Assalamualaikum dan salam pertemuan penuh harmoni buat semua...
Lama tidak menulis tentang resepi di sini. Kekangan masa dan kesibukan yang dilalui menjadikan masa untuk menulis agak terbatas...
Lewat pagi ni saya ingin berkongsi resepi penyediaan sambal tempoyak goreng. Kalau penulisan ttg resepi at anytime saya langsung blh terus menulis dan boleh siap terus satu resepi lengkap kerana soal resepi ini soal kemahiran memasak tersendiri dan sudah ada dalam kepala kita semuanya daripada bahan2 sampailah kepada proses penyediaannya, dan tidak perlu membuat pelbagai rujukan sebagaimana penulisan tentang aspek leadership dan komunikasi. Kedua aspek penulisan ini perlukan beberapa rujukan fakta yang mana setiap penulisan berkaitan perlu mengambil masa ntuk disiapkan.
Orait, jom kita kembali kepada resepi sambal goreng tempoyak tadi. Sambal goreng ni salsilahnya berpunca daripada staf di pejabat yg suka bawa tempoyak goreng ke pejabat..staf kami ni mmg dia sifu tempoyak..dan dia berasal dari Pahang. Org Pahang mmg masakan tempoyak ni salah satu daripada kepakaran depa.
Bila saya merasai tempoyak gorengnya mmg saya suka..cukup lengkap rasanya, pedas, dan manis2 tempoyak tu memang ''melamar" saya unk terus menyukai. Sebelum ni, mmg saya tahu unk masak tempoyak, tetapi oleh kerana ianya bukan antara makanan kegemaran saya, makanya jarang sekali saya membuatnya...boleh dikatakan tidak pernah lagi la membuat sambal tempoyak goreng sebegitu. Selalunya tempoyak ni saya hanya masak masakan Patin masak tempoyak, sebab Mr. Husband memang suka makan patin masak tempoyak..juga famili mertua suka masakan patin tempoyak. Setiap kali balik kampung belah Mr. Husband, bila berkumpul ramai-ramai masakan patin tempoyak ni antara menu yang akan saya masak.
Jom kita terus kepada bahan2 untuk sambal goreng tempoyak ya:
1. Tempoyak 4 sudu
2. Cili api 25 biji. Memang cukup pedas..kalau tak begitu boleh mkn pedas boleh kurangkan.
3. Bawang holland 1 labu a.k.a sebiji (orang Kelantan panggil selabu..hehehe)
4. Bawang putih dua ulas
5. Ikan bilis dalam segenggam
6. Minyak masak setengah cawan. Agak2 ya, jgn byk sgt, sekadar untuk menumis saja.
7. Garam dan gula secukupnya.
Cara2 memasak:
1. Kupas bawang holland dan dimayang halus. Bukan halus sgt...biasa2 saja tapi opkos jgn tebal2 sgt la kan..hehe.
2. Bawang putih dikupas dan ditumbuk..jgn lumat sgt.
3. Cili api ditumbuk kasar dan sekadar pecah2 saja..jgn lumat mcm nak buat sambal belacan tu. Jgn sesekali di blend ya cili api ni kerana kita nak teksturnya kering dan tidak bercampur dgn air. Kalau blend tu dicampur air tak sedap nanti nak buat sambal tempoyak goreng. Kalau blend kering ok, tapi saya tak galakkan sgt sbb ada tendency unk dia hancur sgt...jadi kena rajin tumbuk ya..sekejap aje sbb kita tumbuk sekadar bagi pecah2 saja.
4. Goreng ikan bilis sampai garing. Ikan bilis ni sebenarnya boleh dipilih sama ada nak digoreng dan dicampurkan dgn sambal tempoyak kemudian semasa nak makan di meja hidangan nanti, atau nak masuk terus semasa proses memasak tempoyak sedang dibuat. Kalau memilih unk masukkan terus...makanya boleh dibuat pilihan sama ada nak masukkan yg mentah terus tidak perlu digoreng, atau digoreng sekejap saja...namun rasanya mmg tetap berbeza..bagi ikan bilis yg digoreng garing dan dimasukkan kemudian, dengan ikan bilis mentah dan dimasukkan terus semasa proses memasak tempoyak sedang dilakukan.
5. Seterusnya panaskan minyak dlm kuali. Bila dah panas, tumis dulu bawang putih tadi, bila dan kekuningan sedikit, terus masukkan bawang holland, kacau sebentar dan boleh terus masukkan cili api yang ditumbuk tadi. Kacau dlm 5 minit..sampai bawang holland tu dah nampak kekuningan agak2 nak garing...jgn sampai garing ya...terus masukkan tempoyak..masa ni pelankan api sedikit...slps masuk tempoyak kacau serata..kalau nampak pekat sangat boleh masukkan air sedikit saja, hanya sekadar unk buat tempoyak tu tergaul elok dgn bahan2 tumis tadi.
5. Kemudiannya masukkan garam dan gula...garam jgn terbabas byk pula..biasanya dlm setengah sudu besar. Tapi unk gula kena masuk lebih sikit sebab nak seimbangkan dgn rasa tempoyak yg masam dan kepedasan cili 25 biji tadi..hehehe. gula biasanya sy masukkan dlm 3 ke empat sudu. Boleh agak2 nanti ya. Dah gaul sebati semuanya...maka boleh diangkat dan dihidangkan.
Sambal tempoyak goreng ni memang sedap dimakan dgn nasi panas2..semasa nak mula makan nanti, baru campurkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata dan terus boleh dimakan. Rasa rangup ikan bilis nanti akan menambahkan kesedapan sambal tempoyak tu. Memang tak toleh kiri kanan la...kalau untuk jadikan pelengkap, boleh cicah dgn timun batang...timun batang jepun tu lagi sedap unk dicicah dgn sambal tempoyak ni, juga ulam2 lain yg disukai. Sambal tempoyak ini juga sedap dimakan dgn ikan goreng panas2...atau kalau org Kelantan cicah dgn ikan rebus yang digoreng (ikan rebus ini ada cara rebusnya, bukan rebus begitu saja,nanti saya share di entry lain ya cara rebus ikan)...pergh mmg tak terkata sedapnya...boleh cuba nanti ya...
Okey semua, setakat ini dulu perkongsian resepi sambal tempoyak. Nanti kita jumpa lagi di entry yang lain..selamat mencuba dan selamat memasak...rugi kalau tak cuba tau!
Tips:
1. Kalau ikut selera saya, saya lebih prefer unk buat sambal tempoyak goreng ni, guna tempoyak yg baru dibuat kerana hasilnya nanti lebih sedap. Kalau nak guna durian fresh terus unk memasak sambal ini pun boleh...pada saya lebih sedap...mungkin saya bias sbb sy tak suka sgt bila guna tempoyak sbb rasa tempoyak ni dia dah masam2 kan...namun apapun terpulang kpd selera masing2 ya...
2. Selain daripada ikan bilis, kita boleh gunakan udang unk masuk dalam sambal tempoyak ini..petai juga seperti dalam gambar yang saya sertakan. Gambar pertama dimasak dgn udang dan petai, dan gambar kedua dimasak dgn ikan bilis goreng. Kedua2nya sedap..tapi unk sambal tempoyak kering, sy prefer dimasak dgn ikan bilis..rasanya lebih klasik dan lebih sedap unk kenikmatan sebenar sambal tempoyak goreng.
Salam hormat & salam ingatan kekal abadi...
RZH

tak reti makan tempoyak ? pastinya anda bukan penduduk bumi
ReplyDeletebetul!!!
Deleteresepi sambal sedap ni, mohon share ye :)
ReplyDelete