Skip to main content

Hari Lahir Tiba Lagi & Usia Menganjak Satu Tangga Lagi...

22 November 2019

Detik 12.00 mlm kunjung tiba lagi mlm ni menandakan meningkat satu angka lagi untuk penghitungan usia ini. Berputar lengkap 360 hari dalam setahun tanpa sedar masa beredar...tahu2 November muncul lagi...sedangkan serasa baru semalam menyambut hari lahir tahun sebelumnya. Allah...benar janji-Mu bahawa di dunia akhir zaman, keberkatan masa Engkau angkat perlahan-lahan sehinggakan manusia terlupa bahawa masa menjadi semakin singkat...terlupa kerana manusia terlalu "merajakan dunia"

Hati rasa takut ya Allah...dengan berganjaknya satu angka lagi pada malam ini, maka ianya memberi peringatan bahawa usia semakin menghampiri saat2 untuk dunia ini ditinggalkan...saat dijemput ke dunia kekal di sana...hati serasa takut kerana risau tentang bekalan untuk ke sana...

Justeru, masa yang masih berbaki ini biarlah hamba-Mu ini dapat mengabdikan diri sepenuhnya di jalan-Mu..."Ya Allah, engkau terus istiqomahkan hamba-Mu ini dengan rutin yang dilakukan sekarang. Engkau terus pertingkatkan lagi amal ibadah ku kepada-Mu ya Allah...damai dan tenteram rasa hati dan emosi dengan "dunia dan rutin" terkini ini...alhamdulillah Ya Allah".

Sekadar merenung masa yang telah berlalu dan masa yang masih berbaki...Allahuakbar, telah berpuluh tahun masa yang berlalu ditinggalkan...zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman diawal 30-an telah lama ditinggalkan...masa yang ke depan ini sedang menuju umur "gholik" wafatnya Rasulullah SAW...Kalau direnungkan masa yang ke depan ni hanya tinggal tidak sampai sesukupun lagi berbanding masa yang telah ditinggalkan ke belakang.

Andai ini direnungkan sedalam-dalamnya...seharusnya tidak perlu lagi "istilah keduniaan" mengisi kekosongan yang masih berbaki...hidup di penghujung ini biarlah hanya sekadar diumpamakan sebagai "makan untuk hidup" dan bukan "hidup untuk makan"....tidak perlu berlebih-lebih dan begitu beria-ria untuk menempa nama, mengejar glamour, menunjukkan kehebatan, bertelagah dan bersengketa hanya kerana kuasa, pangkat, dan nama...kerana semua ini tidak akan kita bawa bersama bila kematian datang menjemput...yang dibawa hanyalah amalan kita sahaja yang menemani roh kita yang "bertamu di dunia yang baka"

Allah...sesekali merenung hakikat ini perasaan malu hadir sendiri meresap dalam hati...malu mengapa? malu seandainya di usia begini keinsafan sebenar masih belum ada dalam diri...masih lagi merasakan "seakan kita akan hidup seribu tahun lagi"...tanpa sedikitpun rasa penyesalan dan gusar dengan usia yang semakin tua...Allah secara jelas mengingatkan kita melalui berubahnya hormon dalam diri kita, beruban putihnya rambut, badan yang semakin tidak kuat dan mata yang semakin pudar penglihatannya...serta pelbagai perubahan lain yang datang bertamu dalam tubuh badan kita.

Sudah-sudah lah...bisiklah pada hati, cukup lah dengan "memiliki keduniaan" itu berpuluh tahun di masa lampau. Masa sekarang adalah masa untuk membersih hati, membersih jiwa, membersih diri dari segala kekotoran masa lampau yang dilalui. Masa untuk bertaubat dan memohon keampunan Allah atas segala dosa-dosa lalu...Alluakbar...

Allah...istiqomahkan lah hamba-Mu ini dengan kehidupan dalam "dunia baharu" ini...biarlah hamba-Mu ini sentiasa istiqomah dan terus kreatif berusaha dalam membaiki hubungan dengan Mu yang Allah...biarlah hati dan jiwa ini sentiasa teguh dengan solat kepada-Mu....sentiasa subur dengan ayat-ayat Al-Quran - Mu dan sentiasa mewangi dengan doa yang tidak putus dipanjatkan kepada-Mu. Semoga kehidupan yang masih berbaki ini terus dalam rahmat dan kasih sayang-Mu

ameen...ameen...ameen.

Sekadar coretan di Hari Lahir,
RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...