Skip to main content

Badai Yang Melanda...

Kembali menjenguk ke blog setelah agak lama juga tidak berkarya. Macam2 perkara melanda fikiran. Tsunami dan taufan membenam rasa..adoiii.

Hidup kita ini turun dan naik getaran rasanya. Ada masa dihanyut badai, ada masa belayar elok. Itu la namanya kehidupan. Hilang kemudi, hilang kawalan tu biasa bila taufan kuat melanda...sentiasa kena kuatkan hati dan mental.

Kita juga perlu menyedari yang dlm hidup ini tidak semua perkara akan membahagiakan. Ada masa sedih, duka, kecewa, dan bahagia itu datang silih berganti. Sebagai orang yang perlu melalui semua rasa ini, makanya sediakan perisai yang cukup untuk menangani segalanya. Jangan biarkan diri kita lemas dan terus hanyut. Bangkit dan hadapi dengan penuh kebijaksanaan. 

Hidup kita ni juga bukan sempurna sifatnya. Tidak semua yang kita suka akan kita miliki dan tidak semua yang kita suka akan kekal menjadi milik kita. Selalunya ujian Allah datang menguji sesuatu yang kita suka atau sesuatu yang kita sayang...Allah pinjam sementara dan tiba masa Allah ambil semula.

Rasa sakit dan perit menahan rasa kehilangan itu sudah pasti suatu yang sangat menyakitkan. Bila ini berlaku..tanya diri kita adakah kita ada pilihan...jika tiada pilihan hati dan minda kena kuat untuk lepaskan...ikhlaskan jika itu takdirnya.

Sesuatu yang bukan milik kita takkan mungkin menjadi milik kita...jangan disangkal apa yang Allah susun dan takdirkan kerana nanti hati dan perasaan kita yang menderita...just go with the flow. Lama2 nanti insyaAllah okey...sakit itu sementara saja sifatnya...bergantung kepada bagaimana diri kita kuat menanganinya...

Bila setiap kelukaan dan kekecewaan yang perlu kita hadapi, yakin lah yang Allah sedang menyusun yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.

Sabar dan tahan sekejap walau mungkin ianya sangat menyakitkan...sentiasa ingatkan diri supaya Redha, Ikhlaskan, dan lepaskan...

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...