhai Zura cptnya masa berlalu...hari ni dah tiba hari terakhir rupanya...byk pulak perkara nak kena berlaku for the last day ni...stress pulak jadinya saya"...

Akhirnya pukul 5.00 ptg juga tiba...Zura, Wan, Encik Faris, dan Encik Zack masuk ke bilik untuk bergambar kenangan terakhir dgn saya semasa saya log out terakhir di Pejabat Pro Naib Canselor KKL. Gambar kenangan terakhir RZH log out diabadikan dalam rakaman bergambar...maka secara rasminya tamatlah hari ni khidmat saya di Pejabat Pro Naib Canselor KKL...aduhaiii sedih dan sebak rasa di hati...hanya Allah jua yang mengetahui...saya pasrah menahan getar di hati di saat saya menekan keyboard komputer untuk log out di Sistem kami.

Langkah saya diiringi keluar hingga ke kereta. Di saat akhir untuk bersalam, Zura tidak lagi dapat membendung tangisannya..dia melepaskan tangisan dan esakan sambil terus memeluk saya erat...esakannya kuat di bahu saya...saya juga menangis...pilu sungguh rasa hati mendengar tangisan kuat dari Zura...saya dpt bayangkan hatinya yang sangat sedih...saya kemaskan pelukan saya untuk mententeramkan perasan zura pada masa itu... saya juga sangat sedih...namun kaki tetap jua perlu melangkah pergi. Demi tugas...

Kereta saya perlahan meninggalkan perkarangan lobi utama bangunan ini, dengan lambaian terakhir daripada Zura, Wan, dan Encik Zack...getar di hati hanya Allah jua yang maha mengetahui..saya serahkan sebulatnya kepada Dia...tiada kemampuan buat saya melainkan dengan pertolongan Allah...

Segala kenangan dan momen indah di sini telah saya simpan kemas dalam lipatan hati. Di saat rasa rindu bertandang, saya boleh pada bila2 masa "akan kembali menjenguk kenangan ini" dalam kamar hati ini. Kenangan yang bertamu dalam hati kita sendiri kita boleh datang menjenguk pada bila2 masa kerana hati ini milik kita sendiri...jadinya tidak gusar sangat...

Saya mengakui hakikat setiap pertemuan itu pasti berakhir dengan perpisahan dan setiap yang bermula itu pasti ada pengakhirannya...
sebagaimana kehidupan ini juga yang nanti akan berakhir dengan kematian...itu sudah janji Allah kepada hamba-Nya.

Justeru, hati ini saya pujuk agar sentiasa kuat. Lembaran baharu saya perlu buka bermula 18 November 2019 nanti. Sudah pasti intro pada helaian pertama "dunia baharu" saya nanti saya ingin pastikan yang terbaik buat saya dan buat semua di sekeliling saya. Doa saya semoga Allah memudahkan perjalanan saya seterusnya...Ameen.

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan

Chapter "Dunia di sini" dengan 1001 kenangan saya tutup dengan rasminya...14 Januari 2019 hingga 17 November 2019 kini dalam kenangan...



Sekadar coretan hati,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...