Skip to main content

Posts

Adoiiii..rasa terhenti jantung...

Adoiiiii...putus nyawa sekejap rasa...jantung mcm berhenti berdegup. Mmg trauma la... Terkejut, terkedu, trauma, semua ada...lengkap semua rasa. Kata2 yg terucap daripada dia tu sebiji sama dgn yang terdetik di hati...Allahhh..instinct yg dtg tu betul rupanya...kdg2 kita denial terhadap apa yg dtg dan terdetik di hati sbb kita fikir...takkan la begitu...takkan..tak mungkin...dan kita positif.. Rupanya betul instinct tu...jadi rasa2 nak terkejut, terkedu, terpaku tu ada tak? Mmg ada la....mau tak ada. Sudahnya sebab terlalu terkedu...telan saja la 1001 rasa yang datang...ini la antara perkara yang ditakuti bila kita pernah ada trauma yg lepas.... Berlaku juga apa yang menjadi kerisauan itu...nak kata hati remuk...remuk juga la tapi campak tepi aje la rasa remuk tu sbb rasa untuk remuk tu bukan hak kita...maka buang aje la. Kalau kita simpan sakit tu berterusan... Risau takut hati terus terkejut dan terkedu...rasa remuk singgah lagi...makanya dia dilepaskan dari radar...tak berani lagi n...

Lepaskan saja jika dia memilih pergi...

Dalam hidup ni...datang dan pergi itu lumrah. Perkara biasa. Jadi mengapa nak serius sangat kepada perkara yang biasa dan normal. Just go with the flow... Lepaskan saja siapa yang ingin pergi dari hidup kita. Mengapa kita perlu ambil port sgt sedangkan orang yang nak pergi tu tak kisahpun tentang kita. Kalau dia kisah, sudah pasti dia stay. Usah kita memberi ketidakadilan kepada diri dengan menyusahkan dan menyakitkan diri kita untuk berfikir dan bersedih dengan orang yang tak pernah fikirpun tentang kita...jangan buang masa kepada orang yang tak pernah menghargai sebuah pertemuan dan sebuah hubungan yang terjalin.... Lepaskan saja. Mengapa perlu bersedih? Banyak perkara lagi nak difikir dan nak diurus... Kesedihan itu nanti akan hanya menyakitkan dan mengecewakan diri sendiri. Sayangi diri...jaga kesihatan hati dan mental... Mengapa perlu risau kepada sebuah kehilangan sedangkan dia tak pernah kisah untuk hilang kita... sedangkan pilihan membuat keputusan pada dia. Beria kita dok bers...

Pergi itu Pilihan...

Pergi itu pilihan... Jika kita memilih pergi, maka itu adalah pilihan dan keputusan kita. Seseorang yang memilih untuk pergi, makanya dia memilih untuk meninggalkan apa yang ada untuk suatu kehendak dan keinginan lain yang lebih penting daripada apa yang telah dimiliki. Memilih untuk pergi sedangkan kita ada pilihan untuk tidak pergi juga boleh ditafsirkan dalam banyak makna. Tafsiran ini tertakluk kepada pelbagai persepsi...mungkin benar mungkin tidak benar persepsi itu hanya Allah jua yang mengetahui. Dengan memilih pergi, kita akan membahagiakan diri kita tapi sudah pasti kita akan mengecewakan orang yang kita tinggalkan. Memilih untuk membahagiakan diri kita dengan meninggalkan luka pada yang ditinggalkan.. Mengapa memilih pergi sedangkan kita ada pilihan untuk tidak pergi? RZH

Badai Yang Melanda...

Kembali menjenguk ke blog setelah agak lama juga tidak berkarya. Macam2 perkara melanda fikiran. Tsunami dan taufan membenam rasa..adoiii. Hidup kita ini turun dan naik getaran rasanya. Ada masa dihanyut badai, ada masa belayar elok. Itu la namanya kehidupan. Hilang kemudi, hilang kawalan tu biasa bila taufan kuat melanda...sentiasa kena kuatkan hati dan mental. Kita juga perlu menyedari yang dlm hidup ini tidak semua perkara akan membahagiakan. Ada masa sedih, duka, kecewa, dan bahagia itu datang silih berganti. Sebagai orang yang perlu melalui semua rasa ini, makanya sediakan perisai yang cukup untuk menangani segalanya. Jangan biarkan diri kita lemas dan terus hanyut. Bangkit dan hadapi dengan penuh kebijaksanaan.  Hidup kita ni juga bukan sempurna sifatnya. Tidak semua yang kita suka akan kita miliki dan tidak semua yang kita suka akan kekal menjadi milik kita. Selalunya ujian Allah datang menguji sesuatu yang kita suka atau sesuatu yang kita sayang...Allah pinjam sementara dan...

