Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Kuih Cara Lemak Manis Sedap

Assalamualaikum dan salam kasih sayang dari anggerikdesa buat semua...

Orait, hari ni hari Sabtu dan saya tak plan ke mana2...sekadar menghabiskan masa di rumah dan lebih kepada berehat saja. Sebelah petang rasa boring tahap dewa la pula. Bila dah boring mulalah fikiran saya mereka-reka nak buat apa...for sure mereka-reka ttgtmasakan la kan...hehe. Saya teringat nak buat kuih cara yang telah sekian lama saya tak buat..acuannya elok aje tersimpan, acuan beli baru sebenarnya sbb yg lama saya dah beri pada mak mertua saya lama dulu...senang mak mertua saya nanti boley buat kalau teringat nak makan...kuih ni sebenarnya kuih yg paling mudah dan paling simple dalam dunia...wahhhh gitewww...hehe

Sebelum tu meh kita tgok rupa kuih cara ni ya...





Hokey, jom kita tengok bahan2nya pula:

1. Gandum 3 cawan
2. Santan 2 cawan
3. Susu cair setengah cawan. Kuih cara style saya masak mmg sy masukkan susu cair cket bagi menambahkan rasa lemak pada kuih ni..rasanya mmg akan lebih sedap cket. Tapi kalau tak mahu masukkan pun tak mengapa, memadai dgn santan tadi.
4. Daun pandan 4 helai di blend dgn secawan air. Tapis dan ambik airnya.
5. Satu atau dua titik pewarna hijau sekiranya suka warna lebih pekat, kalau tidak memadai saja dgn air pandan tadi.
6. Telur sebiji
7. Secubit garam. Hanya unk beri tepung tu jadi lemak2 ya bukan unk jadikan ia masin..hehe
8. Gula secukupnya untuk masukkan 'mcm inti' gitu dlm kuih cara nanti semasa proses membakar.

Cara-cara:

1. Gandum, santan, sudu cair, air pandan, telur, sedikit pewarna hijau dan secubit garam dicampur sekali dan digaul sebati...mudahkan...sebab tu saya ckp kuih ni kuih paling mudah dlm dunia.

2. Slps digaul sebati, blend kan adunan ini guna blender. Tujuan kita blend ni sebenarnya ada dua sebab, satunya mmg sbb nak haluskan adunannya supaya tidak berketul. Itu mmg ya...tapi sebenarnya ada rahsia di sebalik mengapa kita kena blend adunan ni. Sebabnya adalah dgn cara kita blend ini akan menjadikan adunan akan lebih lembut, lagi lama kita blend lagi lembut teksturnya dan  nanti akan menjadikan kuih cara kita lebih gebus dan lembut dan lebih sedap. Itu rahsia sebenarnya.

3. Kepekatan adunan kena pandai agak2 ya...jgn pekat sangat dan jgn cair sgt. Lebih kurangnya adalah, adunannya pekat sikit banding dgn adunan roti jala. Sy tak dpt berikan sukatan cawan airnya sbb selalunya sy buat main agak2 saja dan mmg tak sukat betul2 ikut sukatan cawan. Semasa proses blend, asalkan mesin blender tu boley berputar makanya cukup dgn byk itu saja air yg dimasukkan. Slps blend tak perlu tapis lagi...terus boleh dibakar dlm acuan. Tapi kalau buat roti jala, slps blend kena tapis dulu ya adunannya.

4. Slps siap semua perkara 3, makanya dah blh bakar atas dapur gas..maksud saya direct terus atas api acuan bakarnya. Api bakar mesti kecil ya..kiranya mcm paling kecil boleh dinyalakan. Dlm acuan letakkan minyak masak sedikit supaya kuih tidak melekat dan mudah dikeluarkan apabila ia masak. Untuk mudah sapukan minyak, ambik tiga helai daun pandan, susun bertingkat dan lipat dua. Ikat dgn getah di hujung tempat pegang, manakala di hujung satu lagi carik2 kan dia supaya mudah unk celup dlm minyak masak dan ratakan di acuan kuih cara. Minyak ini sapu dan ratakan sikit saja di acuan. Bila dah agak panas, boleh masukkan adunan satu persatu dlm acuan. Kemudiannya masukkan sedikit gula putih di tgh2 kuih tadi..slps tu tutup dgn tudung periuk yg saiznya ngam dgn acuan kuih cara yg berbentuk bulatan. Biarkan sekejap, rasanya dlm tiga empat minit kot..kuih tu dah masak dan boleh diangkat. Bila keseluruhan tepung adunan tu dah kelihatan berkilat, itu tandanya ia dah masak...slps diangkat ulang balik proses yg sama sehingga semua adunan siap dibakar. 

5. Kemudiannya susun kuih cara ni secara berpasang spt dlm gambar dan boley dihidangkan. Kuih ni mkn semasa masih panas lagi sedap..tapi jaga2 jgn masa betul2 panas tu, melecur lidah nanti...hehe jgn lupa gula yg kita masuk sbg inti tadi akan cair di dlm tu dan kalau tgh panas2 terus di mkn, makanya gula yg larut tadi akan buat lidah kita melecur..jadi agak2 bila dia dah suam sikit, baru blh dimakan...

Okey semua slmt mencuba...mmg sedap kuih ni kalau kita buat sendiri sbb cukup dia punya rasa lemak2 santan dan manis2 tu...

Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke