Skip to main content

Lepaskan saja jika dia memilih pergi...

Dalam hidup ni...datang dan pergi itu lumrah.

Perkara biasa. Jadi mengapa nak serius sangat kepada perkara yang biasa dan normal. Just go with the flow...

Lepaskan saja siapa yang ingin pergi dari hidup kita. Mengapa kita perlu ambil port sgt sedangkan orang yang nak pergi tu tak kisahpun tentang kita. Kalau dia kisah, sudah pasti dia stay.

Usah kita memberi ketidakadilan kepada diri dengan menyusahkan dan menyakitkan diri kita untuk berfikir dan bersedih dengan orang yang tak pernah fikirpun tentang kita...jangan buang masa kepada orang yang tak pernah menghargai sebuah pertemuan dan sebuah hubungan yang terjalin....

Lepaskan saja.

Mengapa perlu bersedih?

Banyak perkara lagi nak difikir dan nak diurus...

Kesedihan itu nanti akan hanya menyakitkan dan mengecewakan diri sendiri. Sayangi diri...jaga kesihatan hati dan mental...

Mengapa perlu risau kepada sebuah kehilangan sedangkan dia tak pernah kisah untuk hilang kita... sedangkan pilihan membuat keputusan pada dia.

Beria kita dok bersedih...rasa takut nak berhadapan dengan saat kehilangan tu..heiii ko dah kenapa nak rasa kehilangan sangat...cuba tanya diri ko, ada ke dia nak kisah untuk kehilangan ko...tak ada kan...jika tak ada...ko dah kenapa nak rasa begitu begini sangat...

Dia pernah kisah tak perasaan ko hati ko rasa ko

So now wake up!

Lepaskan dia dari radar... 

lepaskan semua rasa

Lepaskan semua rutin...

Tutup semua capaian

Watak dia tamat dalam cerita mu.

Anggap selesai dan tiada apa lagi yang tinggal.

Mmg berat..tapi ko ada choice tak...ko tak ada choice..yang ada choice dia...

Dia yang nak pergi...

So...lepaskan

Jangan letak orang yang memilih pergi dalam radar kita...walau apa jua pun sebab yang dia ada, kita bukan orang yang dia ambil kira dalam keputusan yang dia buat...

Jadi...cuba tanya diri...penting ke ko pada dia. Jadi ko kena berpijak di bumi yang nyata. Jangan kita yang berlebih...

Life is all about adjustment between your feelings and reality. There are so many situations in your life where you have to quit your feelings and accept the reality.

Please hadam!


RZH






Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...