Dia Yang Membawa Bahagia...

Lama benar rasanya tak menulis. Teringat suatu kisah masa belajar dulu....sekadar mengimbau sebuah realiti. Bersembang dengan dia rasa mcm cepat benar masa berlalu...rasa tak cukup masa yang ada...masa pula sifatnya mmg ada limit...adoiii. Banyak yang nak diluahkan tapi rupanya 30% saja yang terluah..itupun berterabur hujung jatuhnya..subjek predikat entah ke mana...tak pasti la adakah maksud sebenar yang nak disampaikan dpt diterjemah dgn baik dan menepati maksud atau dia juga loading...sbb yang tukang nak menyampaikan pun huru-hara. Adehhhh...rasa mcm tak sampai maksud sebenar. Baki 70% lagi tersimpan dan tersadai dlm hati..20% daripadanya tersekat di kerongkong...tak terluah...50% lagi janjinya di waktu lain la pula....adoiiiii la... Orang kata orang komunikasi ni hebat bila dia menyusun ayat....hmmmm tak ada maknanya...bila dia pun confuse apa yang dia nak ckp tu kena ke sesuai ke...sudahnya dia pun ke laut dalam menyusun ayat...bersepah jadinya...selok kera ore kelate kata. Tak ap...

Just go with the flow...

Setiap sesuatu itu bila ianya nak terjadi..sekelip mata saja kita boleh hilang segalanya. Kadang-kadang kita tidak menjangka benda yang kecil boleh jadi besar walaupun sebenarnya kita tak terfikirpun ia akan jadi begitu. Kehidupan manusia ni dipengaruhi oleh banyak hal, antaranya berkait dengan hati, perasaan, berkecil hati, tersinggung, kecewa, marah, ego, keras hati, merajuk dan macam2 lagi.... Bila semua rasa ni dilayan..itu la tu yang kecik pun jadi besar...bila dah besar nak mengundur dan berpaling semula dah jadi serba-salah dan perasaan ego pula mengambil tempat....sudahnya perasaan lain yang sedia ada sudah "beku" jadinya.... Semua benda ni kalau dah beku memang susah cket nak cair...akan ambil masa..kan dah tak pasal... Adoiiii la. Kadang-kadang kita sendiripun tak nak situasi itu berlaku...tapi jika semua orang menjunjung ego...maka hadap aje la dengan apa yang perlu dihadap...pasti rasa kecewa mengambil tempat sebab bendanya tidak lagi kembali seperti asal...kunyah...

"Tido Awal Jangan Pikir..."

Adoiiii la...buat hal la... Tgh2 kerja banyak ni jangan dok cari pasai... Kena rasional... Dah kalau tak rasional nanti mau karang huru hara semuanya... Karam habis nanti...ishhhh. Kena matang... Dah kalau tak matang karang camane pulak...takkan nak jadi mcm budak2 pula...dah lama zaman budak2 ditinggalkan..tak ada mau nya nak ulang perangai macam budak2... Kena sabar... Dah kalau tak sabar karang dah camane pulak...mau tunggang terbalik jadinya...sudahnya apa pun tak dpt...penat aje la dptnya. Kena Profesional... Dah kalau tak profesional nanti terbabas semuanya....tolak rasa ego, rasa geram, rasa marah dan 1001 rasa lagi...kalau nak ikut rasa geram memang rasa nak "beku" kan diri aje...tak payah pikir tak payah buat....tak payah semuanya....dah camane pulak nanti...adoiiiii Nak kerja ke tak nak kerja ni...haha Kalau tak nak kerja..mudah...letak jawatan dan dok la kat rumah. Kalau nak kerja buat cara nak kerja....setakat gitu gini tu anggap mcm benda yg dok kat tangan aje..a...